Amalan Hamil Rasulullah, Ibu Lakukan Ini Jika Mahu Anak Berbudi Pekerti & Cerdik

undefined

Memasang niat supaya anak bila besar nanti jadi cerdik dan berbudi pekerti? Nah, ibu kena amalkan beberapa perkara ini yang menjadi amalan Rasulullah SAW

Tempoh sembilan bulan kehamilan bukanlah sesuatu yang mudah bagi insan bergelar wanita. Ini kerana mereka membawa nyawa lain dalam kandungannya hingga membesar menjadi seorang manusia yang akan mereka corakkan. Sebab itu, ibu-ibu yang sedang sarat mengandung digalakkan membuat amalan hamil Rasulullah SAW ini.

Semestinya pelbagai perasaan akan muncul semasa menunggu anak dilahirkan tapi dalam duk gembira itu tentu ada juga perasaan takut, gelisah, stres dan sebagainya.

Ini kerana, banyak berlaku perubahan pada tubuh ibu sehingga mengugat emosi dan fizikal mereka.

Hal ini perlu ditangani dengan baik kerana jika tidak ia boleh menyebabkan ibu mengalami kemurungan, kegelisahan dan meroyan tatkala selepas bersalin kelak.

Untuk membantu ibu, kami sarankan anda melakukan amalan hamil Rasulullah ini supaya diri rasa lebih ceria, tenang dan gembira. Sekaligus ia dapat mempermudahkan perjalanan persalinan anda nanti.

Apatah lagi anak yang dikandungkan juga merasai kebaikannya seperti dilahirkan sempurna, menjadi anak yang baik dan pintar.

Apapun, bukan isteri saja yang perlu amalkan amalan hamil Rasulullah ini, suami juga boleh sama-sama amalkan selalu.

Ini dipetik daripada perkongsian Tazkirah Ustaz Ebit Lew yang menyarankan melakukan amalan seperti ini:

Amalan hamil Rasulullah, Ibu jom ikut pesanan ini

amalan hamil Rasulullah

Kredit: The Zuriat

Surah dan ayat Al-Quran yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan seperti berikut:

1) Surah Al-Fatihah

Sekiranya ibu selalu mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah, ini dapat membantu terangkan hati dan menguatkan ingatan ibu.

Jadi, ibu perlu memperbetulkan bacaan dengan menyebut pada suku kata yang betul semasa membaca Al-Fatihah ini.

2) Surah Maryam

Syabas, kerana ramai ibu hamil yang selalu mengamalkan membaca Surah Maryam semasa mengandung.

Dengan amalan membaca surah Maryam ini dapat membantu proses kelahiran sekaligus memperolehi anak yang taat dan sabar. Inilah yang menjadi dambaan semua ibu bapa terhadap anak mereka.

3) Surah Luqman

Mengamalkan surah ini dengan harapan anak yang dilahirkan nanti seorang yang cerdik akalnya dan memiliki kecerdikan dari sudut jiwa.

4) Surah Yusuf

Amalan nabi Rasulullah ini sekiranya ibu mengimpikan rupa paras anak yang cantik dan akhlak yang baik. Makanya, ibu perlu selalu membaca dan mendengar surah Yusuf ini.

5) Surah hujurat

Surah ini diamalkan untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6) Surah Yaasin

Surah Yaasin ini jika diamalkan semasa mengandung dapat memberi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang selalu menghasut untuk berbuat maksiat.

7) Surah At-Taubah

Ini bertujuan untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri dari sebarang kemaksiatan di dunia.

8) Surah An-Nahl

Dengan harapan anak yang dilahirkan nanti seorang yang berpegang pada disiplin.

Cara lain untuk mendidik anak semasa mengandung

amalan hamil Rasulullah

– Selalu mengamalkan solat wajib pada lima waktu yang ditetapkan. Selain, melakukan solat-solat sunat.

– Ibu perlu selalu mengamalkan bacaan zikir tidak kira selepas waktu solat, semasa menonton televisyen, semasa memandu dan lain-lain.

– Selalu mengambil masa untuk membaca Al-Quran

– Mendengar muzik yang berentak perlahan dan memberi ketenangan dengan bait-bait lagu yang baik.

– Memperbanyakkan membaca buku-buku berilmiah

– Selalu berbual dengan anak dalam kandungan.

– Sentiasa menjaga adab, perilaku dan emosi

– Bijak mengawal perasaan, tekanan dan stress. Elakkan diri dari diselubungi masalah.

– Membuat senaman ringan di rumah semasa berkelapangan.

– Semasa hamil ibu dilarang memarahi orang, berdendam, iri hati, berdengki dan sebagainya.

– Ambil makanan yang baik, halal, sihat dan berkhasiat sepanjang kehamilan anda.

– Sentiasa tersenyum meskipun ada masalah tertentu dan hadapi ia dengan penuh kesabaran.

Hal ini kerana, sikap anak boleh dipengaruhi oleh perangai ibu dan ayah semasa mengandung. Berikut kesan yang boleh terjadi:

amalan hamil

  • Ibu bapa yang selalu bergaduh cenderung memiliki anak yang ganas dan panas baran.
  • Ibu bapa yang selalu bersedekah akan membuatkan hati anak menjadi lembut.
  • Jika ibu tidak meninggalkan solat anak mudah mendapat hidayah Allah SWT.
  • Ibu mengidam sesuatu yang pelik petanda sikap anak tidak baik.
  • Ibu cuba curang terhadap suaminya boleh menyebabkan anak sukakan maksiat dan menderhaka bila besar nanti.
  • Ibu yang suka membaca Al-Quran, insyallah melahirkan anak yang pintar dan bijak.
  • Jika ibu bijak mengawal emosi, anak yang bakal lahir nanti pandai mengawal keadaan dan menjadi anak soleh.

Semoga bermanfaat.

Amalan Hamil Rasulullah, Ibu Lakukan Ini Jika Mahu Anak Berbudi Pekerti & Cerdik

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Tazkirah Ustaz Ebit Lew

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Tanda Anak Anda Lebih Bijak Daripada Kanak-Kanak Lain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!