Bayi Muntah Menyembur, Normal Atau Bahaya? 6 Tanda Ibu Ayah Perlu Peka!
Bayi baru lahir memang biasa muntah yang sering kita panggil muak atau terjeluak, tetapi adakah bayi muntah menyembur itu bahaya untuk mereka?
Bayi baru lahir memang biasa muntah yang sering kita panggil muak atau terjeluak, tetapi adakah bayi muntah menyembur itu bahaya untuk mereka?
Ia adalah biasa jika bayi anda muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan dan tubuh badan mereka sedang membesar.
Anda boleh tahu perbezaan sama ada bayi anda muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak. Ini juga akan menakutkan bayi anda, jadi mungkin dia akan menangis.
Bayi muntah menyembur, normal atau sebaliknya?
Menurut laporan babycenter, bilakah yang anda perlu risau mengenai muntah bayi?
Semasa beberapa bulan pertama bayi anda, muntah besar kemungkinan disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu dan perlu menyesuaikan diri dengan menerima sesuatu ke dalam perutnya.
Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem pernafasan, saluran kencing atau telinga.
Apabila anak anda semakin membesar, muntah mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius.
Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:
- Refluks – Ia berlaku apabila susu yang diminum terkeluar semula dari perut secara perlahan-lahan disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan saluran esofagus terbuka secara tidak sengaja. Ini adalah keadaan biasa yang berlaku di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak memudaratkan.
- Possetting / regurgitation(jeluak) – Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu melalui mulut sejurus selepas menyusu. Ini juga adalah keadaan biasa di kalangan bayi.
- Projectile vomiting (muntah memancut/menyembur) – Ia berlaku apabila isi kandungan perut bayi terkeluar secara memancut dan mengejut melalui mulut. Kuantiti yang dimuntahkan selalunya banyak.
Tanda muntah serius pada bayi
Jadi jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda jika tanda-tanda berikut ada pada bayi anda:
- sakit yang teruk pada bahagian abdomen
- abdomen membengkak
- lesu atau meragam yang teruk
- kekejangan
- muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam
- tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, ubun-ubun mengecut dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari).
Muntah bayi berdarah adakah ia bahaya?
Anda mungkin terlihat sedikit darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah bayi anda. Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus.
Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya.
Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak.
Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan.
Muntah hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.
Muntah berterusan bahaya
Satu lagi keadaan yang memerlukan perhatian segera ialah muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu. Jika muntah berterusan, memang patut risau.
Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan.
Masalah ini mudah diatasi dengan pembedahan kecil tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: babycenter
Baca juga: