Bayi Hisap Jari Tak Bermakna Dia Lapar/Nak Puting, Dia Sedang Tenangkan Diri Saja!

Bayi masuk tangan dan jari dalam mulut nampak comel kan? Tapi itu tak semestinya bermaksud dia lapar tau!

Bila jadi ibu, salah satu perkara yang mesti ibu peka mestilah isyarat bayi bila dia tidak selesa, lampin penuh atau lapar. Bayi hisap jari merupakan petunjuk yang biasanya difahami sebagai parents sebagai LAPAR, betul tak?

Nampak saja bayi beraksi macam tu, mulalah ibu ayah beri lagi susu kepada anak sampaikan anak minum berlebihan.

Ada pula yang kasihan anak dan terus rancang untuk belikan anak pacifier atau puting tiruan untuk gantikan jari dan anggap perbuatan itu tak elok.

Bayi Hisap Jari Untuk Menenangkan Diri

cara bayi tenangkan diri

Berdasarkan perkongsian saudari Uswatun Hasanah, seorang konsultan tangisan bayi di Facebook Baby Language, dia ada menerangkan tentang perkara ini.

Menurutnya, bayi hisap jari ini bukannya tanda si kecil tak cukup susu atau perlukan puting pun. Eh, habis tu kenapa bayi hisap jari pula? Jom tengok sebahagian perkongsian ini:

Hisap jari bukan tanda anak nak puting atau tak cukup susu

bayi hisap jari

Saintis menggelarkan hisap jari sebagai ‘sofisticated calming tool‘ atau alat bantu tenang yang canggih. Kenapa ‘canggih’? :

  • Kerana pada saat bayi mula pandai hisap jari dan menikmati perbuatan itu, bayi kini telah mempunyai 1 kemahiran menenangkan diri sendiri yang dia boleh buat tanpa perlu bantuan ibu atau alat.
  • Kerana pandai hisap jari ini memerlukan kemahiran kawalan otot bukan saja untuk membawa tangan ke mulut tetapi juga untuk kekalkan jari di dalam mulut. Maksudnya, untuk pandai hisap jari, ia perlukan otak + otot bayi untuk berkerjasama menjayakannya. Ha, canggih kan?

So, siapa kata hisap jari tak elok?

Ini satu bentuk pencapaian bayi mamalia yang perlu diraikan tau!

Hisap jari beri kepuasan pada si manja

perkembangan bayi 2 bulan, bayi hisap jari

Ramai bayi akan kelihatan mula cuba-cuba minat nak hisap jari bermula usia 2 bulan: Hisap semua jari, hisap ‘penumbuk’ dan hisap tepi penumbuk tangan.

Ini semua BELUM MAHIR. Baru cuba-cuba nak mahirkan diri saja.

‘Mahir’ itu ialah bila anak telah mampu HISAP IBU JARI dengan mantap dan stabil (tak terlepas). Ini selalunya terjadi menjelang 3-5 bulan usia bayi. Sebab itu, hisap jari dalam English termanya ‘thumb sucking’. Bukan ‘finger/s sucking’ or ‘fist sucking’.

Ada beza ke hisap ibu jari VS hisap jari VS hisap penumbuk ni? Oh ada. Hisap IBU JARI beri kepuasan sebenar manakala hisap jari dan penumbuk tak begitu memuaskan maka tak begitu capai maksud ‘menghisap untuk merasa tenang’, secara amnya.

Kenapa? Kerana untuk hisap itu beri kepuasan, puting (atau benda yang dihisap seperti jari) perlu di tekan dan di picit ke atas lelangit secara beritma (rhythmical pulsations) oleh permukaan lidah bayi lebih kurang mekanisma tekanan beritma hisapan botol atau penyusuan dari puting ibu atau puting tiruan.

