5 Sebab Mengapa YouTube Tidak Bagus Untuk Kanak-Kanak Dan Apa Ibu Bapa Boleh Buat
Adakah YouTube bagus untuk kanak-kanak? Jawapannya, tidak! Berikut terdapat 5 sebab mengapa YouTube tidak bagus untuk anak-anak anda.
Baru-baru ini, saya terbaca artikel tulisan Katharine Stahl dari Pop Sugar yang telah berkongsi kebimbangan yang dirasanya perlu diketahui semua ibu bapa. Ia berkenaan aplikasi YouTube, penggunaan anak-anak dan keburukan YouTube pada anak kecil. Jom baca apa pandangan beliau!
Anak perempuan saya seorang yang cemerlang di sekolah. Dia peramah, gemar bergaul dengan rakan-rakannya… dan amat gemar menonton YouTube.
Selepas siap saja semua kerja sekolahnya, dia akan terus mencapai iPad dan membuka Youtube. Atau jika dia rasa fokus saya tidak lagi padanya, bijak saja dia curi-curi mencapai iPad merah jambunya itu!
Memang YouTube ada pelbagai saluran pendidikan. Tapi anak saya tidak menghiraukan semua video itu! Dia tak buka langsung semua aplikasi pembelajaran yang saya muat turun.
Sejujurnya: saya hargai dia suka menonton YouTube. Aplikasi video itu saja mampu menarik perhatian anak saya itu. Kalau tidak, susah saya. Sekurang-kurangnya, dia sempat beri saya masa untuk memasak makan malam dan mengurus adik lelakinya.
5 Keburukan Youtube Pada Anak
Tapi, saya perasan YouTube sedikit sebanyak telah merosakkan anak saya. Sebab…
1. Cara dia berkomunikasi berubah
Anak perempuan saya bercakap dengan saya seolah-olah dia seorang hos saluran di YouTube! Cara dia bercakap terus berubah, seolah-olah dia tengah bercakap dengan penontonnya. Percakapannya seperti memberi ceramah. Mungkin tak lama lagi dia akan suruh saya “klik di bawah untuk melanggan”!
2. YouTube Kids juga pelik
Jika anak anda gemar menghabiskan masa menonton video di YouTube, saya sarankan anda memuat turun aplikasi YouTube Kids.
Anda boleh menentukan had masa penggunaan, dan menyekat beberapa istilah untuk pencarian. Selain itu, aplikasi ini juga memastikan semua video bersesuaian dengan umur penonton.
Tapi, terdapat beberapa video aneh lagi pelik juga di YouTube Kids! Kadang-kadang, saya terfikir adakah semua video ini untuk tontonan kanak-kanak atau untuk golongan fetishist? Hmm…
3. Semuanya komersial
Dulu, saya suka Disney Junior kerana rancangan itu mengehadkan iklan atau komersial. Bukan apa, nanti anak-anak saya akan kurang merengek minta benda-benda merepek daripada televisyen.
Tapi apabila dia gemar menonton YouTube kini, tiba-tiba dia ingin semua benda! Dari permainan yang boleh dipakai buang hingga sesetengah permainan yang pelik lagi aneh. Bila saya tanya mana dia tahu tentang semua permainan ini, jawapan yang sering diterima adalah “YouTube”.
4. Anda akan dengar semua perkara tentang hos kegemaran mereka
Saya tak kenal langsung siapa HobbyMom atau HobbyPig, atau Evan TubeHD, atau krew Family Fun Pack. Tapi saya sering dengar tentang mereka ini. Sekarang saya tertanya-tanya, adakah mereka ini seorang festishist atau tidak…
5. Video aneh yang jadi trending
Video aneh seperti “surprise egg” yang menunjukkan adegan membuka telur untuk mendapatkan kejutan. Tujuannya untuk apa? Tak tahu! Aneh bukan? Semua ibu pasti mula bimbang dengan video aneh seperti ini.
Jadi… ya, YouTube tidak bagus untuk kanak-kanak! Tapi masih ada cara lain untuk menangani kesan buruk aplikasi ini, selain daripada memadamnya dari telefon pintar anak anda.
Mari semak apa yang boleh dilakukan oleh semua ibu bapa di luar sana!
Apa yang boleh ibu bapa lakukan untuk kurangkan keburukan YouTube terhadap anak?
- Pertama, guna tetapan kawalan ibu bapa yang disediakan aplikasi.
- Pastikan aplikasi tersebut selamat untuk si manja. Ikut langkah ini!
- Tutup atau padam sejarah pencarian (jadi ia akan membersihkan video-video yang bakal disyorkan untuk anak anda).
- Tetapkan had masa
- Duduk dan habiskan lebih masa dengan anak-anak anda.
- Lihat dan pastikan apa yang ditonton mereka bersesuaian dengan peringkat umur.
- Galakkan mereka untuk membuka video pembelajaran. Ada 9 saluran pembelajaran yang bagus untuk kanak-kanak
- Bantu mereka melanggan saluran yang dipersetujui kalian berdua
- Berkomunikasi dengan mereka tentang mengapa mereka menggemari sesetengah video dan tidak menggemari video yang lain.
Pastikan persekitaran anak-anak selamat, ya semua ibu bapa!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Punggung Melekat Atas Seat Tandas Kerana Leka Main Telefon, Ini Bahaya Anak “Asyik” Dengan HP!
Baca juga: Terdedah Berpanjangan Pada Skrin Digital, Menyebabkan Mata Tidak Sihat
Baca juga: 6 Tips Untuk Pastikan Youtube Selamat Buat Si Manja