Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan "Ubat" Bahaya Ketika Hamil?

undefined

Bayi tanpa kulit ini menggemparkan seluruh masyarakat! Selepas dikaji, rupa-rupanya si ibu telah mengambil ubat yang berbahaya ketika hamil.

Netizen di Thailand digemarkan dengan kelahiran seorang bayi tanpa kulit beberapa tahun lepas.

Gara-gara peristiwa yang tergempar ini, sebuah kajian kes telah diterbitkan Journal of the Pakistan Medical Association untuk meneliti apakah punca bayi lahir tanpa kulit tersebut.

Bayi tanpa kulit kerana ibu ambil ubat bahaya ketika hamil

Sejak dalam kandungan, pertumbuhan bayi tanpa kulit ini memang menunjukkan tanda-tanda lambat. 

Berbeza dari bayi normal yang lain, ketika bayi ini lahir, 90% tubuhnya tidak memiliki kulit! Malah, dia juga tidak memiliki kuku, rambut, bulu mata mahupun kening!

bayi tanpa kulit, bayi lahir tanpa kulit, bayi tiada kulit, bayi tak ada kulit, kulit bayi baru lahir, kulit bayi, keadaan kulit bayi baru lahir, warna kulit bayi baru lahir hitam,

Bukan itu saja, bayi ini juga tiada puting di payudaranya dan pertumbuhan telinga bayi ini tidak sempurna. Oleh sebab tiada kulit, semua saluran darah di tubuh bayi ini kelihatan dengan jelas.

Ketika dilahirkan, beratnya hanyalah 1.02kg dengan lingkaran kepala 26.5cm sahaja. Oleh sebab keadaannya agak kritikal, bayi ini mendapat rawatan intensif di dalam inkubator.

Walau bagaimanapun, selepas 4 hari menerima rawatan, bayi ini tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Bayi tanpa kulit: Bagaimana bayi lahir tanpa kulit?

Keadaan bayi lahir tanpa kulit ini diberi nama Aptasia cutis congenita. Tapi, kes seperti ini jarang berlaku. 

Sebahagian besar bahagian badan yang akan terjejas adalah di kawasan kepala dan ia boleh terjadi pada bayi lelaki mahupun perempuan.

bayi tanpa kulit, bayi lahir tanpa kulit, bayi tiada kulit, bayi tak ada kulit, kulit bayi baru lahir, kulit bayi, keadaan kulit bayi baru lahir, warna kulit bayi baru lahir hitam,

Apa yang menyebabkan bayi tanpa kulit boleh dilahirkan?

Menurut si ibu, dua anaknya sebelum ini sihat, kuat dan tidak memiliki penyakit yang aneh seperti ini.

Malah, si ibu juga tidak mengalami sebarang cacar air mahupun ruam-ruam ketika kehamilan. Jadi, mengapa bayi tanpa kulit ini boleh dilahirkan?

Rupa-rupanya, si ibu menghidap penyakit Pemphigus vulgaris (sejenis penyakit autoimun) yang menyebabkan dia terpaksa memakan ubat yang diberi doktor.

Penyakit yang melibatkan disfungsi kekebalan tubuh badan ini akan menyebabkan si penderita berasa tidak selesa, hilang selera makan dan suara menjadi serak. 

Si ibu juga mengaku dia harus mengambil ubat-ubatan yang ternyata memberi risiko pada janin

Bahaya mengambil ubat yang berisiko ketika hamil

bayi tanpa kulit, bayi lahir tanpa kulit, bayi tiada kulit, bayi tak ada kulit, kulit bayi baru lahir, kulit bayi, keadaan kulit bayi baru lahir, warna kulit bayi baru lahir hitam,

Salah satu ubat yang diambil ibu ini adalah azathioprine. Menurut FDA, ubat ini dikategori sebagai Kategori D, iaitu tidak digalakkan untuk diambil

Jika ubat ini diambil oleh ibu hamil, maka akan ada risiko pertumbuhan janin yang tidak maksimum. Malah, ia juga boleh membawa gangguan kepada janin. 

Menurut kajian, ibu hamil yang ambil ubat ini akan menderita pertumbuhan janin yang lambat, bayi pramatang, berat lahir rendah, gangguan kepala dan leher pada bayi, dan lain-lain.

Tentu saja, tiada mana-mana ibu hamil mahupun doktor yang ingin bayi dalam kandungan menghadapi gangguan dan pertumbuhan yang gagal.

Oleh sebab itu, ibu hamil perlu memastikan ubat yang dimakan sepanjang kehamilan itu tidak berbahaya hingga mampu mempengaruhi pertumbuhan janin.

Seorang ibu wajib menjaga kesihatannya untuk memelihara pertumbuhan janin yang sempurna. Jangan lupa untuk elak orang atau area yang berisiko mendatangkan jangkitan pada anda.

Semoga info ini memberi manfaat. 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Adisty Titania, dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/demam-ketika-hamil-panadol

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!