Anak Lambat Berjalan Tapi Sudah Boleh Bercakap, Begini Cara Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan
Anak lambat berjalan meskipun sudah berusia setahun boleh membuatkan ibu bimbang. Lebih-lebih lagi bila bayi sebayanya sudah boleh berjalan
Langkah pertama anak kecil sentiasa mengujakan mana-mana ibu bapa. Berjalan juga merupakan salah satu fasa perkembangan bayi yang menunjukkan diri mereka sudah besar. Tapi bagaimana jika anak lambat berjalan?
Biasanya, anak kecil akan mula bertatih sekitar usia 9-18 bulan. Selepas dari itu, mereka akan cuba berjalan sendiri tanpa bantuan ibu ayah. Namun, terdapat juga anak-anak yang lambat berjalan atau juga dipanggil ‘delayed walking’.
Punca kenapa anak lambat berjalan
Berjalan adalah kemahiran motor kasar yang melibatkan otot-otot besar kaki. Kebiasaannya, dari segi perkembangan bayi, ia biasanya dimulakan dengan kemampuan berguling, belajar duduk sendiri, merangkak, berdiri sendiri, dan menggunakan perabot atau dinding untuk ‘bersiar-siar’ di dalam rumah.
Ada beberapa punca kenapa anak lambat berjalan:
#1. Pramatang
Bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin cenderung mengalami perkembangan kanak-kanak yang lebih perlahan.
#2. Keturunan
Mungkin ada di antara keluarga belah ibu atau ayah turut mengalami masalah lambat berjalan, tetapi mereka sudah boleh bercakap dengan lancar pada usia 12 bulan.
#3. Personaliti
Sesetengah bayi tidak tergesa-gesa untuk berjalan, dan ada yang lebih berhati-hati akan sebarang risiko yang diperlukan untuk menguasai kebolehan berjalan bebas.
Bukan itu sahaja si manja juga mungkin ingin meluangkan masa dan mempelajari langkah-langkah perkembangan bayi dalam tempoh masa mereka sendiri.
#4. Persekitaran
Bayi yang mengalami sejarah penyakit atau dimasukkan ke hospital jangka panjang pada usia kecil mungkin tidak mempunyai peluang untuk bergerak dan menggunakan kemahiran motor kasar mereka yang membantu berjalan.
Bayi yang tidak diberi peluang untuk bergerak, bermain di atas lantai dan menggunakan kemahiran motor kasar mereka cenderung mengalami masalah lambat berjalan.
#5. Tona dan kekuatan otot yang tidak normal
Tiga contoh keadaan otot yang tidak normal ialah:
- Hypertonia : tona otot yang terlampau tinggi menyebabkan otot kaku untuk mereka menyeimbangkan badan.
- Distrofi otot (muscular dystrophy) : satu penyakit yang diwarisi dan akan menjadi semakin teruk. Selalunya pada bayi lelaki, awalnya kelihatan normal namun, simptom akan muncul pada umur 4 dan 6 tahun.
- Hypotonia : tona otot terlalu lemah menyebabkan mereka tidak seimbang untuk melawan graviti dan berjalan.
#6. Faktor lain kenapa anak lambat berjalan
Faktor luar seperti kekurangan zat makanan dan jangkitan juga boleh menjadi punca mengapa seseorang anak itu lambat berjalan.
#7. Lebih selesa merangkak
Sesetengah anak kecil memang mengambil masa lebih lama berbanding rakan sebaya yang lain untuk berjalan.
Hal ini kerana mereka lebih selesa merangkak bila ingin bergerak. Si manja akan mula berjalan apabila mereka sudah bersedia.
Sesetengah dari punca mengapa seseorang anak itu lambat berjalan mungkin kedengaran serius. Namun sebelum membuat konklusi sendiri, dapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu.
Inilah kepentingan pemeriksaan berkala bayi, di mana jika terdapat sesuatu yang tidak normal, anda boleh merujuk kepada yang lebih pakar di peringkat awal.
