Badan Bayi 16 bulan Melecur Kerana Minuman Panas Yang Dibungkus Oleh Ibunya

undefined

Jauhkan minuman 'tapau' yang masih panas dari bayi anda kalau tidak mahu jadi begini!

Saya tidak dapat bayangkan akibatnya kalau kulit bayi melecur air panas. Terutamanya apabila kulit mereka masih lembut, licin dan lebih sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa.

Tetapi inilah pengalaman ngeri Suzie Fogarty apabila dagu dan badan anaknya melecur akibat teh panas yang dibungkus dari kedai kopi. Ketika berkongsi kisahnya di Facebook, dia berharap ibu bapa lain akan lebih prihatin supaya anak mereka tidak mengalami kemalangan yang sama.

“Minuman itu dibungkus seperti biasa dalam cawan kertas bersama dengan tudung plastik. Saya ingat saya sudah letakkan cawan itu cukup jauh dari anak saya. Dengan tiba-tiba Jake merampas cawan itu dari meja di depan mata saya. Nasib baik cawan itu mempunyai penutup! Kalau tidak, luka lecurnya sudah pasti lebih teruk!”

bayi melecur air panas, anak melecur air panas, terkena air panas, tersiram air panas, cara merawat luka tersiram air panas, cara merawat luka lecur

Ibunya berkongsi beberapa petua dari doktor, langkah-langkah pertolongan cemas dan cara mencegah bayi melecur air panass. | Sumber gambar: halaman Facebook Suzie Fogarty

“Belajar dari kesilapan saya … jauhkan minuman panas dari anak dan pastikan ia benar-benar tidak dapat dicapai,” kata Fogarty dalam post itu. Dia juga berkongsi beberapa petua dari doktor mengenai langkah-langkah pertolongan cemas untuk merawat kulit bayi melecur air panas:

1. Jangan panik

Jangan panik supaya anda boleh memberi rawatan segera dengan fikiran yang tenang.

“Rawatan yang cepat boleh mengurangkan kesan pada kulit bayi melecur air panas,” hujah Fogarty. Oleh itu, apabila dalam situasi yang sama, tenangkan diri dan bertindak dengan cepat.

2. Tanggalkan pakaian anak

Tanggalkan semua pakaian anak anda dengan serta merta: bahkan lampin dan sebarang perhiasan – kecuali ia telah lecur ke dalam kulit mereka.

Langkah ini untuk menghalang bahagian lain dari lecur lebih teruk.

3. Guna air dari paip untuk menyejukan bahagian lecur

Badan Bayi 16 bulan Melecur Kerana Minuman Panas Yang Dibungkus Oleh Ibunya

Kredit: Raising Children Network

Guna air yang mengalir pada bahagian yang lecur untuk sekurang-kurangnya 10 minit. Lakukan langkah ini secepat mungkin walaupun ini mungkin langkah yang agak mencabar untuk ibu-ibu dengan bayi yang lebih besar.

Langkah ini sangat penting untuk memastikan luka bakar tidak merebak ke dalam.

“Semakin dalam luka lecur itu, semakin tinggi risiko anak perlu menggunakan kulit graf sebagai cara rawatan,” kata Fogarty memberi amaran.

4. Pastikan air paip tidak terlalu sejuk

Ini boleh menyebabkan anak mendapat kejutan, pastikan ibu bapa uji air itu terlebih dahulu!

5. Pastikan luka lecur itu dilindungi

Gunakan sesuatu yang bersih, seperti cling film ataupun beg plastik, untuk melindungi luka lecur. Jangan gunakan kain yang berbulu kerana benang atau cebisan kain boleh melekat pada kawasan luka.

Elakkan ini jika bayi melecur air panas pada bahagian muka, kerana anak berisiko untuk lemas.

“Apabila ibu bapa menggunakan cling film pada luka bakar/luka lecur, ini boleh menghentikan hujung saraf daripada kesakitan kerana oksigen tidak dapat menembusi cling film itu. Selain itu cling film juga akan melindungi luka lecur apabila ibu bapa sedang menyejukkan luka bakar dengan tuala yang basah,” kongsi Fogarty.

Walaupun ubat penahan sakit kanak-kanak boleh diberikan, ia adalah lebih baik untuk mendapat pengesahan dari doktor anda dahulu. 

Tips untuk mengelakkan risiko bayi melecur air panas

Badan Bayi 16 bulan Melecur Kerana Minuman Panas Yang Dibungkus Oleh Ibunya

Kredit: CBC

  1. Jangan dukung anak sambil memegang minuman yang panas. Kalau anak bergerak dengan tiba-tiba, ini boleh menyebabkan minuman anda tumpah!
  2. Jauhkan minuman panas daripada jangkauan anak, walaupun cawan itu mempunyai penutup.
  3. Apabila memasak, pastikan pemegang periuk semuanya menghala ke dalam.
  4. Jauhkan benda-benda seperti seterika dan alat untuk meluruskan rambut dari jangkauan anak, walaupun sudah dicabut dari soket.
  5. Semak suhu air mandi bayi anda.
  6. Sekiranya anda sedang melakukan barbeku di rumah, pastikan anak jauh dari api terbuka.

Jangan lupa ya ibu-ibu. Biarpun anak masih kecil refleks mereka sangat cepat bagaikan ninja. Ikutlah langkah-langkah ini untuk mencegah bayi melucur air panas ya!

Sumber: Livestrong, National Childbirth Trust UK

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 mitos yang ibu bapa selalu sangat percaya apabila merawat luka anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!