4 Cara Bercakap Dengan Anak Untuk Ibu Bapa Jika Si Kecil Itu Selalu Kata TIDAK dan TAKNAK!

undefined

Mengapa kanak-kanak kecil selalu suka sebut "Tidak" atau "Taknak?"

Anak kecil mudah untuk mengikut cara percakapan ibu bapa, namun hakikatnya ada sesetengahnya tidak sesuai untuk perkembangan mereka. Apakah cara bercakap dengan anak dengan baik supaya si manja bersikap positif?

Cara Bercakap Dengan Anak: Kenapa Anak Suka Cakap “Tidak” atau “Taknak”

cara bercakap dengan anak

Kanak-kanak kecil tidak suka mendengar perkataan “tidak” sepanjang masa seperti orang lain. Hakikatnya, sikap anak sedemikian dipengaruhi oleh orang sekeliling.

Cuba anda kira berapa kali kita sebagai ibu bapa menggunakan kata-kata negatif seperti “tidak”, “jangan” dan arahan-arahan lain setiap hari? 

Bila anda sudah mengiranya, anda masih hairan mengapa kanak-kanak kecil akan melakukan benda sama?

Contohnya situasi ini –

***

Ibu: Nak pergi rumah nenek tak?

Anak: Tak nak!

Ibu: Kamu suka pergi rumah nenek, kan?

Anak: Tidak!

Ibu: Kenapa tak suka?

 
Dan perbualan antara anda dengan anak mati begitu sahaja. Ataupun mereka akan buat perangai.

Tapi kanak-kanak kecil suka menegaskan pendirian dan kebebasan mereka dalam banyak cara ketika membesar. 

4 Cara Bercakap Dengan Si Kecil Tanpa Menggunakan ‘Tidak’ atau ‘Jangan’

Namun, jika mereka masih menunjukkan perangai yang negatif, ini 4 petua untuk mengajar mereka jadi lebih positif.

1. Tukar Cara Bercakap Dengan Mereka

Cermin diri dulu dan tengok cara kita bercakap dengan mereka

Adakah kita selalu sebut “tidak” atau “tidak boleh”? Tahukah anda yang kita boleh mempengaruhi perangai dan cara mereka bercakap?

Jika anak selalu dengar ayat “jangan sentuh itu” atau “berhenti, ibu dah kata tak boleh“, mereka pasti akan rasa meluat juga. 

Jadi tukar cara anda memberi amaran. Sebagai contoh, anda boleh katakan, “Cuba gunakan suara yang tenang,” daripada kata, “Jangan menjerit!” dan lihat perubahan pada sikap anak.

2. Beri Arahan, Jangan Tanya

4 Cara Bercakap Dengan Anak Untuk Ibu Bapa Jika Si Kecil Itu Selalu Kata TIDAK dan TAKNAK!

Sebagai contoh, beritahu anak ia sudah tiba masa untuk mandi dan bukannya bertanya, “Kamu nak mandi sekarang?” 

Cara ini tidak akan beri peluang untuk anak-anak menjawab permintaan anda.

3. Berkompromi

Jika anda memberi sedikit kebebasan untuk anak-anak membuat keputusan, mereka mungkin akan rasa dia dapat mengawal situasi yang dialami.

Ibu bapa boleh berkompromi dengan memberi anak 2 pilihan. Jangan beri terlalu banyak pilihan, kerana ia hanya akan mengelirukan mereka dan menyusahkan ibu bapa pula.

4. Berikan Sedikit Kelonggaran

ajar anak bercakap

Anak akan sering menjerit TIDAK kerana dia tidak dapat sedikit kelonggaran atau kuasa untuk membuat pilihan

Cuba beri sedikit kelonggaran dan anda mungkin akan mendapati mereka akan kurang menyebut perkataan negatif.

Kalau anak mati-mati mahu pakai gaun supaya nampak cantik macam princess, walaupun seluar panjang lebih sesuai… biarkan dia pakai sahajalah.

INGAT: Sering Sebut Perkataaan TIDAK dan TAKNAK Hanya Fasa Sahaja

Ibu bapa jangan bimbang, jika semua ini gagal juga, jangan lupa ini cuma satu fasa sahaja dan akan berkurang apabila anak membesar. 

Tetapi teruskan galakan untuk anak-anak guna kata-kata yang lebih positif dan semak cara diri anda bercakap dengan anak.

Mudah-mudahan apabila fasa ini tamat, sikap anak berubah dan mereka akan menjadi anak yang lebih positif dan mendengar kata.

Anak saya selalu tantrum dan bercakap ‘NO!’

Sumber: Babyology

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Bapa, Berhenti Tanya "Kenapa" Jika Mahu Anak Dengar Cakap Anda Bila Dia Buat Perangai

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!