TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Bapa, Berhenti Tanya "Kenapa" Jika Mahu Anak Dengar Cakap Anda Bila Dia Buat Perangai

3 min bacaan
Ibu Bapa, Berhenti Tanya "Kenapa" Jika Mahu Anak Dengar Cakap Anda Bila Dia Buat Perangai

Anda pasti sudah biasa tanya soalan kenapa bila anak buat perangai, kan? Sekarang, jangan lagi tanya soalan kenapa itu kalau nak mereka dengar cakap anda.

Tugas sebagai seorang ibu bapa

Tugas ibu bapa bukanlah mudah. Siapa yang belum jadi seorang ibu bapa mungkin masih belum sedar tentang keistimewaan tanggungjawab ini.

Namun, bila kita sudah jadi ibu bapa ini baru kita tahu! Tapi, yang seronoknya, semakin lama kita jadi ibu bapa, semakin kita “masak” dengan perangai anak-anak.

Tengoklah masa si manja itu masih kecil, kita tahu saja apa yang dia nak bila dia menangis.

Akan tetapi, makin si manja anda membesar, anda mula melayan mereka seperti orang dewasa dan anda mahu mereka berkomunikasi macam orang dewasa.

Sebab itu kita asyik tanya “kenapa” pada semua benda yang dia buat.

Contohnya bila dia mengamuk dan buat perangai, anda akan tanya – 

“Kenapa ni? Ada apa? Kenapa? Kenapa?”

anak buat perangai

Kredit: Verywell

Soalan “kenapa” itu amat tajam

Tanya soalan “kenapa” bila kita tak faham tentang sesuatu memang normal. Lagipun, kita sedang mengajar anak-anak “meluahkan” apa yang dia rasa.

Kita juga mengajar mereka menyoal kenapa pada benda yang mereka tak faham. Sebab itu kadang-kadang, kita akan tanya kenapa pada anak-anak dalam semua benda.

Kenapa menangis? Kenapa gelak? Kenapa awak menjerit-jerit ini? dan banyak lagi…

Masalahnya, mungkin orang dewasa boleh menjelaskan jawapan untuk soalan kenapa. Tapi, kanak-kanak tak!

Cuba bayangkan anda terasing di satu pulau yang tak dikunjungi ramai orang. Tiba-tiba anda kena cakap bahasa yang anda tak faham. Lepas itu, soalan kenapa pula asyik ditanya. 

Stress kan? 

Macam itu juga dengan anak-anak, terutamanya yang masih muda. Dia tak dapat nak jelaskan “kenapa” dia menangis, jadi dia akan menangis!

anak buat perangai

Kredit: Huffington Post

Ibu bapa jangan lagi tanya soalan kenapa

Apabila anak anda buat perangai dan mengamuk, dia pasti akan menghampiri anda untuk memujuknya. Mungkin sebab tidurnya terganggu, atau dia masih mamai. 

Bila anda soal “kenapa”, dia mungkin akan fikir dia sedang buat salah. Jadi, anak-anak akan lebih buat perangai.

Menurut Faber dan Mazlish, pakar dalam komunikasi antara orang dewasa dan kanak-kanak, soalan kenapa buat anak-anak tak lagi mempercayai anda. 

Ia buat mereka fikir anda “menuduh” mereka melakukan sesuatu yang salah. 

Jadi, apa ibu bapa patut buat bila anak-anak buat perangai dan mengamuk?

Sebenarnya, kanak-kanak yang suka buat perangai akan tunjuk 4 tahap ini sebelum mereka betul-betul mengamuk. 

Pertama – anak mula tak menghiraukan sesuatu (bebai)

Kedua – anak mula berhenti melakukan sesuatu

Ketiga – pre-tantrum (dia tengah marah)

Keempat – barulah mengamuk!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas mungkin boleh menerangkan kenapa dia berkelakuan sedemikian. Tapi, tidak bagi kanak-kanak yang masih muda.

Kalau anda nak tanya soalan kenapa pada anak-anak, mula tanya bila mereka mencecah usia 7 tahun. 

Ada cara yang lebih bagus untuk menggantikan soalan “kenapa” itu. Antaranya:

  1. Beri perhatian dan dengar apa yang anak nak cakap. Bila anda nampak anak anda pada tahap pertama (seperti di atas), cuba pergi teman dia dan beri dia perhatian sepenuhnya. Tapi jangan cakap apa-apa.
  2. Akui apa yang dia rasa. Anda boleh cakap “oh, begitu….”. Jangan cakap “hmmmm” saja bila anak anda bercerita.
  3. Cakap anda faham dengan apa dia rasa. Contohnya “ibu tahu sakit dia macam mana…” 
  4. Beri apa yang dia nak dalam bentuk fantasi. Biasanya, tantrum sebab anak anda nak sesuatu yang tak logik. Contoh seperti dia nak pakai jaket sejuk ke sekolah. Cuba cakap yang apa dia nak mesti boleh dilakukan di New Zealand, kan? Ataupun cakap cuaca panas di Malaysia tak sesuailah nak pakai jaket sejuk.

Selamat mencuba ibu bapa semua! 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Linked in

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsatu-soalan-mampu-tenang-anak-mengamuk/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Bapa, Berhenti Tanya "Kenapa" Jika Mahu Anak Dengar Cakap Anda Bila Dia Buat Perangai
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

powered by
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham