9 Amalan Ketika Hamil Yang Terbukti Merepek, Tapi Masih Diikut Orang Seluruh Dunia

undefined

Rupa-rupanya, ramai ibu mengamalkan 9 amalan ketika hamil yang aneh ini! Sedangkan ia ternyata merepek dan tidak berasas.

Kehamilan adalah satu pengalaman yang sangat indah bagi semua wanita. Sebab itu, ramai orang yang ingin melindungi wanita hamil, takut apa-apa terjadi pada ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Dengan niat untuk melindungi wanita itulah, maka terciptanya berbagai-bagai amalan ketika hamil dan pantang larang ibu mengandung yang sering kita dengar. 

Tapi tahukah anda kebanyakan amalan ketika hamil dan pantang larang ibu mengandung itu semuanya palsu, merepek dan tidak berasas? 

Walau bagaimanapun, kami bukan ingin mengecam amalan ketika hamil yang merepek ini, tetapi kami ingin menjelaskan bagaimana semua amalan ini terjadi dan patutkah anda percaya atau tidak dengannya.

Jom kita semak sama-sama apa 9 amalan ketika hamil yang merepek, namun masih diamalkan di seluruh dunia ini!

9 Amalan Ketika Hamil Yang Merepek! Patut Ke Ibu Ikut Pantang Larang Ketika Mengandung Ini?

#1 Ibu tak boleh makan ikan kerana nanti anak lambat cakap

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Orang dulu-dulu tak bagi ibu hamil makan ikan, lebih-lebih lagi ikan sungai kerana menurut mereka, nanti anak akan lambat bercakap. Betul ke?

Salah! Alasan ibu tidak boleh makan ikan kerana anak lambat bercakap itu merepek. Walau bagaimanapun, ibu hamil memang tidak digalakkan untuk makan ikan sungai. Mengapa?

Ia kerana ikan sungai mengandungi parasit berbahaya untuk kandungan. Tapi, jika anda masak ikan tersebut dengan sempurna, maka tiada apa yang harus anda risaukan.

Cuma, jangan makan ikan yang terlalu banyak merkuri, seperti ikan tuna, yu, marlin, ikan todak, tenggiri, dan sebagainya. Kandungan merkuri boleh membahayakan anda dan janin!

#2 Ibu hamil tak boleh jalan bawah tangga, nanti bayi jadi lemah

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Kredit gambar: Deposit Photos

Amalan ketika hamil ini paling banyak diamalkan di Eropah. Ibu hamil yang bersandar atau lalu di bawah tangga dipercayai akan melahirkan bayi yang banyak masalah.

Hakikatnya, ia tidak benar sama sekali! Namun, ibu hamil digalakkan untuk tidak memanjat tangga kerana risau akan terjatuh. 

#3 Nak cepat bersalin, anda kena buka semua tingkap dalam rumah!

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Ini satu lagi amalan ketika hamil yang tiada bukti kukuh. Di Rusia, Belarus, dan Ukraine, masyarakat di sana juga percaya — anda kena buka semua pintu (dapur, almari, kotak, laci) untuk memudahkan bersalin. 

Lagi banyak pintu dibuka, lagi cepat pembukaan pintu serviks anda. Tapi sebenarnya ia bukan bertujuan untuk itu!

Pintu dan tingkap yang terbuka sebenarnya akan menggalakkan udara bersih memasuki rumah sahaja. 

#4 Makan makanan putih kalau nak anak putih — Jangan makan kicap!

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Di negara Asia di mana warna kulit putih (cerah) itu melambangkan “kecantikan”, maka ramailah yang mempercayai amalan ketika hamil ini.

Malah, masyarakat di Asia juga percaya, jika anda makan makanan gelap (seperti coklat), anak anda akan jadi gelap! Ini sama sekali tidak benar.

Warna kulit bergantung kepada kombinasi gen. 

#5 Jangan lawat kubur, nanti anak suka meragam

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Banyak negara-negara Arab dan Asia mempercayai amalan ini. Menurut kepercayaan, bayi dalam kandungan boleh “diseru” roh jahat jika ibu melawat kubur.

Malah kelak, bayi akan suka meragam selepas dilahirkan. Sebenarnya, pantang larang ini menggunakan alasan agama untuk mengelak ibu hamil stres. Tak salah untuk anda berjalan-jalan di sekitar taman, mahupun melawat kubur ketika hamil.

Janji anda tahu mengawal stress dan hormon yang kian memuncak. 

#6 Tak boleh makan pedas, nanti anak tiada rambut!

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Orang Asia paling banyak mempercayai kepercayaan ini! Menurut mereka, jika ibu banyak makan makanan pedas ketika hamil, nanti anak akan cepat rabun dan tiada rambut.

Hakikatnya, makanan pedas memang patut dielak oleh ibu hamil. Tapi bukan kerana nanti anak cepat rabun atau tiada rambut!

Ia kerana makanan pedas akan meningkatkan rasa lapar, lalu ibu hamil boleh makan secara berlebihan dan mengalami kenaikan berat badan. Kedua, ia kerana makanan pedas boleh menjejaskan kesihatan anda.

Contohnya jika anda makan terlampau banyak bawang putih ketika hamil, anda mungkin akan mengalami jangkitan saluran kencing. 

#7 Anda kena turunkan rambut, baru senang nak beranak

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Ramai yang percaya — malah doktor dan bidan juga — yang ibu kena melepaskan rambutnya sebelum boleh beranak. Ia dikatakan mampu memberi peluang untuk pintu serviks terbuka.

Tapi pakar yoga mendedahkan ada sebab di sebalik kepercayaan ini. Menurutnya, pintu serviks mempunyai hubungan dengan mulut dan bibir wanita.

Jika rambut diikat tinggi, maka muka akan “tertekan” dan servik tidak mampu terbuka.

#8 Makan banyak tak mengapa, sebab makan untuk dua orang

amalan ketika hamil, amalan ketika mengandung, amalan semasa hamil, amalan semasa mengandung, orang mengandung, pantang ibu bersalin, pantang larang semasa mengandung, pantang larang semasa hamil, pantang larang ibu hamil, larangan ibu hamil trimester pertama, amalan ibu hamil menurut Islam, tips ibu mengandung anak pertama

Tiada istilah makan untuk dua orang. Jadi, ibu hamil masih perlu menjaga pemakanan, walaupun ketika hamil.

Di Asia, ramai yang percaya jika ibu teringin untuk makan sesuatu, tapi hajatnya tak kesampaian, maka bayi akan selalu meleleh air liur. 

Kepercayaan itu juga karut! Doktor telah banyak menasihatkan ibu hamil agar menjaga pemakanan ketika mengandung agar tidak dibelenggu masalah berat badan berlebihan kelak. 

Jadi ibu, jangan guna alasan “makan untuk dua orang” lagi ya?

Ha… bagaimana? Ada tak antara 9 amalan ketika hamil berikut yang anda percaya sebelum ini? Jika ada, jangan ragu-ragu untuk mengubah fikiran anda ya! Apapun, semoga kehamilan anda berjalan lancar.

Jangan lupa jaga kesihatan diri sendiri! Jom kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda yang lain 😉

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Brightside

Baca juga

https://my.theasianparent.commitos-kehamilan-terbukti-benar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!