Mahu Bayi Aktif Bergerak? Ibu Hamil Boleh Cuba Makan Makanan Berikut...

undefined

Tahu tak, apa yang sebenarnya boleh membuatkan bayi aktif bergerak selain dari mengusap perut, menyanyi atau bercakap dengan bayi? Ia adalah apa yang anda minum dan makan! Makanan yang lebih manis, sejuk atau pedas sebenarnya dapat membuatkan bayi dalam kandungan lebih aktif. 

Tentunya anda teruja setiap kali bayi aktif bergerak dalam kandungan bukan? Ternanti-nanti waktu si kecil aktif bergerak. Ada kalanya bila kurang gerakan membuatkan kita resah dan bergoncang-goncang perut punyalah nak bagi si kecil bergerak.

Tapi tahu tak, apa yang sebenarnya boleh membuatkan bayi aktif bergerak selain dari mengusap perut, menyanyi atau bercakap dengan bayi? Ia adalah apa yang anda minum dan makan! Makanan yang lebih manis, sejuk atau pedas sebenarnya dapat membuatkan bayi dalam kandungan lebih aktif. 

Ramai bakal ibu, dan ibu-ibu membuat perkongsian yang menunjukkan 5 makanan di bawah mampu menjadikan bayi aktif bergerak. Untungnya, bukan saja makanan berikut sedap-sedap belaka malah bayi pun bergerak aktif.

6 Makanan Membuat Bayi Aktif Bergerak 

bayi aktif bergerak

#1. Mee

Adakah anda peminat mee kari, mee siam, bihun sup, bihun goreng, pho dan macam-macam lagi jenis mee? Bonus untuk anda kerana ramai bayi sebenarnya suka dengan rasa mee sejak di dalam perut lagi! 

Ada ibu ini berkongsi cerita “saya sekarang sudah enam bulan hamil, setiap kali saya makan ramen bayi saya akan menendang dengan teruja.”

Kajian ada menunjukkan bahawa bayi sudah dapat merasa dan membau seawal 21 minggu di dalam kandungan. Jadi orang kata kalau tak mahu bayi anda memilih atau cerewet dalam makanan. Waktu inilah untuk anda makan macam-macam. Tapi dinasihatkan kuantiti semua tu berpada-padalah. 

#2. Makanan Manis

Ramai sebenarnya bakal-bakal ibu ini apabila mengandung saja mulalah mengidam makanan manis-manis. Ada seorang ibu ini dia bukanlah peminat pemanis mulut, tapi apabila meningkat trimester keduanya boleh dikatakan setiap hidangan perlu diakhiri dengan pemanis mulut. 

Antara makanan manis yang sering diidam oleh bakal-bakal ibu adalah seperti coklat, donut, kek, mentega kacang, penkek dan banyak lagi! 

Seorang ibu ini telah berkongsi di twitter “saya rasa bayi saya seorang yang manis dan comel, sebab sejak saya hamil ni, asyik teringin makan coklat. Dan bila saya dapat makan, bukan main lagi si kecil ni bergerak macam melompat-lompat pun ada.” 

Mahu Bayi Aktif Bergerak? Ibu Hamil Boleh Cuba Makan Makanan Berikut...

#3. Durian

“Eh, boleh ke ibu mengandung makan durian?” antara soalan yang sering ditanya ketika ibu hamil. Sebenarnya tiada lagi kajian saintifik yang dibuat untuk mengkaji sama ada durian selamat atau tidak untuk dimakan ketika berbadan dua.

Malah tiada sebarang bukti bagi menyatakan durian boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau ruam lampin pada bayi baru lahir. 

Namun begitu, jika ibu ‘teringin’ nak makan durian ketika hamil, ibu haruslah ambil dalam jumlah yang sederhana saja kerana buah ini mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi

Dua ulas durian bersaiz sederhana pun mengandungi 60 kalori, kalau yang lagi besar dan isi lebat, berapa agaknya kalori yang terkandung? Sebab itu, ibu hamil perlu mengehadkan pengambilan makan durian ketika hamil. 

Bagi wanita hamil yang menghidap kencing manis atau diabetes gestasi, anda perlu mengelak makan durian ini kerana kandungan gulanya tinggi

Jadi disebabkan kandungan gula yang tinggilah, si kecil di dalam kandungan akan bergerak aktif! Ada kemungkinan anda kena berjaga malam akibat bayi kerap bergerak kerana ‘high’ makan durian. 

bayi aktif bergerak

#4. Makanan Pedas

Ini antara makanan yang tidak boleh dielakkan ketika apa jua keadaan pun! Semua orang suka sedikit kepedasan dalam makanan betul tak? Mungkin berbezalah untuk yang tidak meminati makanan pedas. 

Tapi bagi yang biasa makan makanan pedas, waktu hamil sebenarnya perlu dikurangkan sedikit pengambilan makanan pedas. Takut nanti cepat sakit perut seperti pedih ulu hati. Yalah sedangkan lambat makan sedikit pun mudah dapat pedih ulu hati kan, apatah lagi bila makan pedas. 

Namun bayi sebenarnya mudah memberi reaksi kepada makanan pedas, bukanlah dia berasa pedih pula, tapi dia berasa sesuatu yang lain dari deria rasanya!

#5. Minuman Sejuk

Minum sejuk seperti air jus atau air bikarbonat mampu merangsang deria rasa bayi juga. Ada seorang ibu ini berkongsi pengalamannya “Setiap kali saya rasakan anak saya seperti kurang bergerak saya akan minum air sejuk, dan selepas beberapa minit dia pun bergeraklah, dan gerakan dia bukan biasa-biasa, seperti berguling pula.”

Tapi hati-hati ya bakal ibu, air sejuk seperti jus dan air gas tu kandungan gulanya juga tinggi, jadi jika minum berpada-padalah. Boleh minum, tapi ambil dengan kuantiti yang sedikit. Tidak mengapa melegakan tekak yang sentiasa kering. 

Malah ketika hamil memang kerap rasa panas, inginkan sesuatu yang sejuk-sejuk saja untuk tekak. 

bayi aktif bergerak

#6. Kafein

Ini mesti ramai yang tahu kan? Sebab ramai sebenarnya penggemar kopi dan teh dikalangan ibu-ibu ni. Mereka tahu setiap kali minum kopi atau teh, mulalah si kecil dalam perut tu seolah menari-nari dek kerana ‘high’ dengan kandungan kafein. 

Tapi jangan bimbang, kopi boleh diambil sekiranya dalam kuantiti sedikit. Dalam satu cawan sehari adalah memadai. Tapi ingat! Untuk kes ibu yang anemia atau mempunyai aras HB yang rendah, tak boleh ya minum minuman berkafein. Kerana ia akan membunuh iron dalam badan. 

Bakal ibu yang anemia dan rendah HB ni selalunya memerlukan iron yang tinggi. Jadi berpada-padalah untuk semua pengambilan makanan yang disebut tadi. 

Apabila bayi terlalu aktif pun kena ambil tahu juga. Risau kalau banyak sangat pergerakan boleh mengakibatkan bayi terbelit jika sudah sampai trimester ketiga. Disebabkan itu pentingnya mengira tendangan bayi! Itu anda boleh tahu di artikel lain ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: babygaga

Baca juga

 

Bolehkah Ibu Hamil Makan Durian? Ketahui Adakah Ia Selamat, Manfaat Kesihatan Dan Risiko

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!