X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Memasukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Apps MySejahtera, Rupanya Mudah Jer!

4 min bacaan
Cara Memasukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Apps MySejahtera, Rupanya Mudah Jer!

Aplikasi mudah alih, MySejahtera boleh mendaftar nama ahli keluarga sekaligus ketika ingin memasuki premis dengan mudah. Ibu ayah perlu tahu cara-caranya!

Memandangkan seluruh rakyat masih berjaga-jaga dan dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan ancaman Covid-19, anda diwajibkan untuk memakai topeng pelitup muka dan memuat turun aplikasi mudah alih, MySejahtera di telefon pintar.

Ia adalah salah satu alternatif bagi mengekang penularan wabak penyakit misteri ini. Sekiranya ingin memasuki sesebuah kedai, pasaraya atau mana-mana premis perniagaan, seluruh masyarakat digesa untuk mengimbas kod QR bagi menyemak sejarah perjalanan (sekiranya berlaku kes positif).

Cara memasukkan nama ahli keluarga dalam aplikasi mudah alih, MySejahtera

Tidak dinafikan, sebenarnya agak sukar juga untuk mendaftar setiap nama ahli keluarga memandangkan anda perlu mengisi nama, nombor telefon dan suhu semasa.

Namun, sebenarnya ada tips yang memudahkan proses mendaftar anda dan anak-anak ketika ingin memasuki sesebuah premis perniagaan. Menurut perkongsian di Twitter, Wan Aizat, aplikasi MySejahtera boleh memasukkan beberapa nama orang lain termasuklah ahli keluarga sekiranya mereka tidak memiliki aplikasi berkenaan.

Bagi mengelakkan anda disaman akibat ‘melanggar’ SOP semasa PKPP, apa kata cuba cara mudah ini.

#1. Pergi dekat aplikasi MySejahtera. Kemudian klik pada Home MySejahtera. Selepas itu tekan more.

aplikasi mysejahtera

#2. Nanti akan keluar macam dalam gambar di bawah ini. Tekan pula Manage Dependents

daftar nama ahli keluarga dalam mysejahtera

#3. Seterusnya akan keluar gambar seperti ini. Add dependents di bahagian bawah. Boleh letakkan sekali ibu ayah yang tiada telefon pintar sekiranya anda membawa mereka keluar. Isi nama semua dengan relation.

cara guna mysejahtera

#4. Pastikan kesemua nama yang dimasukkan adalah betul. Bila check in guna aplikasi MySejahtera ini, dia akan keluar ‘i’m with…’ Klik nama yang ada dengan anda. Kalau anda seorang sahaja, terus tekan check in dekat bawah.

aplikasi mudah alih mysejahtera

Walau bagaimanapun, Add dependents ini adalah untuk mereka yang tiada telefon pintar seperti ibu ayah atau anak-anak. Sekiranya sudah ada aplikasi MySejahtera ini, anda dinasihatkan check in sendiri menggunakan telefon masing-masing.

Bantu kerajaan mengurangkan jangkitan wabak Covid-19

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara. Ia turut membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. 

Bukan itu sahaja, langkah ini dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan maklumat awal untuk mengambil tindakan cepat serta berkesan.

Ibu ayah boleh memuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

mysejahtera malaysia

foto: mstar

Aplikasi MySejahtera ini memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19.
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak.
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya dijangkiti
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.

Langkah pendaftaran sebagai pengguna kali pertama

  • Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
  • Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
  • Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  • Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  • Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  • Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
  • Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  • Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
  • Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.

Sumber: Wan Aizat, MySejahtera

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenularan-penyakit

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Memasukkan Nama Ahli Keluarga Dalam Apps MySejahtera, Rupanya Mudah Jer!
Kongsikan:
  • Aplikasi MySejahtera Kini Ada Ciri Baharu Untuk Kenal Pasti Ibu Mengandung & Menyusu

    Aplikasi MySejahtera Kini Ada Ciri Baharu Untuk Kenal Pasti Ibu Mengandung & Menyusu

  • 50 Pilihan Nama Bayi Turki Untuk Si Manja Yang Unik & Kreatif, Comel-Comel Semuanya!

    50 Pilihan Nama Bayi Turki Untuk Si Manja Yang Unik & Kreatif, Comel-Comel Semuanya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Aplikasi MySejahtera Kini Ada Ciri Baharu Untuk Kenal Pasti Ibu Mengandung & Menyusu

    Aplikasi MySejahtera Kini Ada Ciri Baharu Untuk Kenal Pasti Ibu Mengandung & Menyusu

  • 50 Pilihan Nama Bayi Turki Untuk Si Manja Yang Unik & Kreatif, Comel-Comel Semuanya!

    50 Pilihan Nama Bayi Turki Untuk Si Manja Yang Unik & Kreatif, Comel-Comel Semuanya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.