Keputihan Wanita Yang Berlebihan Penyebab Vagina Berbau, Ini Cara Berkesan Mengatasinya!

undefined

Keputihan wanita yang banyak membuatkan ramai berasa tidak selesa. Lebih merisaukan apabila vagina berbau kurang menyenangkan

Vagina mempunyai bau semulajadi yang dihasilkan sendiri oleh tubuh. Namun,  ramai wanita tidak selesa dengan bau faraj mereka sendiri disebabkan oleh masalah keputihan, faktor kehamilan dan sebagainya.

Faktanya adalah, bau faraj boleh berubah-ubah pada waktu yang berlainan dalam bulan yang sama.

Setiap individu mempunyai bau badan tersendiri yang sering berubah. Sama juga dengan bau faraj yang berubah ketika anda sedang haid.

Keputihan wanita boleh menjadi penyebab vagina berbau

kenapa keputihan berbau busuk hanyir

Secara umumnya vagina yang sihat akan menghasilkan pelepasan asid yang lebih tinggi, tetapi pH boleh berubah disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk kehidupan seks, hormon dan kitaran haid.

Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita seluruh dunia adalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu. Hampir 75 peratus wanita yang sudah berkahwin berdepan masalah ini disebabkan oleh hubungan seksual.

Ada beberapa penyebab kenapa keputihan berbau busuk adalah:

#1. Pemilihan seluar dalam yang salah

Tahukah anda beberapa jenis seluar dalam menjadi jawapan kenapa keputihan berbau busuk. Sesetengah seluar dalam yang diperbuat daripada bahan tertentu boleh memerangkap haba dan kelembapan.

Keadaan ini sudah tentu menjejaskan keseimbangan pH dalam vagina wanita yang akhirnya penyebab bakteria dan keputihan. Anda dinasihatkan untuk menggunakan seluar dengan material kapas.

#2. Vaginosis bakteria

Bakteria vaginosis adalah jangkitan faraj yang disebabkan oleh kehadiran bakteria anaerobik. Jangkitan ini biasanya berlaku pada wanita berumur 15-44 tahun dan wanita hamil.

Pertumbuhan bakteria dalam vaginosis bakteria boleh menyebabkan peningkatan pH faraj, menyebabkan keputihan berbau busuk hingga hanyir.

Biasanya vaginosis bakteria boleh berlaku pada wanita yang suka bertukar pasangan atau melakukan seks oral.

#3. Jangkitan kulat

Jangkitan kulat akibat pertumbuhan yis Candida dalam faraj juga boleh menjadi punca kenapa keputihan berbau busuk.

Keputihan boleh berwarna putih kelabu dengan bau yang tidak menyenangkan.

Gejalanya disertai dengan gatal-gatal dan bengkak di sekitar faraj; sensasi terbakar apabila membuang air kecil atau melakukan hubungan seks; sakit pada faraj; dan kulit sekitar faraj menjadi merah dan timbul ruam.

Penyebab keputihan berlebihan

penyebab keputihan berlebihan banyak

#1. Rangsangan seksual yang tinggi

Rangsangan seksual yang tinggi juga menjadi penyebab keputihan berlebihan. Apabila rangsangan seksual wanita berada pada tahap tertinggi, saluran darah di kawasan faraj akan membesar.

Akibatnya, faraj akan mengeluarkan cecair yang menjadikan dinding faraj basah. Cecair itu berwarna jernih dan mempunyai tekstur licin yang boleh membantu melincirkan faraj semasa hubungan seks.

#2. Berada dalam tempoh subur

Sekiranya anda menyedari keluar keputihan banyak dari vagina, ia mungkin disebabkan oleh anda mengalami ovulasi atau berada dalam fasa paling subur dalam sebulan.

#3. Menyusukan bayi

Lochia adalah cecair yang keluar dari faraj sebagai mekanisme tubuh dalam membersihkan diri selepas bersalin.

Apabila menyusu, jumlah cecair akan meningkat. Biasanya ini bermula dengan lelehan berdarah gelap, bertukar merah jambu, coklat, kuning, krim, kepada putih.

Lochia biasanya akan hilang dengan sendirinya 4-6 minggu selepas bersalin.

#4. Penyakit kelamin

Penyakit kelamin, seperti klamidia atau gonorea, juga boleh menyebabkan anda mengalami banyak keputihan.

Biasanya, apabila jangkitan telah berlaku, keputihan berlebihan yang muncul menyebabkan bau menyengat, tekstur pekat, dan juga darah. 

