TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda

3 min bacaan
9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda

Lambakan video yang bukan-bukan di YouTube merisaukan ibu bapa. Oleh itu, kami telah buat satu senarai YouTube Channel yang bagus dan mesra kanak-kanak untuk pembelajaran si manja anda. Mari lihat senarai ini!

Kehadiran YouTube sedikit sebanyak membantu ibu bapa mengajar anak mereka tentang pelbagai pengetahuan. Akan tetapi, lambakan video yang tidak sewajarnya menyukarkan usaha untuk mencari YouTube Channel manakah yang menawarkan sesi pembelajaran terbaik buat si manja.

Oleh itu, kami di theAsianparent Malaysia menawarkan anda senarai 9 YouTube Channel Pembelajaran terbaik buat si manja anda. Senarai YouTube Channel ini disertakan dengan keterangan bagi memudahkan ibu bapa untuk memilih.

Mari semak apakah 9 YouTube Channel Pembelajaran terbaik buat mereka!

  • KidsTV

Tentang Channel: KidsTV amat sesuai buat si manja yang ingin belajar mengira. Terdapat pelbagai jenis video untuk memastikan si manja dapat belajar dan berhibur dalam bentuk animasi, irama, nombor, objek dan lain-lain.

Ramai ibu bapa menonton KidsTV untuk menarik minat si manja yang baru mula belajar mengira, bercakap, berkawan dan sebagainya.

  • BabyTV

9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda

Tentang Channel: BabyTV adalah sebuah perpustakaan program yang dibina khas untuk tumbesaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Oleh itu, pakar kandungan program dan pakar tumbesaran kanak-kanak menyediakan pelbagai video dengan 9 tema untuk si manja.

Dengan BabyTV, si manja boleh belajar tentang konsep, alam semulajadi, binatang, membina persahabatan dan permainan meneka.

  • Mother Goose Club

 

Tentang Channel: YouTube Channel Mother Goose Club ada 6 karakter warna-warni yang akan menyanyi dan menari dengan irama Mother Goose. Program ini digemari oleh ibu bapa kerana kanak-kanak akan menari, menyanyi dan mengikut arahan dalam kumpulan.

  • SimpleKidsCraft

9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda

Tentang Channel: Channel ini amat sesuai buat si manja yang ingin berseronok dengan membuat pelbagai bahan kreatif. Si manja boleh belajar bagaimana ingin menghasilkan sesuatu (DIY) dengan barangan terpakai di rumah.

  • Sesame Street

 

Tentang Channel: Sesame Street terkenal sebagai rancangan pembelajaran buat si manja sejak 40 tahun dahulu! Si manja boleh berhibur dan belajar tentang Huruf Abjad, Nombor, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains yang akan diajar oleh karakter terkenal — seperti Elmo dan Cookie.

  • “Yo Gabba Gabba!”

Tentang Channel: YouTube Channel ini menjadi kegemaran ibu bapa dan si manja kerana ada tetamu jemputan yang terdiri daripada artis antarabangsa.

Si manja boleh belajar dan memperkembangkan kemahiran motor dengan cara menari. Maskot rancangan akan menari dan menyanyi sambil menghiburkan kanak-kanak.

  • Busy Beavers

a YouTube channel parents

Kredit gambar: ABC Kids

Tentang Channel: Rancangan ini amat berkesan untuk mengajar si manja Bahasa Inggeris dengan cepat dan tangkas. Video yang dimuat naik dalam rancangan memberi fokus kepada kemahiran Bahasa Inggeris dengan menggunakan lagu dan animasi. Oleh itu, si manja boleh belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang menghiburkan.

  • HooplaKidz

9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda

Tentang Channel: Sama seperti BabyTV dan KidsTV, HooplaKidz adalah rancangan animasi yang menggalakkan si manja untuk menari dan menyanyi dengan lagu nursery klasik. Si manja juga akan terhibur menonton pengembaraan karakter dalam HooplaKidz sambil belajar dan bermain.

  • Oh My Genius

Image result for oh my genius

Tentang Channel: Channel ini menjadi kegemaran ibu bapa kerana ia menggunakan video dan animasi yang mampu menarik mata si manja.

Semua video pembelajaran juga menggunakan lagu yang senang dibelajar. Si manja boleh belajar mengira dan mengembangkan kemahiran motor mereka dengan rancangan ini.

Terdapat pelbagai jenis YouTube Channel Pembelajaran lain yang boleh ditonton oleh kanak-kanak mengikut usia mereka. Jika si manja anda berusia 5 tahun ke atas dan ingin belajar tentang pembelajaran yang lebih berat, anda boleh benarkan mereka menonton — The Houston Zoo, The Muppets Studio, The Brain Scoop, dan National Geographic Kids. Selamat menonton!

Jika si manja bebas untuk menonton YouTube menerusi telefon pintar, anda harus ambil beberapa langkah untuk memastikan tiada video tidak sepatutnya ditonton mereka. Kami ada 6 tips untuk pastikan YouTube selamat buat si manja.

Sumber Rujukan: ABC Kids Inc.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 9 Youtube Channel Terbaik Untuk Pembelajaran Si Manja Anda
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham