X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Asyik Minta Mainan? Patut Beri Atau Tidak? Parents Wajib Tahu

5 min bacaan
Anak Asyik Minta Mainan? Patut Beri Atau Tidak? Parents Wajib TahuAnak Asyik Minta Mainan? Patut Beri Atau Tidak? Parents Wajib Tahu

Runsing bila anak anda asyik minta mainan dengan anda? Tertanya-tanya sama ada anda terlebih belikan permainan atau tidak? Kami ada jawapannya!

Garu kepala baik si ibu atau bapa bila dengar anak asyik minta mainan. Manakan tidak. Pantang betul anak anda bila ternampak kedai menjual alat permainan. Sampai ditarik-tariknya ibu bapa ke tempat itu. Sekiranya anak masih kecil, mainan anak 1 tahun tak perlu dibeli selalu. 

Isu anak asyik minta mainan ini kerap berlaku dalam kalangan ibu bapa. Sekiranya ia juga berlaku kepada anda, apa yang pasti anda tidak keseorangan. Anda mesti tertanya-tanya berapa banyak sebenarnya jumlah mainan yang patut anda belikan kepada anak sebab kalau diteruskan memang sakit poket anda nanti di hujung bulan. Malah, penuh pula rumah anda dengan mainan anak anda.

Pertama, anda sendiri kena tahu apakah punca utama yang membuatkan anda sentiasa belikan mainan untuk anak anda.

Punca ibu bapa belikan mainan anak mainan 1 tahun dengan kerap

mainan anak 1 tahun

Kredit: Unsplash

  • Ibu bapa mengganggap mainan sebagai tanda kasih sayang ibu bapa kepada anak

Ramai ibu bapa menyangka sekiranya mereka membelikan mainan yang banyak kepada anak mereka, anak akan bertambah sayang. Kesannya? Anak anda bertambah rasa dimanjakan dan akan rasa tidak disayangi kalau ibu bapa tak belikan mainan. 

  • Tidak mahu anak kalah dengan orang lain

Ini masalah ibu bapa sendiri yang kesian bila anak mereka tidak ada mainan seperti anak orang lain. Perbuatan membanding-bandingkan ini bahaya kerana boleh menjerat diri sendiri.

  • Turutkan kemahuan anak kerana terlalu sayang 
mainan anak 1 tahun

Kredit: Unsplash

Ada juga ibu bapa yang tidak pernah merasai perasaan memiliki alat permainan sewaktu kecil. Jadi, apabila mereka bergelar ibu bapa, kalau boleh satu rak itu juga nak beli. 

  • Tidak mahu anak meragam

Ni paling bahaya sekali apabila ibu bapa sering berikan permainan setiap kali anak mengamuk dan menangis. 

Kenapa anda tidak boleh belikan mainan terlalu banyak untuk anak?

#1 Ketagihan

Belikan barang mainan yang banyak ini sebenarnya adalah satu bentuk ketagihan. Apabila anda membelikan anak mainan 1 tahun, ia menjadi satu ketagihan yang kemudiannya akan dibawa oleh anak anda apabila mereka membesar. 

#2 Tidak menghargai pemberian anda

Semakin banyak anda beri mainan kepada anak anda, semakin anak anda tidak akan menghargai permainan tersebut kerana sudah terlalu banyak! Anak anda tahu kalau permainan ini pecah ataupun rosak, anda akan berikan sahaja yang baru atau anak anda sendiri boleh mengamuk meminta permainan  yang lain. 

#3 Anak akan cepat bosan

mainan anak 1 tahun

Kredit: Unsplash

Ini juga satu lagi masalah bila sudah terlalu banyak mainan. Anak akan cepat jatuh bosan dengan mainannya. Mereka tahu kalau mereka dah bosan, mereka senang sahaja dapat meminta mainan baru daripada menghargai apa yang diberikan kepada mereka. 

#4 Tidak ada daya imaginasi

Apabila anda memberikan terlalu banyak alat permainan kepada anak anda, anda sebenarnya sedang mengekang daya imaginasi dan kreativiti anak anda. Ini kerana mereka tidak dapat merasai pengalaman sebenar apabila menggunakan alatan yang terdapat di rumah untuk bermain khususnya untuk main olok-olok atau pretend play.

Apa ibu bapa patut buat?

Sebagai ibu bapa, anda sendiri boleh memainkan peranan agar anak anda tidak terlalu ketagihan barang mainan. Ini kerana terdapat banyak manfaat apabila anda membelikan alat mainan yang sedikit untuk anak.

#1 Buat ruang kecil

Sekiranya tempat simpanan mainan anak anda besar, anda boleh kurangkan ruang supaya tempat tersebut nampak seperti terdapat banyak permainan untuk anak anda. 

#2 Buang atau kurangkan mainan

Ibu bapa boleh cuba buang atau kurangkan mainan anak anda. Ajar anak anda untuk memberikan permainan ini kepada orang yang lebih memerlukan. Ini mungkin paling sukar untuk anak anda kerana sesetengah kanak-kanak bersifat posesif. Apa yang penting, anda perlu pilih mainan yang anak anda main sahaja.

#3 Elak anak anda daripada melihat mainan

Kalau anak anda sudah biasa pergi ke kedai mencari mainan atau mudah terpengaruh dengan iklan mainan di TV, sudah sampai masanya untuk anda pergi ke tempat lain. Tempat yang dia tidak tahu dimana bahagian atau ruang permainan. Atau, anda elakkan anda daripada melihat iklan TV yang pamerkan permainan.

#4 Jangan terlalu ikut ibu bapa lain

Ibu bapa sendiri kena bertegas dengan diri sendiri. Alat permainan tidak boleh menggantikan rasa sayang dan kasih ibu atau bapa kepada anak. Tidak semestinya anda perlu belikan semua permainan kepada anak anda. Jangan terlalu ikutkan orang lain. Mainan anak 1 tahun cukup hanya beberapa mainan bongkah atau buku lembut saja. 

#5 Guna semula atau pilih alat mainan yang tahan lama

Kalau ada alat permainan yang masih boleh digunakan, tidak perlu buang. Simpan supaya anda tidak perlu membeli alat permainan terbaru. Begitu juga sewaktu anda memilih alat permainan. Jangan belikan alat permainan yang mudah pecah atau rosak. Carilah alat permainan yang berkualiti tinggi.

#6 Main dengan anak

Itu yang paling terbaik sekali! Anda tidak perlu membelikan anak permainan dengan begitu banyak. Lagi baik kalau anak anda main dengan anda untuk merapatkan hubungan dan melatih anak anda untuk berinteraksi dengan orang lain.

Sumber: Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Tak Perlu Mainan Mahal, Main Lekat Sticker Juga Bantu Perkembangan Anak!

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Asyik Minta Mainan? Patut Beri Atau Tidak? Parents Wajib Tahu
Kongsikan:
  • Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

    Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

  • 5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

    5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

    Ini 9 Mainan Terbaik Untuk Anak 1 Tahun Agar Dia Jadi Lebih Bijak & Cergas!

  • 5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

    5 Mainan Yang Bagus Untuk Merangsang Perkembangan untuk Bayi 3 Bulan

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.