10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!

Tugas suami ketika isteri dalam pantang sangat penting kerana saat itulah si isteri amat memerlukan suami untuk menjaganya dengan baik. 

Tugas suami ketika isteri dalam pantang sangat penting, kerana saat itulah si isteri amat memerlukan suami untuk menjaganya dengan baik. 

Setelah penat mengandung dan melahirkan anak, si isteri perlu mengambil masa untuk pulih semula sepenuhnya. Jadi, mereka memerlukan bantuan suami dalam beberapa perkara. Antaranya seperti:

10 tugas suami ketika isteri dalam pantang 

#1 – Bantu/dukung isteri apabila dia perlu diangkat ataupun baring atas katil

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Tugas suami ketika isteri dalam pantang ialah untuk menolong isteri saat dia paling memerlukannya

 
Perbuatan ini amat membantu terutamanya jika isteri baru bersalin melalu pembedahan. Bayangkan betapa sakitnya untuk mengangkatkan badan dari katil dengan luka pembedahan caeser! Jadi, semoga suami boleh membantu dalam bab ini, ya?

#2 – Bantu isteri mandikan bayi

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Jangan lupa luka isteri masih sakit. Sebaik-baiknya, si isteri tidak terkena air untuk mengelakkan urat tersentak.

#3 – Sediakan minuman jamu untuk isteri

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Jamu boleh membantu membuang angin. Tetapi jika bayi mempunyai penyakit kuning, si isteri digalakkan untuk berhenti mengambil jamu serta air herba sehingga si kecil kembali normal.

Selain itu, tugas suami ketika isteri dalam pantang ialah untuk memastikan si isteri minum air yang secukupnya terutamanya ibu menyusu.

#4 – Mengurut dengan halia selepas bersalin, tugas suami ketika isteri dalam pantang

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Mengurut selepas bersalin bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin dan membetulkan urat. Jadi suami, jom tolong mengurut isteri anda juga!

#5 – Suap makanan pada isteri

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Suaplah si isteri. Tunjukkan betapa banyak anda menghargai pengorbanannya. Rasa dikasihi ini boleh mengurangkan risiko isteri meroyan dan kemurungan.

#6 – Sapukan minyak dan pakaikan stokin

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Si isteri mungkin susah untuk melakukan ini tanpa bantuan selepas melalui pembedahan caeser. Oleh it bantulah si isteri dan pastikan kakinya tidak menyentuh secara langsung ke lantai kerana ini boleh menyebabkan badan menjadi sejuk.

#7 – Bantu si isteri lapkan badan

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Kulit wanita akan nampak tak anjal jika mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang. 

Kalau ada yang sudi tolong, tugas ini akan menjadi lebih senang dan cepat. Ini akan menjaga kulit si isteri agar ia boleh kembali pulih dengan cepat dan baik.

#8 – Rajin menyediakan air mandian herba untuk si isteri

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Banyak khasiatnya air mandian herba semasa berpantang. Air rebusan dedaun yang dicampur herba dapat mengembalikan kesegaran tubuh ibu selepas bersalin.

Ia juga boleh membuang rasa letih dan lesu, selepas penat melahirkan anak di dalam bilik bersalin. 

#9 – Tolong cucikan pakaian

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Jangan biarkan isteri keluar menyidai pakaian kerana ini akan mendedahkannya kepada angin. Jadikan tugas ini sebagai tugas suami ketika isteri dalam pantang, agar badan si isteri tidak masuk angin.

#10 – Masakkan makanan yang berkhasiat untuk si isteri

tugas suami ketika isteri dalam pantang, pernanan suami ketika isteri dalam pantang, tugasan suami ketika isteri dalam pantang

Si isteri kan sudah menjaga anak sepanjang malam? Oleh itu tugas suami ketika isteri dalam pantang ialah untuk memastikan si isteri makan dengan baik untuk membina semula tenaga untuk menjaga anak walaupun tidur malam terganggu dan tidak cukup rehat.

Jika ada suami yang boleh melakukan kesemuannya di atas, anda akan menjadi suami idaman setiap wanita. Isteri pasti akan menjalani tempoh berpantang dengan mudah!

 Buat para isteri, jom share artikel ini untuk semua lelaki yang bergelar suami di luar sana. Pasti mereka menghargai perkongsian ini 🙂

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mingguan WanitaCeritera rakyat

Baca juga:

"Pembunuh Senyap" Ketika Wanita Berpantang – Hati-Hati Ibu Semua!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!