Perkembangan bayi dengan kemahiran berjalan
Perkembangan bayi mengikut bulan melibatkan pelbagai kemahiran iaitu keseimbangan, koordinasi, berdiri dan menyokong berat badan mereka dari satu kaki ke kaki yang lain.
Setiap kemahiran kanak-kanak baharu akan dibina berdasarkan kemahiran sebelumnya, menjadikan mereka lebih bersedia untuk melalui perkembangan bayi dan mula berjalan.
Kemahiran bayi berjalan akan berlaku secara berperingkat melibatkan beberapa fasa penting dalam perkembangan bayi mengikut bulan iaitu:
- 6 bulan. Bayi mula duduk sendiri.
- 6-9 bulan. Bayi mula merangkak.
- Perkembangan bayi 9 bulan. Bayi mula berpaut pada perabot seperti sofa atau meja kopi, supaya mereka boleh berdiri.
- Perkembangan bayi mengikut bulan: 9-12 bulan. Bayi mungkin mula berdiri, memegang perabot dan meneroka bilik.
- Kemahiran kanak-kanak 11-13 bulan. Pada masa yang menarik ini, anda boleh mengharapkan untuk melihat bayi mula berjalan sendiri.
Perlu diingat bahawa setiap perkembangan bayi adalah berbeza. Mereka mungkin berjalan dengan lebih awal atau lebih lewat berbanding bayi sebayanya.
Namun selagi doktor atau jururawat mengatakan ia adalah normal, maka ibu ayah tidak perlu risau.
Perkembangan kanak-kanak yang lewat perlu anda waspada
Terdapat banyak variasi dalam perkembangan kanak-kanak, dan itu adalah perkara biasa.
Jika bayi berumur 18 bulan atau lebih dan belum mula berjalan, atau jika anda bimbang tentang perkembangan anak anda, segeralah untuk berjumpa dengan pakar.
Sentiasa peka dengan beberapa tanda amaran bayi lambat berjalan iaitu:
- Anak tidak berguling ke mana-mana arah
- Tidak duduk dengan bantuan
- Bayi tidak mampu menyokong sedikit berat pada kaki
- Anak tidak cuba menarik perhatian anda melalui tindakannya
- Bayi tidak cuba bercakap
- Bayi tidak menunjukkan minat dalam permainan sorok-sorok (peekaboo)
Umur berapa bayi bisa berjalan
Perkembangan bayi yang sedang belajar berjalan boleh menjadi antara detik paling menarik dan tidak akan dilupakan ibu ayah.
Dari usia yang begitu kecil, bayi mula menguatkan otot mereka, perlahan-lahan bersedia mengambil langkah pertama meneroka dunia di sekeliling.
Justeru umur berapa bayi bisa berjalan agar tidak dikategorikan sebagai lewat?
- Biasanya antara 6 dan 13 bulan: bayi anda akan merangkak
- Antara 9 dan 12 bulan: mereka akan menarik diri
- Dan antara usia 8 dan 18 bulan, si manja akan mula berjalan buat kali pertama
Cara agar anak cepat jalan
Ada beberapa cara agar anak cepat berjalan yang boleh anda lakukan di rumah. Antaranya ialah:
#1. Bermain bersama
Cara agar anak cepat jalan memerlukan penglibatan ibu ayah. Waktu bersama anda merupakan kebahagiaan bagi setiap anak. Si manja juga berasa lebih selamat untuk bermain, bergerak atau menyentuh objek di sekitar mereka.
Dengan cara itu, bayi lebih selesa meneroka dan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi.
#2. Galakkan bergerak
Cara agar anak cepat jalan adalah memberi galakan untuk anak bergerak dalam pelbagai arah.
Pergerakan anggota badan dapat membantu bayi membina kekuatan otot mereka untuk bersedia berjalan dan berlari.
Cara agar anak cepat jalan yang boleh ibu ayah lakukan adalah melutut di hadapan bayi, menghulurkan tangan dan menggalakkan mereka untuk datang kepada anda.
