TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Budak 2 Tahun Maut Dipaksa Minum 8 Cawan Air Oleh Ibu Yang Tertekan Dengan Suami

8 Nov, 2019
Budak 2 Tahun Maut Dipaksa Minum 8 Cawan Air Oleh Ibu Yang Tertekan Dengan Suami

Disebabkan kesan tekanan perasaan, seorang ibu memaksa bayi berumur dua tahun minum air sebanyak 8 cawan air kerana desakan suami yang nak bercerai!

Anda tahu tak banyak kesan tekanan perasaan ini pada setiap orang hingga masalah ini sering menjadi bualan sejak akhir-akhir ini? Gangguan depresi contohnya boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan kewarasan akal. 

Itulah yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak yang berumur dua tahun maut di tangan ibu kandungnya selepas dipaksa minum air secara berterusan tanpa henti di Jakarta Barat.

Polis di sana memaklumkan, pihak hospital sendiri yang mencurigai kematian kanak-kanak tersebut dan melaporkan kejadian pada pihak berkuasa untuk membuat laporan.

Setelah disoal siasat oleh pihak polis, ibu kandung mangsa mengakui telah membunuh anaknya dengan cara memaksa minum air dengan banyak.

Kesan tekanan perasaan, ibu bunuh anak dengan paksa minum air

bunuh anak kembar

Semasa kejadian, ibu mangsa memberi lapan cawan air sebelum memaksa anaknya minum sementara dia menutup hidung anaknya.

Polis juga memberitahu kanak-kanak malang itu menderita akibat diberi minum air selama lebih kurang 20 minit sehingga membuatnya tidak sedarkan diri akibat lebihan cecair yang keluar dari mulut lantas membuatkan badannya kekejangan.

Stres suami asyik ancam akan menceraikannya

Malah lebih mengejutkan, suspek mengakui melakukan perbuatan terkeji itu disebabkan tekanan perasaan yang dialami kerana sering diancam suami untuk menceraikannya.

Laporan media di sana turut memberitahu kanak-kanak malang itu turut mempunyai seorang lagi kembar.

Bahkan, suspek turut menambah, dirinya turut tertekan kerana mendakwa sering dituduh suka membezakan kasih sayang anak-anaknya kerana yang mati itu terlalu kurus berbanding pasangan kembarnya.

Meskipun dia mengakui menyayangi anaknya itu dan menyesal dengan perbuatannya namun terdapat kesan kecederaan fizikal pada mayat mangsa yang dipercayai didera.

Kesan stress terhadap mental dan fizikal

ibu bunuh anak

Stres ini merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, kemurungan dan banyak lagi hingga membuatkan seseorang itu boleh bertindak di luar jangkaan jika tidak berjaya mengawal depresi mereka.

Berikut antara kesan stres terhadap mental dan fizikal anda:

#1. Mudah lupa dan susah beri fokus

Gara-gara stres, seseorang akan mudah lupa dan susah nak beri fokus hingga prestasi kerja turut terjejas seterusnya tak mampu siapkan tugasan seperti mana yang dikehendaki.

#2. Insomnia

Insomnia adalah satu keadaan di mana manusia tidak dapat tidur di waktu malam, lantas membuatnya rasa letih pada hari keesokannya.

Ini kerana, apabila stres otak manusia akan lebih aktif daripada biasa akibat tidak berhenti dari terus berfikir walaupun tubuh pada masa itu memerlukan rehat.

#3. Sakit kepala

Sakit kepala ini boleh mengakibatkan pengecutan otot kerana tekanan emosi atau ketegangan fizikal yang boleh berlaku sekali atau berulang-ulang dalam seminggu.

#4. Penyakit jantung

Semestinya hormon berperanan penting dalam memastikan kualiti kesihatan individu kerana ia juga adalah bahan kimia yang dihasilkan dari kalenjar endokrin yang mempunyai kesan tertentu pada organ lain dalam tubuh.

Oleh sebab itu, hidangan makanan yang disyorkan adalah protein, karbohidrat dan lemak seimbang seperti salmon, sardin dan teh hijau.

Sementara itu, lemak baik pula contohnya minyak kelapa atau minyak kelapa sawit yang boleh digunakan semasa memasak.

Stories Rakan Kongsi
Want to boost your child’s immune system? Here are 5 expert tips for you
Want to boost your child’s immune system? Here are 5 expert tips for you
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!

#5. Penghadaman terganggu

Apabila stres semakin memuncak ia boleh menyebabkan mual, perut berangin, makanan susah nak hadam dan banyak lagi.

#6. Emosi terjejas

Sekiranya emosi terjejas ia boleh membuatkan seseorang itu rasa cemas dan mudah risau tentang hal-hal kecil. Bahkan mereka juga mudah kecewa dan cepat marah. 

Sekiranya anda dapati simpton seperti di atas berlaku dengan lebih kerap, sebaiknya rujuk masalah anda dengan doktor supaya stres yang anda alami itu dapat diatasi dengan cara yang paling terbaik.

Budak 2 Tahun Maut Dipaksa Minum 8 Cawan Air Oleh Ibu Yang Tertekan Dengan Suami

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Sumber: Astro Awani

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-makan-pisang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak 2 Tahun Maut Dipaksa Minum 8 Cawan Air Oleh Ibu Yang Tertekan Dengan Suami
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham