Tantrum – apabila anak mengamuk
Biasalah anak-anak memang semulajadi hiper dan kadang-kadang boleh meragam. Kalau anak mengamuk dan keluar tantrum, aduh… susah betul nak kawal!
Kunci utama yang paling penting untuk ibu bapa adalah bersabar. Bersabar walaupun kena kawal anak mengamuk.
Tapi, dalam bersabar itu, anda juga boleh ikut tip mudah yang kami sediakan ini.
10 Cara Ibu Bapa Boleh Kawal Anak Mengamuk
1. Cuba tentukan mengapa anak mengamuk
Kanak-kanak selalunya mula meragam, mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak.
Jadi, bila anak-anak sudah mula “buat perangai” dan menangis, apa kata anda cuba cakap dengan nada perlahan pada mereka. Tanya kenapa mereka berbuat sedemikian.
Jangan lupa untuk alihkan apa benda yang ada dalam tangan mereka, tau! Risau nanti mereka akan mula membaling pula.
2. Bagi anak sibuk dengan “sesuatu”
Sebenarnya, anak mengamuk mungkin sebab bosan. Itu yang kadang-kadang mereka saja nak tarik perhatian ibu bapa dengan buat sepah, pecahkan barang dan sebagainya.
Untuk elak mereka bosan, anda boleh cuba aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, menari dan membaca.
Ia untuk bagi mereka ‘sibuk‘ dengan sesuatu.
3. Alih perhatian mereka
Anak kecil cepat terpesona dan kagum dengan sesuatu. Mereka juga terbukti ada attention span yang lebih rendah sebab masih sedang membesar.
Maka, jangan risau kalau mereka meragam dan mengamuk sebab anda tak dapat beli apa barang permainan yang mereka nak.
Cuba alihkan perhatian dengan ke kawasan buku atau video.
4. Jangan layan tantrum anak tersebut
Kemungkinan tinggi mengatakan anak anda saja menangis, meragam dan buat perangai tantrum kerana mereka tak dapat apa yang mereka nak.
Jadi jangan bagi respon pada mereka. Biar saja. Jangan layan!
Lama-lama nanti mereka akan berhenti menangis sebab sudah penat atau bila tekak mereka dah sakit. Hehe
5. Suruh anak buat sesuatu yang mudah
Jika mereka mula mengamuk dan sebagainya, cuba suruh mereka buat sesuatu yang mudah. Benda ini sama macam konsep untuk alihkan perhatian mereka.
Contohnya suruh anak-anak pergi letak pinggan mangkuk di singki atau beri makan kucing kesayangan ke. Biar mereka faham yang mereka juga ada tanggungjawab.
Nanti mereka akan segan nak menangis.
6. Biar mereka sendirian
Sama macam orang dewasa juga. Mereka ini kadang-kadang memerlukan ruang mereka sendiri. Mereka nak bersendirian.
Anda boleh biar mereka bersendirian (tapi jangan dekat tempat awam!) apabila mereka mula crancky. Biar mereka “hiburkan” diri mereka sendiri.
Tapi janganlah biar mereka seorang diri betul-betul. Pantau apa mereka buat dari jauh. Elakkan daripada mereka mula nak baling dan pecahkan barang.
7. Buat aktiviti di luar dengan mereka
Anda pun tahu kan yang aktiviti di luar bagus untuk tumbesaran anak-anak? Ha… jadi apa tunggu lagi?
Bawalah si manja itu pergi berkelah ke, pergi main permainan atau sukan ke dan lain-lain.
Mereka pasti akan terhibur dan lebih tenang. Lepas ini memang jarang mereka akan mengamuk dan buat perangai!
8. Dengar apa yang mereka nak cakap
Anak-anak yang tengah membesar memang pokpek-pokpek betul mulutnya. Ada saja benda dia nak cakap atau tanya.
Jadi ibu bapa haruslah ambil inisiatif untuk dengar apa anak anda nak cakap. Walaupun jika mereka hanya nak cakap yang laut itu biru. Layan saja, okay?
9. Diet – pemakanan anda
Diet yang sihat lagi seimbang boleh meningkatkan mood anak-anak anda. Ibu bapa diminta untuk lebih menghidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai makanan rutin.
Makanan yang seimbang juga boleh mengelak jangkitan penyakit pada kanak-kanak!
10. Tidur
Pastikan anak-anak dapat tidur yang mencukupi, ya! Kadang, sebab tak cukup tidur anak mengamuk.
Semakin cukup waktu tidur, semakin banyak tenaga mereka boleh dapat. Maka, mood mereka juga akan lebih baik.
Jangan risau sangat. Biasalah anak-anak yang sedang membesar. Tapi, oleh sebab mereka tengah membesar tak bermaksud mereka tak boleh dikawal dan dilatih!
Selamat mencuba ibu bapa semua. Kalau tip ini berkesan, sila komen pada kami ya!
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsatu-soalan-mampu-tenang-anak-mengamuk/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!