#3. Sediakan alat mainan tolak (push toy)
Cara melatih bayi berjalan yang seterusnya adalah menyediakan mainan tolak. Misalnya troli beli-belah kecil atau mesin pemotong rumput bersaiz kanak-kanak.
Hal ini kerana ia dapat memberikan anak kawalan semasa mereka menggenggam dan menolak ke hadapan.
Selain itu, cara melatih bayi berjalan ini adalah selamat kerana ia memberikan sokongan diperlukan semasa si manja menggerakkan kaki, memperhalusi keseimbangan dan meningkatkan keyakinan untuk melangkah.
Elak dua alat ini ketika ikhtiar agar anak cepat jalan
-
Penggunaan baby walker
Pakar perubatan tidak mengesyorkan anda ikhtiar agar anak cepat jalan menggunakan baby walker. Meskipun alat ini menjadi cara melatih bayi berjalan yang ramai ibu guna dan memudahkan bayi bergerak, tetapi otot kaki bayi mungkin tidak dapat berkembang dengan betul.
Selain itu apabila bayi dibiasakan guna baby walker, ia boleh bergerak dengan laju dan meningkatkan risiko kemalangan seperti terjatuh dari lantai tidak rata atau terbalik. Bukan itu sahaja ia juga memberi peluang untuk bayi mencapai barangan panas atau bahaya yang ada di sekelilingnya tanpa anda sedar.
-
Kasut bayi
Berhenti membeli kasut bayi dengan segera jika anda sedang ikhtiar agar anak cepat berjalan.
Hal ini kerana berjalan tanpa alas kaki membantu anak mengembangkan keseimbangan dan koordinasi yang lebih baik. Tunggu sehingga mereka mula berjalan di luar dengan kerap terlebih dahulu, barulah ibu ayah boleh memperkenalkan mereka dengan kasut bayi.
Semasa anak dalam usaha agar anak cepat jalan, perkara biasa berlaku kepada mereka adalah insiden terjatuh. Justeru pengawasan orang dewasa amat diperlukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Selain itu anda juga perlu memastikan ruang di dalam rumah adalah selamat untuk bayi dan kanak-kanak seperti:
- Kunci pintu dan kabinet untuk menjauhkan bayi anda daripada barangan yang tidak selamat seperti bahan kimia
- Letak penutup pada sudut tajam perabot
- Pasang pagar kanak-kanak untuk mengelakkan bayi anda menuruni tangga
- Simpan barang seperti periuk dan kuali di belakang dapur
Doa agar anak cepat jalan
Selain dari mencuba beberapa cara di atas, anda juga boleh mengamalkan doa agar anak cepat jalan setiap masa.
يا قوي يا متين
“Yaa Qowiyyu, Yaa Matinu.”
Artinya: “Ya Allah, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kukuh.”
Doa agar anak cepat jalan ini perlu diamalkan pada waktu pagi sebanyak 7 kali dan 7 kali petang, sambil menggosok belakang dan kakinya, dengan izin Allah Taala bayi anda akan cepat berjalan dengan lancar.
Imam Ahmad Bin Ahmad az-Zarruq al-Maghribiy menyatakan bahawa antara nama Asmaul Husna (nama Allah yang indah) ialah al-Qowiy dan al-Matin mempunyai manfaat bagi orang yang biasa mengamalkannya.
- Mendapat kekuatan zahir batin. Orang yang mengamalkan doa ini tidak akan lemah fizikal dan mendapat kekuatan
- Amalkan dengan keimanan dan keikhlasan, mudah-mudahan dengan keberkatan nama-nama Allah, al-Qowiy dan al-Matin, kita mendapat kekuatan zahir batin
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Benarkah Bawa Anak Berjalan Atas Embun Pagi Boleh Cepatkan Dia Berjalan? Ini Jawapannya!
Baca juga: Anak Skip Merangkak & Terus Berjalan, Ibu Sila Ambil Tahu Tanda ‘Midline Crossing’ Ini
Baca juga: Mainan Bayi 1 Tahun Yang Mampu Merangsang Percakapan & Kaki Berjalan, Ini Tips Buat Ibu!