Kerana Tak GOSOK Gigi, Budak Ini Hampir Maut Bila Jangkitan Gigi Merebak Ke Otak!

undefined

Gara-gara tidak selalu memberus gigi, kanak-kanak ini hidap sepsis yang hampir meragut nyawanya!

“Segalanya bermula apabila anak sakit gigi secara tiba-tiba. Saya tidak menjangkakan keadaan yang berlaku seteruk ini. Bagi ibu yang tidak mempunyai masa untuk lihat setiap aktiviti anak, sila ajar mereka cara memberus gigi dengan betul. Jangan buat kesilapan yang sama seperti saya.”

  

Ini antara luahan seorang ibu Leah Liza Duran yang berkongsi kisah anak sakit gigi selepas dipercayai mengalami jangkitan. Lebih menyedihkan, dia hampir kehilangan anaknya ini. 

Anak sakit gigi hampir meragut nyawa si kecil

sakit gigi

Ikuti perkongsian ibu ini dalam Facebook miliknya.

“Tujuan saya menyiarkan kisah ini bagi meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa di luar sana supaya sentiasa bertanggungjawab untuk mengajar anak berus gigi dengan baik. Pada mulanya gigi anak saya bengkak dan beranggapan ia tidak berbahaya. Namun, dia hampir sawan akibat bakteria telah merebak ke dalam otak kerana gusi bengkak tadi sudah mula bernanah.

Lantas kami segera membawanya ke hospital dan doktor memberi banyak ubat. Beberapa jam selepas itu, dia muntah darah hitam yang terlalu banyak. Kejadian ini benar-benar mimpi negeri dalam hidup saya sepanjang bergelar ibu. Selang beberapa minit, doktor memberitahu anak saya telah mengalami pendarahan otak disebabkan bakteria. Malah tekanan darah Bryle juga sangat rendah. Bahkan, perut dan paru-paru Bryle juga berdarah hingga menyebabkan dia koma selama lebih dari 24 jam. Selepas koma, syukur Bryle kembali stabil dan perlahan-lahan kembali normal namun masih perlu di bawah pantauan pihak hospital.” Kisah ibu ini adalah peringatan berguna buat ibu bapa lain supaya tidak mengabaikan kebersihan gigi anak kecil anda kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku hanya kerana gigi tidak dibersihkan setiap hari!

Tanda-tanda keracunan darah dari jangkitan gigi: Apa itu sepsis?

gigi sakit

Sepsis adalah keadaan di mana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.

Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekaligus ia merosakkan sistem organ.

Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.

Jika hidup sekalipun, penghidap sepsis mungkin mengalami sakit kronik tertentu atau disfungsi organ.

Antara orang yang berisiko untuk sepsis

  • Pesakit yang mempunyai sistem imun yang lemah.
  • Bayi dan kanak-kanak
  • Bayi pramatang
  • Orang dewasa yang lebih berusia
  • Orang yang mengambil dadah
  • Mempunyai kebersihan gigi yang lemah
  • Pernah menjalani pembedahan
  • Individu bekerja yang terdedah dengan virus dan bakteria.

Punca jangkitan yang boleh menyebabkan sepsis 

sepsis

  • Jangkitan abdomen, kulit dan radang paru-paru
  • Gigitan seranga yang dijangkiti
  • Jangkitan talian pusat seperti dialisis atau kemoterapi
  • Jangkitan gigi
  • Luka pembedahan
  • Jangkitan saluran buah pinggang

Gejala awal

  • Demam panas lebih dari 38 darjah celcius
  • Suhu badan rendah
  • Kadar jantung cepat
  • Nafas laju
  • Pening dan muntah

Gejala yang teruk

  • Jumlah air kencing banyak
  • Kekeliruan
  • Pening
  • Masalah pernafasan yang teruk
  • Perubahan warna bibir kebiruan
  • Penurunan platelet

Hubungan antara sepsis dan jangkitan gigi

Apabila berlakunya jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti. Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dan saraf besar.

Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah.

Tanda-tanda jangkitan dalam mulut

  • Nafas busuk
  • Rasa pahit dalam mulut
  • Demam
  • Sakit gigi
  • Gigi lebih sensitif
  • Gusi bengkak
  • Kelenjar bengkak pada leher
  • Bengkak rahang

Jika mengalami tanda-tanda seperti di atas sila jangan berlengah dan segera ke hospital untuk dapatkan rawatan yang betul. Semoga bermanfaat.

Kerana Tak GOSOK Gigi, Budak Ini Hampir Maut Bila Jangkitan Gigi Merebak Ke Otak!

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Sumber: Penulis asal Jaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!