Ayam Masak Merah Sedap & Special Ikut Resepi Che Nom Dengan Dua Bahan Istimewa

Ayam masak merah sering menjadi pilihan sebagai hidangan keluarga kerana ia bukan sahaja sedap, namun mudah disediakan.

Ayam masak merah menjadi kegemaran untuk hidangan buat seisi keluarga, bukan sahaja kerana ia sedap namun ayam masak merah juga mudah untuk disediakan. Kali ini, kami kongsikan resepi ayam masak merah daripada Che Nom yang popular dan sering menjadi pilihan orang ramai.

Resepi Ayam Masak Merah Daripada Che Nom

Bagi resepi ini, Che Nom gunakan dua bahan istimewa yang tingkatkan lagi keenakan ayam masak, iaitu gula melaka dan daun kari. Che Nom gunakan gula melaka supaya kuah sambal lebih sedap daripada sambal yang dimasukkan gula putih biasa.

Daun kari pula ditumis untuk tambahkan rasa dan tingkatkan aroma supaya ayam masak merah lebih wangi serta menyelerakan. Tapi Che Nom kata, kalau tak ada daun kari pun tak apa. Cuma rasanya sedikit berbeza daripada resepi Che Nom.

Bahan Ayam Masa Merah

  • 1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 1 tangkai daun  kari
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • Anggaran 1 keping  gula melaka
  • 2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk dikisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 6-8 biji bawang merah
  • 8-10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis daun kari kemudian masukkan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti  ayam goreng tadi.
  4. Masukkan sos sili, sos tiram dan  gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda.
  5. Tambah sedikit air jika  kuah  sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.

ayam masak merah, resepi che nom

Tips Memasak Ayam Masak Merah.

Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap.

Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan  sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan  kuah sambal menjadi hangus.

Buat para isteri, tunggu apa lagi? Masak hidangan ini untuk keluarga anda, pastinya suami dan anak anda akan menyukai resepi  istimewa daripada Che Nom ini. Cuba periksa peti sejuk anda, mana tahu bahan-bahan untuk resepi ini ada dalam peti sejuk anda, boleh masak sekarang. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Resepi Ayam Yang Sering Menjadi Kegemaran Seisi Keluarga, Memang Sedap!

Baca juga: Resepi Cencaru Sumbat Kelapa Dan Air Asam Kerisik Ikut Resepi Che Nom, Memang Mudah

Baca juga: Resepi Lontong Dan Kuah Lodeh Ikut Cara Che Nom, Mudah & Menjadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!