Kenapa bayi mula hisap jari pada usia 2 bulan?

tingkahlaku bayi

Pada usia lebih kurang 8 minggu, semua bayi manusia mengalami satu perkembangan mental yang di namakan: Dunia Corak & Bentuk

Maka, anda dapat lihat kadang-kala bayi merenung kertas dinding atau lukisan dinding rumah. Atau menikmati jalur cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap biliknya.

Selalunya, bayi ‘saintis’ yang gemar berkelakuan begini.

Bayi juga lebih fokus bila memandang muka anda. Jika angin moodnya baik (cukup tidur), bayi nampak berminat nak berborak dan mampu senyum dan berbunyi ‘uh’ ‘ah’ sebagai respon. ‘Uh’ , ‘Ah’ dan bunyi pendek lain yang dapat di hasilkan dari peti suara manusia juga adalah sejenis corak. Bayi ‘sosial’ akan banyak berkelakuan begini.

Corak & bentuk bukan pada penglihatan dan sensasi luar sahaja. Tetapi juga dalam badan bayi.

Maka bayi akan mula suka bermain jari serta mula cuba-cuba hisap jari kerana bukan sahaja bayi mula nampak antara jarinya ada 5 ruas (ruang antara jari), tetapi bayi ‘merasai’ pergerakan di antara tulang dan tendon nya. Lalu, bayi mahu meneroka corak gerakan dan koordinasi otot.

Selalunya, bayi ‘atlet’ gemar berkelakuan begini.

bayi hisap jari

Bila anda patut risau?

Bayi menghisap ibu jari biasanya tidak menjadi masalah sehinggalah gigi bayi yang kekal mula tumbuh. Pada ketika ini, menghisap ibu jari mungkin mula mempengaruhi lelangit bayi, atau bagaimana gigi berbaris. Risiko masalah pergigian berkaitan dengan seberapa kerap, berapa lama dan seberapa kuat anak anda menghisap ibu jari.

Walaupun beberapa pakar mengesyorkan menangani tabiat menghisap sebelum usia 3 tahun, American Academy of Pediatrics mengatakan rawatan biasanya terhad kepada kanak-kanak yang terus menghisap ibu jari setelah berusia 5 tahun.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mendorong anak berhenti menghisap ibu jari?

Bercakap dengan anak anda mengenai menghisap ibu jari. Anda lebih cenderung berjaya menghentikan kebiasaan jika anak anda mahu berhenti dan membantu memilih kaedah yang terlibat.

Kadang-kadang tidak memperhatikan menghisap ibu jari sudah cukup untuk menghentikan tingkah laku – terutamanya jika anak anda menggunakan teknik menghisap ibu jari untuk mendapatkan perhatian. Sekiranya mengabaikannya tidak berkesan, cubalah salah satu teknik berikut:

Gunakan peneguhan positif. Puji anak anda atau berikan hadiah kecil – seperti kisah waktu tidur tambahan atau perjalanan ke taman – ketika dia tidak menghisap ibu jari.

Tetapkan matlamat yang dapat dicapai, seperti tidak menghisap ibu jari sejam sebelum tidur. Letakkan pelekat di kalendar untuk merakam hari-hari ketika anak anda berjaya mengelakkan menghisap ibu jari.

Kenal pasti penyebab. Sekiranya anak anda menghisap ibu jarinya sebagai tindak balas kepada tekanan, kenal pasti masalah sebenar dan berikan keselesaan dengan cara lain – seperti dengan pelukan atau kata-kata yang meyakinkan. Anda mungkin juga memberi anak anda bantal atau boneka untuk diperah.

Tegur dengan lembut. Sekiranya anak anda menghisap ibu jarinya tanpa berfikir – dan bukan sebagai cara untuk menarik perhatian – ingatkan dia dengan perlahan untuk berhenti. Jangan memarahi, mengkritik atau mengejek anak anda.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bayi Hisap Jari Tak Bermakna Dia Lapar/Nak Puting, Dia Sedang Tenangkan Diri Saja!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Baby Language

Foto: CDN Parenting

Baca juga: Ibu Jangan Larang Anak Hisap Jari, Banyak Manfaatnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!