#5. Sindrom ovari polikistik (PCOS)

Punca keputihan berlebihan boleh menjadi petanda sindrom ovarium polikistik (PCOS) . PCOS adalah penyakit yang berlaku akibat ketidakseimbangan hormon androgen dalam badan.

Akibatnya, kitaran haid menjadi tidak teratur sehingga sering mencetuskan kemunculan keputihan yang berlebihan. Namun, ada juga wanita mengalami keputihan sedikit.

Jenis bau vagina wanita yang normal dan tidak normal

Peluh selepas bersukan dan hubungan intim tanpa mengunakan kondom juga boleh menyebabkan faraj tukar bau, tetapi keadaan ini hanya sementara sahaja.

Tahukah anda, perbezaan bau faraj juga boleh dijadikan sebagai penunjuk tahap kesihatan seseorang wanita?

Kadang-kadang faraj boleh mengeluarkan bau tertentu disertai rasa gatal-gatal, atau sakit ketika kencing.

Ada pula, faraj yang berbau tetapi tidak disertai dengan simptom lain. Oleh itu, semua wanita perlu mengenali pelbagai jenis bau faraj agar dapat merawat apa-apa jangkitan dengan segera. 

Berikut adalah 7 jenis bau faraj dan tanda-tanda jangkitan kesihatan bagi tubuh wanita, seperti dipetik dari India Times.

Kemaluan berbau ikan masin

#1. Keputihan bau amis

Keputihan bau amis boleh membuatkan anda hilang keyakinan untuk melalui setiap aktiviti harian.

Mana tidaknya apabila buka seluar dalam, ada tompokan keputihan bau amis yang menganggu ‘ketenangan’ diri dan kurang selesa untuk bersama pasangan.

Sekiranya ini terjadi, semak semula pemakanan dan diet anda. Elakkan penggunaan sabun pada vagina kerana ia boleh menganggu pH faraj wanita.

#2. Vagina berbau seperti roti basi

Jangkitan kulat biasanya hanya mendatangkan rasa gatal-gatal, atau sakit ketika kencing tanpa disertai bau.

Namun, ada pula keadaan di mana faraj anda mungkin berbau seperti roti yang telah disimpan terlalu lama. Pernah tak anda terbau aroma seperti ini?

Jangkitan faraj selain dari jangkitan kulat boleh menunjukkan simptom yang sama.

Tetapi anda boleh membezakan jenis jangkitan dari bau yang dikeluarkan. Bila faraj berbau seperti ragi, atau roti, ada kemungkinan anda terkena jangkitan kulat.

#3. Vagina berbau busuk dan hanyir

Jika anda pengguna tampon, dan mendapati bau faraj yang busuk, jumpa doktor anda dengan segera.

Bau busuk itu mungkin disebabkan tampon yang terperangkap di dalam faraj dan tidak boleh dikeluarkan.

Ini adalah perkara yang biasa dan sering terjadi dan tampon yang terperangkap di dalam faraj hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pakar.

Penggunaan tampon untuk jangka masa yang terlalu lama tanpa diganti, juga membawa risiko penyakit teruk seperti Toxic Shock Syndrome.

Jika anda pengguna tampon, anda perlu rajin menukar tampon ketika datang haid ya!

#4. Kemaluan berbau ikan masin

Jika kemaluan berbau ikan masin, ini boleh menunjukkan dua jenis jangkitan faraj:

  • Bacterial vaginosis yang terjadi apabila bakteria tumbuh dengan berlebihan sehingga mengganggu keseimbangan pH di dalam faraj. Jika bau hanyir semakin kuat selepas hubungan seks, maka ada kemungkinan besar anda mengalami bacterial vaginosis.
  • Trichomoniasis adalah sejenis jangkitan seksual yang senang merebak tetapi boleh diubati. Jika faraj anda berbau hanyir, disertai lendir berwarna kehijauan, dan rasa sakit semasa buang air kecil, maka kemungkinan besar anda mengalami trichomoniasis.

#5. Keputihan bau telur busuk

Keputihan bau telur busuk yang berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara seperti keradangan pada faraj sehinggalah keadaan berbahaya seperti kanser. 

Ada beberapa sebab kenapa miss v bau telur busuk:

  • Kebersihan vagina kurang baik
  • Jangkitan seksual
  • Kanser serviks
  • Penggunaan tampon

#6. Faraj mengeluarkan bau seperti logam

Jika faraj anda mengeluarkan bau seperti ini, anda tidak perlu bimbang.

Faraj akan berbau seperti logam atau darah semasa haid. Darah yang bercampur dengan bau semulajadinya akan membuatnya mengeluarkan bau seperti logam.

