X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Gantung Gambar Kahwin @ Keluarga Di Dalam Rumah, Malaikat Tidak Akan Masuk

4 min bacaan
Jangan Gantung Gambar Kahwin @ Keluarga Di Dalam Rumah, Malaikat Tidak Akan Masuk

Hukum gantung gambar bernyawa (manusia dan haiwan) di dalam rumah adalah haram dan tidak dibenarkan oleh Islam. Ia menghalang malaikat pembawa rahmat masuk

Lumrah setiap manusia sememangnya menyukai rumah cantik dan bersih. Tidak kira menyewa atau rumah sendiri, pasti ingin dihias mengikuti kreativiti yang kita anda untuk keselesaan seluruh ahli keluarga. Namun tahukah anda akan hukum gantung gambar di dalam rumah?

Selain meletakkan ayat-ayat al-Quran pada dinding, amalan menggantung gambar kahwin atau keluarga menjadi perkara wajib bagi menaikkan seri rumah. Walau bagaimanapun tidak ramai tahu bahawa tindakan ini sebenarnya dilarang dalam ajaran agama Islam.

Hukum gantung gambar kahwin atau keluarga di dalam rumah

hukum gantung gambar bernyawa

credit to sources

Berikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjelaskan hukum gantung gambar di dalam rumah.

Soalan: Ustaz, apakah hukum menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah atau gambar manusia pada kulit buku? Benarkah jika gambar tersebut tidak memiliki cukup sifat seperti kaki atau separuh boleh digantung di dinding atau kulit buku?

Jawapan: Kami berpendapat agar anda tidak melakukan perbuatan gantung gambar makhluk hidup di dinding rumah, sekalipun separuh badannya dihilangkan kerana keluar daripada khilaf. Adapun di kulit buku, maka kami berpendapat itu tidak mengapa. Wallahu’alam.

Mengapa hukum gantung gambar dilarang dalam Islam?

Lazimnya kita akan menggantung gambar keluarga yang ada kenangan indah seperti konvokesyen, perkahwinan atau anak-anak sebagai perhiasan di dalam rumah.

gantung gambar dalam rumah

foto: from abah with love

Adalah lebih baik jika anda menurunkan kesemua bingkai gambar yang ada di dinding dan simpanlah ia di tempat tertutup. Usah pamerkan ia sebagai tatapan di dalam rumah.

Hal ini kerana petikan daripada sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

Daripada Ibnu Abbas, ”Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Perang Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,

”Malaikat (pembawa rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar. Yang dimaksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), No.338)

Hukum gantung gambar bernyawa, malaikat pembawa rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah

Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah yang menggantung gambar-gambar makhluk bernyawa ini. Akibatnya, hilanglah rasa kasih sayang sesama ahli keluarga di dalam rumah yang didiami.

Selain itu akan berlaku perselisihan faham, rumah tangga yang selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah beraku kerana tiada lagi rahmat serta keberkatan.

Malaikat rahmat jika ada di sisi manusia, ia membawa seribu rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah S.W.T dan rezeki sentiasa dipermudahkan.

Malah malaikat rahmat juga ditugaskan untuk menjaga keselamatan diri kita jika memperbanyakkan zikir, doa dan membaca al-quran.

Cara menyimpan gambar sebagai kenangan

gantung gambar dalam rumah

credit to sources

#1. Dilarang menggantung atau pamerkan gambar makhluk bernyawa pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan di dalam kabinet seperti gambar perkahwinan, terima ijazah atau keluarga.

#2. Gambar seperti keindahan alam semula jadi, tulisan kaligrafi, gambar pemandangan, bunga, kereta dan bangunan BUKANLAH berunsurkan makhluk bernyawa. Ia boleh dijadikan sebagai hiasan di dalam rumah.

#3. Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar bernyawa pula ialah manusia dan haiwan.

#4. Adalah lebih baik gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan di dalam album, telefon pintar atau komputer supaya tidak menjadi tatapan di dalam rumah.

#5. Manakala bagi patung permainan anak seperti teddy bear atau Barbie boleh digunakan. Namun selepas selepas bermain, ia hendaklah disimpan dalam kotak dan janganlah diletakkan di almari perhiasan atau dijadikan sebagai koleksi.

Kesimpulannya, berhati-hatilah ketika ingin menghias ruang di dalam rumah agar tidak menghilangkan keberkatan daripada Allah S.W.T. Meskipun ia nampak kecil, namun kesannya amat besar dalam kehidupan seharian kita.

Stories Rakan Kongsi
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus

Sumber: Chef Hadi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Saja-Saja, Ada Sebab Orang Tua Melarang Ibu Berkongsi Gambar Bayi Di Media Sosial 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Rumah
  • /
  • Jangan Gantung Gambar Kahwin @ Keluarga Di Dalam Rumah, Malaikat Tidak Akan Masuk
Kongsikan:
  • Kecewa Tak Dapat Beli Susu Anak Semasa Krisis Covid-19, Ibu Tekad Gantung Diri

    Kecewa Tak Dapat Beli Susu Anak Semasa Krisis Covid-19, Ibu Tekad Gantung Diri

  • Ibu Gantung Anak Sendiri Apabila Suami Tak Jawab Panggilan!

    Ibu Gantung Anak Sendiri Apabila Suami Tak Jawab Panggilan!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kecewa Tak Dapat Beli Susu Anak Semasa Krisis Covid-19, Ibu Tekad Gantung Diri

    Kecewa Tak Dapat Beli Susu Anak Semasa Krisis Covid-19, Ibu Tekad Gantung Diri

  • Ibu Gantung Anak Sendiri Apabila Suami Tak Jawab Panggilan!

    Ibu Gantung Anak Sendiri Apabila Suami Tak Jawab Panggilan!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.