9 Aplikasi Kehamilan (Pregnancy Apps) Terbaik Untuk Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
Aplikasi kehamilan yang bagus untuk ibu muat turun perlulah memiliki ciri pregnancy tracker, kicking tracker, ruang soal jawab, komuniti aktif
Kehamilan adalah satu perjalanan yang menakjubkan, penuh dengan detik-detik indah dan cabaran. Di zaman digital ini, terdapat pelbagai aplikasi kehamilan yang direka khas untuk membantu ibu mengandung menjejak perkembangan bayi, merancang kehamilan, dan mendapatkan nasihat kesihatan.
Aplikasi ibu hamil ini bukan sahaja memudahkan ibu mengandung untuk memahami setiap fasa kehamilan tetapi juga memberi sokongan emosi dan fizikal sepanjang perjalanan tersebut.
Isi Kandungan
Aplikasi Kehamilan Bagi Mengesan Perkembangan Bayi
Berikut senarai aplikasi kehamilan terbaik untuk ibu mengesan perkembangan janin dan mendapatkan sokongan sepanjang tempoh 9 bulan ini:
1. Aplikasi theAsianparent
Aplikasi theAsianparent bukan sekadar aplikasi biasa untuk menjejak kehamilan. Ia adalah sebuah platform yang direka khusus untuk ibu mengandung dan ibu bapa di Asia, termasuk di Malaysia.
Apa yang menjadikan theAsianparent istimewa adalah pendekatannya yang menyeluruh dalam memberikan maklumat, sokongan kehamilan dan panduan yang sesuai dengan budaya dan keperluan ibu bapa Asia.
Apa Yang Best Tentang Aplikasi Kehamilan theAsianparent?
-
Komuniti Yang Aktif dan Menyokong
theAsianparent mempunyai komuniti ibu bapa yang aktif di seluruh Asia. Dalam aplikasi ini, anda boleh berkongsi pengalaman, bertanya soalan, dan mendapatkan nasihat daripada ibu bapa lain yang mempunyai latar belakang yang serupa. Ini sangat membantu, terutamanya jika anda inginkan pandangan atau nasihat yang lebih bertepatan dengan budaya tempatan.
-
Artikel dan Video Pendidikan
Aplikasi ini menyediakan pelbagai artikel dan video yang merangkumi topik-topik seperti kehamilan, penyusuan, perkembangan bayi, dan juga isu-isu yang lebih serius seperti kesihatan mental dan cabaran dalam perkahwinan selepas kelahiran anak. Semua kandungan disesuaikan dengan konteks budaya dan keperluan ibu bapa di Malaysia.
-
Penjejak Kehamilan dan Perkembangan Bayi
theAsianparent menawarkan penjejak kehamilan yang membantu ibu mengandung untuk memahami setiap fasa kehamilan. Anda akan menerima update mingguan tentang perkembangan bayi anda, apa yang anda boleh jangkakan pada minggu tertentu, dan tip-tip untuk menjaga kesihatan anda sepanjang kehamilan.
Setelah bayi lahir, anda boleh terus menggunakan aplikasi ini untuk menjejak perkembangan bayi dari segi pertumbuhan, pemakanan, dan milestones penting.
-
Pertandingan dan Hadiah
Aplikasi kehamilan ini juga sering menganjurkan pertandingan dengan hadiah-hadiah menarik. Ini termasuk produk bayi, barangan rumah, dan banyak lagi. Ia adalah satu bonus tambahan yang menjadikan penggunaan aplikasi ini lebih menyeronokkan!
-
Fungsi Tambahan Kick Counter
Aplikasi kehamilan ini juga mempunyai fungsi kick counter untuk bantu ibu membuat kiraan pergerakan bayi setiap hari, terutama sekali setelah memasuki trimester ketiga. Kiraan pergerakan bayi adalah penting kerana ia boleh mengelakkan daripada berlakunya still birth.
2. Motherhood: Parenting SuperApp
Motherhood ni bukan sekadar aplikasi kehamilan, tapi ia adalah satu superapp yang menggabungkan segala maklumat yang ibu bapa perlukan, dari kehamilan hingga penjagaan bayi. Memang all-in-one!
Kenapa Anda Perlukan Motherhood?
- Komuniti & Artikel: Anda boleh baca artikel yang disediakan oleh pakar, sertai komuniti ibu bapa, dan dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman. Best kan?
- Kalendar Kehamilan: Aplikasi ini juga ada kalendar kehamilan yang memberi anda panduan apa yang patut dilakukan pada setiap trimester. Mudah nak rancang apa yang perlu disediakan.
- Diskaun & Promosi: Motherhood juga kerap menawarkan diskaun dan promosi untuk produk bayi dan kehamilan. Boleh jimat banyak!
3. BabyCentre Pregnancy Tracker
Aplikasi BabyCentre ini berperanan sebagai one-stop-centre untuk ibu dapatkan segala informasi berkaitan kehamilan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Selain itu, aplikasi BabyCentre ini juga mempunyai ruangan khas untuk pasangan yang sedang cuba untuk hamil – TTC. Di dalam ruangan ini, TTC boleh mendapat akses kepada fungsi kalkulator kesuburan dan maklumat berkaitan cuba untuk hamil seperti tentang IVF, matured pregnancy, keguguran dan sebagainya.
