10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!
Tugas suami ketika isteri dalam pantang sangat penting kerana saat itulah si isteri amat memerlukan suami untuk menjaganya dengan baik.
Tugas suami ketika isteri dalam pantang sangat penting, kerana saat itulah si isteri amat memerlukan suami untuk menjaganya dengan baik.
10 tugas suami ketika isteri dalam pantang
#1 – Bantu/dukung isteri apabila dia perlu diangkat ataupun baring atas katil
#2 – Bantu isteri mandikan bayi
Jangan lupa luka isteri masih sakit. Sebaik-baiknya, si isteri tidak terkena air untuk mengelakkan urat tersentak.
#3 – Sediakan minuman jamu untuk isteri
Jamu boleh membantu membuang angin. Tetapi jika bayi mempunyai penyakit kuning, si isteri digalakkan untuk berhenti mengambil jamu serta air herba sehingga si kecil kembali normal.
Selain itu, tugas suami ketika isteri dalam pantang ialah untuk memastikan si isteri minum air yang secukupnya terutamanya ibu menyusu.
#4 – Mengurut dengan halia selepas bersalin, tugas suami ketika isteri dalam pantang
Mengurut selepas bersalin bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin dan membetulkan urat. Jadi suami, jom tolong mengurut isteri anda juga!
#5 – Suap makanan pada isteri
Suaplah si isteri. Tunjukkan betapa banyak anda menghargai pengorbanannya. Rasa dikasihi ini boleh mengurangkan risiko isteri meroyan dan kemurungan.
#6 – Sapukan minyak dan pakaikan stokin
Si isteri mungkin susah untuk melakukan ini tanpa bantuan selepas melalui pembedahan caeser. Oleh it bantulah si isteri dan pastikan kakinya tidak menyentuh secara langsung ke lantai kerana ini boleh menyebabkan badan menjadi sejuk.
#7 – Bantu si isteri lapkan badan
Kulit wanita akan nampak tak anjal jika mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang.
Kalau ada yang sudi tolong, tugas ini akan menjadi lebih senang dan cepat. Ini akan menjaga kulit si isteri agar ia boleh kembali pulih dengan cepat dan baik.
#8 – Rajin menyediakan air mandian herba untuk si isteri
Banyak khasiatnya air mandian herba semasa berpantang. Air rebusan dedaun yang dicampur herba dapat mengembalikan kesegaran tubuh ibu selepas bersalin.
Ia juga boleh membuang rasa letih dan lesu, selepas penat melahirkan anak di dalam bilik bersalin.
#9 – Tolong cucikan pakaian
Jangan biarkan isteri keluar menyidai pakaian kerana ini akan mendedahkannya kepada angin. Jadikan tugas ini sebagai tugas suami ketika isteri dalam pantang, agar badan si isteri tidak masuk angin.
#10 – Masakkan makanan yang berkhasiat untuk si isteri
Si isteri kan sudah menjaga anak sepanjang malam? Oleh itu tugas suami ketika isteri dalam pantang ialah untuk memastikan si isteri makan dengan baik untuk membina semula tenaga untuk menjaga anak walaupun tidur malam terganggu dan tidak cukup rehat.
Jika ada suami yang boleh melakukan kesemuannya di atas, anda akan menjadi suami idaman setiap wanita. Isteri pasti akan menjalani tempoh berpantang dengan mudah!
Buat para isteri, jom share artikel ini untuk semua lelaki yang bergelar suami di luar sana. Pasti mereka menghargai perkongsian ini 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Mingguan Wanita, Ceritera rakyat
Baca juga:
Ini Rupanya "Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang – Hati-Hati Ibu Semua!