#7. Berbau seperti cecair peluntur

Faraj yang berbau seperti cecair peluntur, atau klorin adalah hal yang normal. Hal ini terjadi kerana penggunaan kondom atau pelincir saat berhubungan intim.

#8. Vagina bau bawang

Antara sebab vagina bau bawang adalah faktor pemakanan, perubahan hormon serta bakteria. Bawang putih, bawang besar dan bawang merah yang digunakan dalam masakan boleh mendorong kepada masalah bau badan dan aroma pada vagina.

Kelompok bawang ini mengeluarkan senyawa Allyl methyl sulfide (AMS), gas yang terserap dalam darah selama proses pengolahan bawang dalam tubuh.

Miss v bau busuk dan menyerupai bawang juga terjadi disebabkan oleh perubahan hormon estrogen.

Penyebab miss v bau saat berhubungan

  • Kelenjar peluh dan minyak

Di kawasan pangkal paha lelaki dan wanita, terdapat kelenjar peluh dan minyak. Aktiviti seksual boleh mengeluarkan peluh dan minyak daripada kelenjar ini.

Kedua-duanya boleh bercampur dengan bakteria yang secara semula jadi terdapat dalam alat kelamin, menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

  • Air mani

Air mani lelaki cenderung bersifat alkali dan mempunyai aroma yang tersendiri.

Selepas hubungan seks dan ejakulasi berlaku dalam faraj, ia boleh mencetuskan kemunculan bau seperti klorin.

  • Kecederaan pada vagina

Melakukan hubungan seks tanpa foreplay atau seks ganas boleh menyebabkan bahagian kemaluan melepuh. Luka yang terjadi ini boleh menyebabkan pendarahan ringan dan menjadi penyebab miss v bau saat berhubungan.

Cara mengatasi keputihan

#1. Cara menghilangkan keputihan dengan daun sirih

Antara cara mengatasi keputihan adalah dengan menggunakan daun sirih. 

  • Sediakan 3-4 helai daun sirih segar;
  • Potong daun sirih kepada beberapa bahagian kecil
  • Rebus kepingan daun sirih dalam 2 cawan air selama 5-10 minit sehingga warna air masak berubah dan daun mula layu dan air masak berkurangan kepada separuh;
  • Tapis air rebusan daun sirih dan biarkan sejuk.

Air rebusan sirih ini boleh digunakan dengan 3 cara iaitu diminum terus, dicuci pada bahagian kewanitaan sebagai pencuci, atau disapu pada bahagian miss-V dengan bantuan tampon.

#2. Cara menghilangkan keputihan dengan kunyit

Cara menghilangkan keputihan dengan kunyit adalah dengan menyediakan minuman kunyit parut.

  • Buangkan kulit dan bersihkan dua inci kunyit
  • Parutkannya menjadi nipis
  • Perah sarinya dan tambahkan air
  • Masukkan satu sudu madu untuk kurangkan rasa pahit
  • Minum dua kali sehari supaya masalah keputihan segera diatasi

#3. Elakkan pengguna panty liner

Pemakaian panty liner sepanjang hari boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada bahagian kemaluan wanita.

Jika tetap ingin menggunakan panty liner, pilih yang tidak mengandungi bahan pewangi dan tidak memakainya lebih dari enam jam.

Cara mengatasi gatal pada kemaluan akibat keputihan

Gatal pada bahagian intim boleh membuatkan anda terganggu dan menimbulkan rasa tidak selesa, lebih-lebih apabila bersama rakan atau pasangan.

Berikut beberapa cara mengatasi gatal pada kemaluan akibat keputihan:

  • Berhenti menggunakan sabun feminin dengan kandungan minyak wangi
  • Gunakan seluar dalam kapas yang boleh menyerap peluh
  • Cara mengatasi gatal pada kemaluan akibat keputihan: Mandi dalam air suam selama 10 minit
  • Ambil makanan yang mengandungi probiotik , seperti yogurt dan kimchi, untuk meningkatkan bilangan bakteria baik dalam badan, termasuk dalam faraj.

Semoga bermanfaat!

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Tanya Sis Min: Masalah Varicose Vein Pada Vagina Buatkan Saya Rasa Malu & Hilang Keyakinan. Apa Patut Saya Buat?

Baca juga: Berhenti Guna Sabun Vagina, Ia Penyebab Keputihan Gatal Terjadi Di Kawasan Alat Sulit Wanita!

Baca juga: Benarkah Khasiat Nanas Untuk Wanita Membuatkan Vagina Berbau Harum & Manis?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!