Keunikan dan kelebihan aplikasi ini:
- Mempunyai koleksi video perkembangan bayi dalam rahim dan perubahan yang berlaku pada ibu sepanjang tempoh mengandung.
- Komuniti ibu ayah aktif berbincang dan menjawab soalan ibu ayah lain berdasarkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing.
- Datang dengan fungsi tambahan untuk ibu rekod pergerakan bayi setiap hari dan kontraksi yang dirasai apabila sudah semakin hampir dengan EDD.
4. Ovia Pregnancy Tracker
Ovia Pregnancy Tracker adalah aplikasi penghitung kehamilan yang datang dengan fungsi utama untuk bantu ibu ayah memantau perkembangan bayi dalam kandungan dan countdown hari kelahiran cahaya mata kesayangan.
Pengguna aplikasi Ovia Pregnancy Tracker juga rata-rata mengatakan fungsi kegemaran mereka dalam aplikasi ini adalah kalendar temujanji doktor dimana ibu dapat keep track dengan temujanji doktor berkala mereka dengan mudah.
Aplikasi ini juga mempunyai fungsi yang membenarkan ibu untuk menyimpan nota atau rekod kesihatan sendiri setiap hari.
5. Pregnancy+
Aplikasi ini akan memaparkan perkembangan janin setiap hari dan perbandingan saiz janin setiap minggu dengan menggunakan visual 3D yang nampak seakan benar.
App kehamilan ini juga mempunyai fungsi tambahan lain untuk memudahkan ibu iaitu kick counter. Fungsi ini digunakan untuk ibu catat pergerakan harian bayi. Yang paling best, app ini juga mempunyai ruang galeri gambar untuk ibu muat naik gambar baby bump setiap bulan!
Selain itu pengguna app akan dapat akses kepada artikel secara mingguan dan kebanyakkan artikel di dalam aplikasi ini adalah sangat educational, bukan sekadar rencana biasa. Jadi, ini semestinya sumber maklumat yang terbaik untuk pasangan yang pertama kali hamil dan mempunyai 1001 persoalan yang bermain di fikiran.
6. Pregnancy Tracker & Baby WTE App
Aplikasi untuk ibu hamil ini mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk pasangan gunakan sepanjang tempoh hamil. Seksyen khas untuk bacaan harian dilengkapkan dengan pelbagai jenis artikel berkaitan perkembangan janin, kesihatan ibu hamil dan kekeluargaan.
Di ruangan Tools pula, terdapat enam lagi fungsi seperti Ovulation Calculator, Due Date Calculator, Registry Builder, Baby Products, Recipes dan Baby Feeding Tracker. Fungsi-fungsi ini ibu boleh gunakan sebelum hamil, semasa hamil, dan selepas bersalin.
7. BabyBump Pregnancy Pro
Apps kehamilan ini menawarkan penjejak kehamilan harian dengan maklumat yang terperinci mengenai perkembangan bayi dan perubahan ibu hamil.
Anda boleh merekodkan pengalaman harian anda dalam jurnal yang disediakan dalam aplikasi ini. Selain itu aplikasi kehamilan BabyBump membolehkan anda menyimpan dan menyusun lakaran ultrasound dalam satu tempat.
8. Glow Nurture
Glow Nurture membolehkan anda menjejak simptom-simptom kehamilan dengan mudah, seperti mual, keletihan, dan perubahan emosi.
Aplikasi ini membantu anda merancang kehamilan dengan lebih baik melalui kalkulator ovulasi dan nasihat perancangan keluarga. Glow Nurture juga memastikan semua maklumat yang anda kongsikan dilindungi dengan keselamatan data yang tinggi.
9. What to Expect
Apps kehamilan What to Expect menyediakan kalender kehamilan yang membantu anda menjejak setiap trimester dan memberikan nasihat yang relevan pada setiap fasa.
Aplikasi ini juga menyediakan kalkulator yang dapat mengira tarikh bersalin berdasarkan tarikh terakhir haid. Anda akan menerima artikel dan nasihat yang disesuaikan dengan kehamilan anda, termasuk isu-isu kesihatan seperti diabetes gestasi, tekanan darah tinggi, dan banyak lagi.
Kepentingan Muat Turun Aplikasi Kehamilan
Kami di theAsianparent juga adalah parents seperti anda, dan kami sentiasa menganggap kehamilan ini adalah salah satu perkara terindah dalam kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
Berikut adalah beberapa kepentingan utama mengapa muat turun aplikasi kehamilan adalah langkah bijak untuk ibu mengandung:
1. Pemantauan Perkembangan Bayi Secara Berkala
2. Panduan Kesihatan dan Pemakanan
3. Menyediakan Senarai Semak dan Perancangan Bersalin
4. Mengekalkan Rekod Kesihatan dengan Mudah
5. Sokongan Emosi dan Komuniti Ibu Bapa
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!
Baca juga: Koleksi Menu Ibu Mengandung Yang Sedap & Berkhasiat, Baik Untuk Perkembangan Janin
Baca juga: Cara Kira Pergerakan Janin Tidak Semestinya Bermula 9 Pagi, Doktor Ajar Cara Yang Betul