X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Yang Minum Susu Botol Setiap Hari Berisiko Menelan 1 JUTA Mikroplastik- Kajian

4 min bacaan
Bayi Yang Minum Susu Botol Setiap Hari Berisiko Menelan 1 JUTA Mikroplastik- Kajian

Bayi minum susu botol plastik setiap hari berupaya terdedah dengan mikroplastik. Hasil ujian terhadap tikus makmal, ia boleh menjejaskan proses pencernaan

Menurut kajian yang telah dilakukan, bayi minum susu botol berupaya menelan berjuta-juta mikroplastik sehari. Ia melibatkan ujian terhadap botol polipropilena yang dijual sehingga 82 peratus dalam pasaran global.

Walau bagaimanapun pasukan penyelidikan meminta ibu ayah agar tidak panik kerana mereka masih tidak dapat mengenal pasti dengan tepat apakah atau bagaimana mikroplastik boleh mempengaruhi kesihatan si manja anda.

Ibu ayah perlu peka akan risiko bahaya bayi minum susu botol 

bahaya botol susu

credit to sources

Menurut penulis utama, Dr Dunzhu Li dan Dr Yunhong Shi, kita perlu menerima hakikat bahawa penggunaan plastik telah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan moden. Kita telah melepaskan plastik mikro dan nano melalui penggunaan sehari-hari.

Bagi menjalankan kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal Nature Food, para penyelidik telah mengukur tahap mikroplastik yang dihasilkan semasa proses menyediakan susu formula bayi dalam 10 jenis botol polipropilena.

”Kami mendapati bahawa perbuatan menggoncang susu dengan air suhu bilik berupaya membebaskan ratusan ribu mikroplastik. Manakala memanaskan botol sekurang-kurangnya 158 darjah Fahrenheit, WHO mendapati ia boleh menghasilkan sehingga 16 juta mikroplastik per liter.” jelas pengkaji.

Bahaya bayi minum susu botol- Semakin meningkat suhu, semakin banyak mikroplastik dibebaskan

Para penyelidik turut menggunakan data penjualan global botol susu bayi plastik dan maklumat mengenai kadar penyusuan susu ibu bagi menganggarkan potensi pendedahan mikroplastik untuk bayi di seluruh dunia dalam 12 bulan pertama kehidupan mereka.

mikroplastik botol susu

credit to sources

”Kami menganggarkan bahawa rata-rata bayi telah terdedah kepada 1.5 juta zarah mikroplastik setiap hari. Bayi di negara Amerika Utara dan Eropah mengalami tahap pendedahan paling tinggi kerana ibu ayah cenderung menggunakan botol susu jenis plastik,” jelasnya.

Hasil penemuan tersebut turut mengejutkan seorang pakar pediatrik dan pengasas BabiesMD.com, Dr Rashmi Jain apabila pusat rawatan telah mendesak pakar pediatrik melakukan penyelidikan terhadap golongan dewasa kerana mereka dianggarkan terdedah kepada mikroplastik yang jauh lebih sedikit; 100,000 zarah setiap tahun.

”Jumlah zarah mikroplastik ini tidak seimbang antara orang dewasa dan kanak-kanak. Namun cukup membimbangkan saya dan secara jujurnya hampir tidak dapat difahami,”

”Ini memerlukan penyelidikan lebih lanjut dan langkah cadangan segera perlu diambil bagi mengurangkan jumlah pengambilan mikroplastik oleh bayi,” jelasnya.

Mikroplastik boleh terkumpul dalam organ bayi 

Bukan itu sahaja, para pengkaji turut mengatakan bahawa mereka tidak pasti bagaimana mikroplastik boleh mempengaruhi kesihatan bayi dalam jangka masa panjang.

Tidak jelas bagaimana pengambilan mikroplastik boleh mempengaruhi kesihatan manusia, tetapi kajian pada 2017 menunjukkan bahawa ia terkumpul pada organ tikus makmal, mempengaruhi proses pencernaan makanan.

”Kami menyedari bahawa organ dalam tubuh bayi berkembang dengan cepat dalam satu hingga dua tahun pertama kehidupannya termasuklah bahagian otak. Secara keseluruhannya, bayi minum susu botol ini menimbulkan kebimbangan kerana mikroplastik dapat mempengaruhi kesihatan mereka dalam jangka masa yang panjang.”

”Saya yakin dengan kenyataan bahawa sebahagian zarah mikro dan nano-plastik boleh diserap oleh tubuh sebaik sahaja ia bergerak. Namun amat khuatir pengumpulan zarah mikroplastik dalam organ ini boleh menjejaskan fungsi organ anak kecil pada kemudian hari,” jelasnya.

Langkah bagi mengurangkan risiko pendedahan mikroplastik

risiko botol susu

credit to sources

#1. Semasa mensteril botol

Penulis kajian mengesyorkan ibu ayah mengikuti beberapa langkah bagi mengurangkan risiko bayi menelan mikroplastik. Antaranya ialah membiarkan botol sejuk sepenuhnya disterilkan di dalam air panas, membilas menggunakan air suhu bilik dan dibiarkan sejuk selepas pensterilan.

#2. Menyimpan susu formula dalam bekas kaca

Adalah lebih selamat jika ibu ayah menyimpan susu formula dalam bekas kaca dan dibiarkan pada suhu bilik. 

#3. Tidak perlu panaskan susu formula

Anda juga tidak digalakkan untuk memanaskan semula susu formula atau susu ibu dalam ketuhar gelombang mikro. Jangan menggoncang dengan kuat botol bagi membancuh susu formula.

Jain berkata cadangan ini mungkin tidak terlalu berbeza dengan apa yang sudah dilakukan oleh ibu ayah.

”Perkara paling penting adalah ibu ayah perlu memiliki pengetahuan ini dan memberikan yang terbaik buat anak-anak. Justeru berusahalah untuk mengubah masa hadapan tanpa perlu risau tentang apa yang berlaku pada masa lalu.” katanya.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Sumber: Insider

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Yang Minum Susu Botol Setiap Hari Berisiko Menelan 1 JUTA Mikroplastik- Kajian
Kongsikan:
  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 12 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 12 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

    Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 12 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

    Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 12 Jenama Yang Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

  • Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

    Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.