Sangap Suami Lepas Isteri Bersalin Tak Dilayan, Suami Nekad Bunuh ANAK SENDIRI!
Sanggup seorang ayah bunuh anak sendiri gara-gara isterinya tolak untuk berhubungan seks lepas bersalin! Di mana perikemanusian yang patut ada dalam diri?
Tak ramai lelaki tahu dengan terperinci tentang gejala post partum atau gejala meroyan lepas bersalin. Sebab itu kes ayah bunuh anak sendiri seperti ini boleh terjadi.
Proses kehamilan, bersalin, dan menjaga bayi baru lahir sebenarnya AMAT MEMENATKAN. Jadi, tidak mustahil jika ada sesetengah ibu yang tidak mahu terus berhubungan intim lepas beranak.
Bagi sesetengah ibu pula, mereka akan berpantang selama 44 hingga ke 100 hari. Lalu, hubungan seks adalah ditegah pada tempoh waktu ini.
Kebanyakan suami hanya faham perkara itu saja. Tapi sebenarnya, bukan kepenatan saja yang boleh menyebabkan sesetengah isteri menolak seks lepas bersalin.
Hormon yang tengah berubah juga antara puncanya. Hormon ini akan membunuh nafsu seks (libido) isteri hingga mereka menolak untuk berintiman.
Namun, kes ayah bunuh anak ini amat luar biasa dan mengejutkan!
Bayangkan… seorang suami yang berang pada isterinya kerana tidak mahu melakukan seks, akhirnya melepaskan kemarahannya itu pada bayi tidak bersalah!
Ayah bunuh anak sendiri: Apa yang terjadi?
Laporan media mendedahkan, seorang ayah yang masih muda telah membunuh anaknya sendiri yang baru berusia 6 bulan.
Semuanya gara-gara isterinya itu tidak mahu melakukan seks dengannya!
Maycon Salustiago Silva, 25 tahun akhirnya telah ditahan awal bulan ini. Dia didakwa melepaskan tembakan pada bayinya itu lepas bergaduh dengan Jeniffer, isterinya.
Yang lebih menyedihkan, bayi itu cedera parah dan di bawa ke hospital hanya selepas 2 jam!
Siasatan yang dijalankan mendapati pistol tersebut sengaja disorokkan di bawah sofa ruang tamu rumah mereka.
Kejadian menyayat hati – ayah bunuh anak sendiri
Detektif Daniel Martins Ferreira yang mengetuai siasatan mendedahkan, Silva telah menembak anaknya yang bernama Michel itu kerana tidak dapat mengawal kemarahan.
“Kami percaya suspek tidak dapat apa yang dimahukannya. Maka, dia menembak bayinya itu dari jarak dekat. Dia meletakkan pistol di dada mangsa yang sedang tidur dalam katil bayi. Menurut ibu mangsa, suaminya itu mengejutnya bangun pagi tadi. Dia mahu berintiman. Tapi isterinya menolak. Dia yang berang kemudiannya memukul dan mengugut si isteri.”
Tapi keganasan itu tidak berakhir di situ. Silva kemudiannya semakin berang dan terus menembak bayinya.
Ayah bunuh anak sendiri: Apa kata jiran?
Pihak polis telah menerima panggilan telefon dari jiran mangsa pada pukul 1:30 pagi selepas mereka mendengar jeritan Jeniffer.
Namun, polis tidak berjaya mencari rumah sebenar mangsa dan membatalkan pencarian.
Menurut salah seorang jiran mangsa, selepas mereka mendengar jeritan Jeniffer, tiba-tiba suasana kembali senyap. Tiada lagi sebarang jeritan.
Akhirnya selepas 2 jam, barulah ambulans dan polis sampai di rumah mangsa. Menurut Jeniffer, beliau pengsan lepas insiden terbabit. Beliau tidak tahu berapa lama dirinya pengsan.
Doktor mengesahkan Jeniffer dalam keadaan trauma dan masih terkejut. Bayi Michel itu adalah anak sulungnya.
Silva tiada rekod jenayah. Namun kini, dia akan didakwa atas pertuduhan membunuh, menggunakan senjata haram, dan melakukan keganasan rumah tangga.
Kenapa lepas bersalin, isteri tolak seks?
Seperti yang saya sebut di atas tadi, proses melahirkan cahaya mata adalah satu proses yang memenatkan.
Bukan penat secara fizikal saja, tapi juga secara emosi dan mental. Apabila semua kepenatan ini digabung, ditambah dengan kesakitan jahitan lepas bersalin, tak mustahil isteri tiada nafsu.
Untuk sesetengah wanita, kekurangan nafsu ini mungkin akan berlaku selama beberapa minggu. Tapi, ada juga yang sampai bertahun!
Walau bagaimanapun, ia semuanya normal. Jadi para suami kenalah faham situasi ini. Anda juga kena faham, seks lepas bersalin mungkin akan “menyakitkan” wanita kerana:
- faraj kekeringan
- penetrasi yang menyakitkan (kerana luka jahitan belum sembuh. Ada kes jahitan terbuka semula lepas seks!)
- kesakitan ketika melakukan seks (berkaitan beberapa penyakit)
- kesakitan ketika klimaks
- faraj terlalu ketat
- faraj sedikit longgar
- pendarahan selepas seks
Kematian bayi ini adalah satu berita tragik. Ia membuktikan masih ramai yang tidak tahu tentang isu post partum selepas bersalin yang dihadapi si ibu.
Para ayah wajib diberi kesedaran tentang hal ini.
Apapun, kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah pada ibu mangsa. Tiada kata-kata mampu diucap untuk menggambarkan cabaran yang digalas si ibu pada masa ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga:
Jahitan episiotomi terbuka, suami mengaku berintiman dengan isteri secara paksa