Bapa Sanggup Mengikat Perut Supaya Anak Dapat Makan Sesuap Nasi

undefined

Lagi sedih bila ayah pula hanya memerhatikan anaknya makan dan hanya makan nasi yang tertumpah dari pinggan

Dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot sekarang, semakin banyak rakyat yang terpaksa mengikat perut ataupun “kais pagi, makan petang”. Keluarga dari golongan miskinlah yang paling terjejas. Ibu bapa sanggup mengikat perut supaya anak dapat makan sesuap nasi.

Ini pula kisah dari seorang pengguna laman Facebook yang terlalu sedih bila ternampak seorang ayah dan anak memakan nasi putih berlaukkan kuah kerana tidak mampu membayar harga lauk.

Yang lebih menyedihkan, apabila orang lain dalam kedai memandang mereka dengan sinis seolah geli nampak keadaan mereka yang kotor. Lelaki itu kelihatan selekeh, kaki dan tangannya hitam berminyak, berpakaian lusuh dan nampak uzur, manakala anaknya pula, kelihatan kurus dan kelaparan.

Kehadiran mereka mampu menarik perhatian semua orang dalam kedai, dua beranak memegang pinggan berisi nasi putih sambil berdiri di depan lauk, dan akhirnya, kuah saja yang diambil. Nasi putih berlaukkan kuah tampa sebarang lauk ataupun air.

Lagi sedih bila ayah pula hanya memerhatikan anaknya makan dan hanya makan nasi yang tertumpah dari pinggan. Bak pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, berat lagi bahu memikul” Memang sayu hati bila tengok keadaan dua beranak tersebut.

Pengguna Facebook tersebut pula pergi ke kaunter dan meminta pembantu kedai untuk hantar nasi sepinggan dengan sedikit lauk seperti sotong, ikan bakar, sayur dan telur mata ke meja dua beranak tersebut, tetapi si ayah pula menolak sebab tiada duit untuk membayar.

Bila diberitahu pula orang yang membelanjakan mereka, si ayah pula menangis sambil memeluk anaknya.

Syukurilah pemberian Tuhan dan ingatlah bahawa terdapat orang yang lebih susah daripada kita. Keadaan ekonomi yang tidak menentu pula, bayak yang kehilangan kerja, tempat tinggal dan berhutang keliling pinggan.

Jadi, bersyukurlah, yang anda bekerja dan memakan gaji, dan memiliki tempat tinggal dan kereta. Hargailah pemberian Tuhan.

Rujukan: Siakap Keli

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!