Baby Blue Syndrome - Ketahui Punca, Simptom & Cara Rawatan Untuk Elak Bayi Bertambah Teruk!

undefined

Baby blue syndrome boleh berlaku kepada sesetengah bayi sejak dilahirkan. Ia boleh berlaku atas pelbagai sebagai termasuklah akibat kecacatan jantung.

Pernah tak anda dengar tentang baby blue syndrome atau sindrom bayi biru? Jika anda tidak pernah mendengarnya, namun perasan badan bayi sedikit kebiruan, di sini penjelasannya.

Bayi Fei Hong, enam bulan, sudah mula makan makanan pejal. Dia sangat suka makan ubi bit, bayam dan brokoli. Jadi ibunya selalu beri makan banyak sayur-sayuran setiap hari.

Namun akhirnya, kulit Fei Hong tiba-tiba bertukar kebiruan di kawasan kulit dan bibir. Setelah dibawa berjumpa pakar pediatrik, anaknya itu disahkan menghidap penyakit baby blue syndrome. Persoalannya, apakah penyebab dan rawatan yang boleh dilakukan untuk penyakit ini? 

Apa itu Baby Blue Syndrome?

fahami baby blue syndrome

Baby blue syndrome atau sindrom bayi biru adalah satu penyakit yang dihidapi oleh sesetengah bayi selepas dilahirkan.

Ia dicirikan oleh warna kulit yang mana menjadi warna biru atau ungu, dipanggil sebagai sianosis. Kehadiran warna kebiruan pada kulit bayi ini paling ketara apabila kulitnya nipis, seperti di bahagian bibir, cuping telinga, dan kuku.

Walaupun jarang berlaku, sindrom bayi biru ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa kecacatan jantung kongenital (bermaksud wujud selepas lahir), faktor persekitaran ataupun genetik.

Punca Baby Blue Syndrome

penyebab baby blue syndrome

Warna kulit bayi boleh bertukar kebiruan kerana kekurangan darah dalam oksigen dan seterusnya menyebabkan bayi kurang oksigen. Dalam sistem fizikal yang sihat, jantung mengepam darah ke paru-paru, sekaligus mengepam oksigen. Kemudian, darah oksigen ini dihantar ke jantung. 

Akan tetapi, jika terdapat masalah dengan darah pada jantung atau paru-paru, proses pengoksidaan tidak berlaku dengan baik. Atas sebab itu, kulit boleh berubah menjadi biru atau ungu. Kekurangan pengoksigenan boleh berlaku atas beberapa sebab:

#1. Tetralogy of Fallot (TOF) 

Ini satu kecacatan jantung kongenital yang jarang berlaku. Ia adalah punca utama penyakit syndrome baby blue

TOF tidak terhad kepada kecacatan jantung saja, sebaliknya ia kombinasi beberapa isu yang memperlahankan aliran darah kepada paru-paru yang menyebabkan darah kurang oksigen. 

#2. Methemoglobinemia

Keadaan ini berpunca daripada keracunan nitrat. Ia boleh berlaku pada bayi yang diberi susu formula yang dicampur dengan air perigi atau makanan bayi buatan sendiri yang dibuat dengan makanan kaya nitrat, seperti bayam, brokoli atau bit.

Keadaan ini berlaku paling kerap pada bayi di bawah umur 6 bulan. Semasa di usia ini, bayi mempunyai saluran gastrousus yang lebih sensitif dan kurang berkembang, yang lebih cenderung untuk menukar nitrat kepada nitrit. Apabila nitrit beredar di dalam badan, ia menghasilkan methemoglobin. Walaupun methemoglobin kaya dengan oksigen, ia tidak melepaskan oksigen itu ke dalam aliran darah dan seterusnya boleh menyebabkan bayi menjadi kebiruan.

#3. Kecacatan jantung kongenital 

Apabila jantung tidak berfungsi dengan baik, syndrom baby blue boleh berlaku. 

Oleh itu, jika bayi dilahirkan dalam apa jua keadaaan jantung, si kecil itu boleh menderita penyakit ini. 

Sebagai contoh, bayi yang dilahirkan dengan Down Syndrome sering ada masalah jantung atau ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes jenis 2  yang tidak terkawal ia boleh mempengaruhi jantung bayi.

Simptom Penyakit Bayi Biru 

gejala baby blue syndrome

Selain daripada kulit bayi bertukar kebiruan, antara gejala-gejala lain bagi penyakit ini yang para ibu ayah perlu berikan perhatian adalah:

  • Keletihan melampau 
  • Kuat merengek/ marah
  • Selera makan menurun
  • Ketidakupayaan mencapai berat badan ideal 
  • Isu denyutan jantung yang cepat 
  • Jari kaki dan tangan bulat-bulat 

Rawatan Untuk Sindrom Badan Bayi Kebiruan 

jenis rawatan bagi baby blue syndrome

Jika doktor syak bayi anda mengalami syndrome baby blue, mereka akan menjalankan ujian fizikal secara menyeluruh. 

Beberapa ujian juga dilakukan termasuklah:

  • Ujian darah 
  • X-ray dada untuk pemeriksaan jantung dan paru-paru
  • Elektrokardiogran (EKG) untuk pantau fungsi dan aktiviti jantung 
  • Echocardiogram untuk melihat anatomi jantung 
  • Catherization bagi melihat dan memeriksa arteri jantung
  • Ujian tepu oksigen bagi mengetahui tahap oksigen dalam darah 

Rawatan ini bergantung pada keadaaan dan pembedahan biasanya diperlukan jika berpunca daripada masalah jantung kongenital. 

Manakala ubat-ubatan akan ditetapkan oleh profesional perubatan jika disebabkan oleh methemoglobinemia. 

Langkah-langkah Pencegahan

Jika bayi anda mengalami masalah genetik pada jantung dan paru-paru, mungkin sukar untuk mencegah penyakit ini.

Tapi, jika berpunca dari persekitaran ia boleh dielakkan dengan cara berikut:

  • Jangan guna air perigi/air paip: Elak menggunakan air perigi mahupun air paip untuk menyediakan makanan atau susu formula bayi sehingga mereka berumur 12 bulan. Perlu anda tahu, walaupun air dimasak, ia masih tetap tidak dapat menghilangkan nitrat.
  • Hadkan makanan yang kaya dengan nitrat: Jangan beri bayi makanan yang kaya nitrat seperti brokoli, ubi bit, lobak atau bayam. Hadkan penggunaan sayur sebelum bayi berumur tujuh bulan. Jika anda menyediakan sendiri makanan bayi dan mesti menggunakan sayur-sayuran ini, gunakan yang frozen dan bukannya segar.
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat ketika hamil bagi menjamin kesihatan bayi sejak dari dalam kandungan lagi.
  • Elakkan mengambil minuman beralkohol, merokok atau ubat yang salah di sisi undang-undang ketika sedang hamil.
  • Jika anda sedang menghidap diabetes, pastikan anda mengawalnya dengan baik dan berada di bawah pemantauan doktor.

Adakah Ia Merbahaya?

Sindrom bayi biru boleh jadi menakutkan, namun dengan kemajuan perubatan yang ada pada hari ini, ia telah membolehkan doktor pakar mencapai hasil yang menakjubkan apabila merawat kecacatan atau masalah jantung kongenital.

Kebiasaannya, majoriti bayi dan kanak-kanak yang menerima rawatan perubatan untuk kecacatan jantung boleh meneruskan kehidupan yang panjang, normal dan sihat.

Walau bagaimanapun, jika penyakit jantung itu tidak dirawat dari awal, ia boleh menyebabkan komplikasi dan juga kematian pada bayi. 

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Tangan bayi biru atau kaki bayi biru? Segera bawa anak kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan jika kulit bayi anda itu bertukar kepada kebiruan yang luar biasa.

Doktor mungkin memantau kanak-kanak dengan jenis sindrom bayi biru yang ringan untuk memastikan mereka tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain akibat daripada keadaan tersebut. Manakala, untuk kanak-kanak dengan sindrom baby blue yang lebih teruk pula, mereka mungkin memerlukan ubat yang dipanggil methylene blue, yang mana ia akan diberikan oleh doktor dalam bentuk suntikan.

Ingat, sindrom bayi biru adalah salah satu penyakit yang jarang berlaku namun boleh ‘hadir’ dengan pelbagai sebab. Mungkin daripada tidak memerlukan rawatan langsung, doktor anda juga boleh meminta anda untuk bersetuju melakukan pembedahan terhadap bayi bagi merawatnya. Namun begitu, pembedahan boleh menjadi sangat berisiko apabila dilakukan pada bayi baru lahir.

Setelah punca dikenal pasti dan berjaya dirawat, kebanyakan kanak-kanak dengan sindrom bayi biru boleh menjalani kehidupan normal dengan sedikit kesan pada kesihatannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk ibu ayah yang berada di luar sana! Pastikan anda menjaga pemakanan anak anda terutamanya yang baru lahir bagi mengurangkan risiko mereka menghidapi penyakit ini. Elak memberi makanan yang kaya dengan nitrat seperti brokoli atau bayam jika umur mereka masih di bawah 6 bulan ya!

Sumber

Wisconsin Department of Health Services (n.d). Infant Methemoglobinemia (Blue Baby Syndrome). www.dhs.wisconsin.gov/water/blue-baby-syndrome.htm

Medical News Today (May 29, 2018). What is blue baby syndrome? www.medicalnewstoday.com/articles/321955#outlook

Healthline (Oct 11, 2017). Blue Baby Syndrome. www.healthline.com/health/blue-baby-syndrome#outlook

Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Yang Tidur Sekatil Dengan Anak Undang Risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut!

Baca juga: Kelainan Kromosom Boleh Dikesan Semasa Hamil, Jika Tidak Bayi Mungkin Miliki 5 Sindrom Ini

Baca juga: Bayi Sakit Mata Mungkin Nampak Normal, Namun Apakah Yang Menyebabkan Ia Berlaku?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!