TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Yang Rapat Dengan Bapa Kurang Masalah Tingkah Laku - Kajian

3 min bacaan
Anak Yang Rapat Dengan Bapa Kurang Masalah Tingkah Laku - Kajian

Menurut kajian, bapa yang melibatkan diri secara langsung dengan anak-anak akan mempunyai anak yang lebih bahagia dan dengan tingkah laku lebih baik.

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berdoa dan berharap hubungan kita dengan anak akan sentiasa baik-baik sahaja sehingga mereka dewasa. Hubungan baik ini pasti membuatkan keluarga bertambah harmoni. Bahkan anak-anak yang mempunyai hubungan baik dengan bapa juga dikatakan lebih cemerlang berbanding anak-anak lain.

Ada satu kajian mendapati anak yang rapat dengan bapanya, berkemungkinan besar mempunyai kurang masalah tingkah laku pada masa akan datang, lapor Independent.

Setelah memeriksa data daripada 10,440 ibu bapa, para penyelidik mendapati bapa yang berinteraksi secara emosional dengan anak mereka serta yang berkeyakinan dalam menjalankan peranan mereka sebagai bapa mempunyai anak-anak yang 28% kurang masalah tingkah laku.

Para penyelidik menyimpulkan aspek-aspek psikologi dan emosi kebapaan lebih kuat dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan bukanlah jumlah masa yang para bapa luangkan untuk membantu menjaga anak atau menjalankan kerja rumah.

Mengapa penglibatan bapa secara langsung adalah penting?

hubungan baik dengan bapa

“Peranan bapa yang positif boleh menyumbang kepada berkembangan yang baik dalam diri anak-anak dari pelbagai aspek,” kata penyelidik, sebelum menjelaskan sebab-sebab kepentingan penglibatan bapa secara langsung:

  1. Dengan menjadi sumber sokongan untuk para ibu, penglibatan bapa  secara langsung membolehkan pasangan mereka untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
  2. Penglibatan bapa secara langsung boleh mengurangkan kesan seperti kemurungan ibu.
  3. Boleh membawa kepada keluarga yang lebih bahagia dan utuh.

Seperti yang kita tahu, peranan bapa kepada pembangunan anak-anak adalah penting, jadi mereka tidak boleh mengambil ringan peranan mereka.

5 tips untuk eratkan hubungan baik dengan bapa

Jika suami anda atau anda sendiri masih kekok dengan anak, mungkin boleh cuba beberapa tips mudah ini.

  1. Sentiasa Berkomunikasi

hubungan baik dengan bapa

Luangkan masa setiap hari untuk bercakap dengan anak-anak anda, walaupun hanya seketika. Pastikan anak-anak berasa mereka boleh bercakap dengan anda tentang semua hal dan perkara.

  1. Berkongsi Hobi

Mempunyai minat yang sama memberikan anda lebih banyak peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama. 

Anda boleh berkongsi minat anda dengan anak anda, atau bertanya apa yang dia berminat untuk teroka, dan jadikan hobi tersebut sebagai hobi anda bersama.

  1. Jangan Terlepas Detik-Detik Penting

Sama ada ia adalah satu pementasan sekolah, majlis anugerah, atau acara sukan, lakukan yang terbaik supaya anda boleh hadir.

Mengetahui bahawa ibu bapanya mengambil berat untuk menyaksikan detik-detik yang besar adalah sangat bermakna dalam hidup anak anda.

  1. Memberi Galakan

Anak Yang Rapat Dengan Bapa Kurang Masalah Tingkah Laku - Kajian

Daripada terlalu fokus kepada untuk membetulkan kesilapan anak anda, berikan galakan kepada anak anda untuk apa yang mereka lakukan betul.

Hal ini membantu membina harga diri mereka dan membantu mereka berasa lebih dekat kepada anda juga.

  1. Berkongsi pengetahuan

Salah satu peranan besar seorang ibu atau bapa adalah sebagai seorang guru.

Sama ada ia mengajar anak anda bagaimana untuk menunggang basikal atau mewariskan resipi rahsia keluarga, berkongsi pengetahuan bukan sahaja akan membantu anak anda membina kemahiran, tetapi juga memberikan anda kenangan yang sukar dilupakan.

Jadi jom sama-sama rapatkan lagi hubungan antara seorang bapa dan anak-anak!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Setiap ibu dan bapa mempunyai satu anak kesayangan tertentu : Kajian

Baca juga: Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan & Tidak Berdrama Macam Ibu

Baca juga: 5 Tips Berguna Buat Suami Yang Berdebar & Risau Bakal Menjadi Bapa Tidak Lama Lagi

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Yang Rapat Dengan Bapa Kurang Masalah Tingkah Laku - Kajian
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham