Selain Kunci, Ini 7 Jenis Mainan Tanpa Modal Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

undefined

Jenis mainan anak tidak perlu harga mahal. Kebanyakan kanak-kanak memiliki daya imaginasi hebat sehingga mereka gemar bermain dengan barangan ini!

Proses perkembangan kanak-kanak adalah sangat unik. Si manja sentiasa bersedia untuk meneroka dan bermain pelbagai jenis mainan anak meskipun ia hanyalah barang-barang yang ada dalam rumah.

Segelintir ibu ayah mengakui bahawa meskipun sudah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan permainan menarik di rumah, namun ada anak-anak tidak tertarik langsung bermain dengannya kerana mereka lebih berminat terhadap barangan yang ‘sedia ada’ dengan bebas.

Jenis mainan anak di rumah tanpa perlu keluarkan modal

Kanak-kanak sangat kreatif. Mereka boleh bermain dengan sebarang jenis mainan anak benda yang anda berikan kepada mereka. Tetapi, ada beberapa barang bukan mainan yang anak-anak kecil sangat suka! Berikut adalah senarai barang bukan mainan yang kanak-kanak gemar main

#1. Kotak

Selalunya, jika anak anda dapat mainan baru, paling lama mereka main dengan mainan tersebut adalah 15 minit, selepas itu mereka akan mula bermain dengan kotak.

mainan anak di rumah

credit to sources

Memang agak pelik, tetapi secara jujurnya, bolehkah anda menyalahkan mereka? Kanak-kanak boleh memikirkan pelbagai perkara kreatif yang boleh dilakukan pada sebuah kotak; anda pasti akan berasa kagum dengan betapa luasnya imaginasi mereka.

Ada kanak-kanak yang mengubah kotak menjadi kubu, ada yang berangan ia adalah sebuah kapal angkasa, dan ada juga yang akan berpura-pura menganggap ia adalah sebuah gua gelap.

Sememangnya, ia satu hiburan tanpa henti untuk kanak-kanak ini! Cuma, pastikan anda mengawasi anak anda semasa mereka bermain kerana kotak-kotak ini bukanlah dicipta untuk dijadikan mainan.

#2. Bakul kain

Iya, kanak-kanak sukakan bakul kain. Kami pasti anda pernah mengalami keadaan di mana semua pakaian berselerak di seluruh pelusuk rumah, hanya kerana anak anda ingin masuk ke dalam “kapal angkasa” dia.

Kami tahu untuk mengemas semula adalah satu perkara yang menyusahkan, jadi apa kata anda sertai anak anda dalam “kapal angkasa”nya itu buat sementara waktu?

#3. Jenis mainan anak di rumah- Alat kawalan jauh

Oh, alat kawalan jauh. Ramai kanak-kanak yang sudah menonton filem Star Wars akan berpura-pura yang alat kawalan jauh mereka di rumah itu adalah pedang cahaya light sabers. Kami pun pasti anda pernah melakukannya sekali dalam hidup anda!

anak suka main remote

credit to sources

Tetapi, pastikan yang mereka meletakkan semula alat kawalan jauh tersebut di tempat asalnya kerana alat kawalan jauh ini memang ada perangai pelik untuk menghilang dikala anda sangat perlu menggunakannya!

Pastikan yang mereka tidak cuba untuk mengeluarkan bateri, kerana bateri boleh mendatangkan bahaya tercekik, terutamanya buat anak-anak kecil.

#4. Botol minuman

Kanak-kanak suka meletakkan barang ke dalam botol, dan mereka meletakkan pelbagai benda pelik di dalamnya, selalunya gabungan barangan yang mereka jumpa di dalam rumah dan sabun serta syampu dari bilik air.

Cuma pastikan yang botol yang anak anda main adalah botol plastik, kerana botol kaca boleh pecah dan mencederakan mereka.

#5. Telefon bimbit

Kalau anda selalunya bermain game di telefon bimbit anda, kanak-kanak pula tidak kisah sangat pasal main game apps tersebut.  

Mereka lebih suka untuk mencampak telefon anda atau cuba untuk menghidupkan lampu flashlight. Kanak-kanak memang ada hubungan pelik dengan telefon bimbit kerana kebanyakkan anak-anak yang ternampak telefon, tanpa mengira usia, pasti akan bergerak menuju ke peranti tangan tersebut.

#6. Jenis mainan anak kecil- Beg plastik

dirt and boogers

credit to sources

Bagi sesetengah anak yang sedang membesar, mereka lebih tertarik untuk bermain dengan beg plastik. Hal ini mungkin disebabkan oleh sifat plastik yang ringan dan bergerak seperti belon apabila ditiup oleh angin. 

Si manja biasanya akan memegang atau meramas beg plastik yang dijumpainya di dalam rumah. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, pastikan sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan mereka memasukkannya ke dalam mulut.

#7. Tisu

Tisu antara barangan yang paling buat ibu naik angin. Mana tidaknya, anak yang masih kecil cenderung mengoyakkan tisu kepada kepingan-kepingan kecil sehingga membuatkan seluruh rumah bersepah. Lagi bahaya bila si manja ingin memakan tisu!

Selain itu, bedak tabur juga antara barangan yang gemar anak-anak kecil bermain. Ada sesetengah ibu mengatakan satu botol bedak bersaiz besar tidak tahan sebulan sudah habis gara-gara anak suka tuang ke atas lantai. Bertabahlah ibu!

Kredit foto: mybeautiful journey, taska adwa widad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menggamit Kenangan! Rupanya Permainan Zaman Dulu Menjadikan Anak PINTAR & Sihat!

Baca juga: Ibu Jangan Terlalu Mengongkong, Anak Juga Perlu Terdedah Kepada Kuman & Bakteria 

Baca juga: 7 Idea Permainan DIY Yang Mudah & Menarik Untuk Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!