Mainan Piano Terbaik Untuk Belajar Piano Seawal Usia Bayi, Boleh Rangsang Koordinasi Dan Minda Si Manja!
Belajar piano sejak kecil dapat membantu merangsang kognitif si manja. Kami senaraikan antara pilihan mainan piano yang boleh anda cuba!
Perkara yang paling diakui dalam belajar piano adalah sangat mudah untuk mula mempelajarinya. Walaupun terdapat banyak pilihan mainan murah di luar sana yang membuatkan parents rambang mata untuk memilih, melatih anak bermain dengan alat muzik adalah pilihan yang paling tepat. Ini kerana, dunia tanpa muzik pasti membosankan!
Bermain piano bukan sahaja menghasilkan melodi yang indah selepas ditekan not-notnya, malah sangat membantu untuk merangsang kognitif dan perkembangan anak. Oleh itu, pendedahan lebih awal ternyata boleh menyeimbangkan emosi dan mengasah kemahiran intelektual si manja!
Isi Kandungan
Manfaat Belajar Piano Untuk Si Kecil
Pendedahan kanak-kanak kepada muzik semasa perkembangan awal boleh menggalakkan tumbesaran mereka. Ini berdasarkan laman web Piano Emporium, terdapat sekurang-kurangnya 10 manfaat apabila anak mula bermain dan belajar piano sejak kecil. Rugi sekiranya ibu ayah terlepas pandang!
1. Menghilangkan Stress
Kajian menunjukkan bermain piano dapat menghilangkan stress, meningkatkan kesihatan mental dan keyakinan diri. Kanak-kanak yang bermain piano cenderung untuk tidak mengalami kebimbangan dan anxiety berbanding mereka yang tidak suka bermain piano. Malah, bermain piano selama beberapa minit boleh membuatkan anak gembira dan menjadi lebih positif.
2. Menajamkan Tumpuan
Bermain piano juga boleh menjadikan minda kanak-kanak jadi lebih tajam dan meningkatkan kemahiran multitasking. Ini kerana mereka perlu fokus dan memberikan perhatian semasa membaca nota muzik, mendengar irama piano yang dimainkan sambil menekan pedal piano. Kesemua ini perlu dilakukan dengan serentak!
Jika kemahiran ini dapat diasah dan dipraktik semasa bermain piano,sudah pasti anak anda boleh menjadi seorang yang multi-tasker pada masa akan datang.
3. Mudah Dimainkan
Berbanding dengan alat muzik lain, bermain piano lebih mudah! Selain itu, kanak-kanak tidak akan mengalami sebarang kesakitan fizikal semasa berlatih bermain piano berbanding alat muzik lain.
4. Merangsang Sistem Neuro
Belajar piano dapat meningkatkan keupayaan otak untuk lebih menguatkan daya ingatan, perhatian, pertuturan, bahasa, kemahiran mengira (matematik) dan meningkatkan kemahiran visual spasial serta kemahiran berfikir.
5. Meningkatkan Prestasi
Kanak-kanak yang belajar piano mempunyai perkembangan kognitif am (IQ, memori dan fokus) dan visual spasial yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak belajar piano. Malah, mereka juga mudah untuk berdikari!
6. Menyihatkan Badan
Walaupun postur ketika bermain piano hanya duduk sahaja, namun ia dapat meningkatkan ketangkasan dan menjadikan postur tangan dan jari-jemari supaya menjadi lebih kuat. Bukan itu sahaja, muzik juga dapat menstabilkan degupan jantung dan pernafasan, mengurangkan risiko komplikasi jantung, menurunkan tekanan darah, dan meningkatkan tindak balas imun.
7. Meningkatkan Kesedaran Aural atau Bunyi
Bermain piano melatih kanak-kanak meningkatkan kesedaran aural dengan menilai perbezaan kod piano, menganalisa perbezaan halus dalam perkataan, nada dan pendengaran.
8. Merangsang Pertumbuhan Hormon
Kanak-kanak yang belajar piano lebih menunjukkan pertumbuhan hormon dalam badan mereka lebih tinggi berbanding mereka yang tidak bermain piano. Ia secara tidak langsung, dapat membekalkan tenaga dan mencegah dari penyakit pada usia tua nanti.
9. Sedia menerima kritikan
Apabila anak belajar piano sejak kecil, secara tidak langsung mengajar anak untuk sedia menerima kritikan dan berfikiran terbuka tanpa prejudis. Secara tidak langsung, keyakinan mereka lebih tinggi dan mempunyai mental yang sangat kuat.
10. Menikmati Hidup, Penuh Motivasi
Apabila kanak-kanak sudah terbiasa mendengar muzik, terutama muzik yang dicipta semasa bermain piano. Ia dapat memberikan emosi yang positif untuk pendengar dan pemain. Jadi, dengan bermain piano juga dapat menyatukan kelompok komuniti yang lebih besar.
8 Mainan Piano Terbaik Untuk Anak Belajar Piano
Seperti alat muzik yang lain, anak anda hanya boleh bermain piano dengan baik dengan latihan. Jadi, ini antara pilihan mainan piano yang ibu ayah boleh perkenalkan kepada si manja!
AVOSKY Piano Educational Toys
Mainan Piano Terbaik Untuk Kecerdasan Si Manja
AVOSKY Piano Educational Toys ini merangsang keupayaan pendengaran dan penglihatan kanak-kanak kerana direka bentuk dengan pelbagai warna yang menarik. Bukan itu sahaja, produk ini melatih keupayaan tindak balas kanak-kanak melalui sentuhan mata-tangan. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun dan keatas. Anak anda pasti menyukainya!
Apa yang kami suka?
- Reka bentuk yang berwarna-warni dan comel.
- Didatangi dengan muzik yang merdu.
- Mempunyai kekunci piano- Do Re Mi Fa So dan 5 kekunci mewakili not berbeza.
- Dapat dilaraskan kelantangan dengan butang kawalan.
- Direka dengan segi tiga lutsinar dengan mata pen- 7 warna berbeza.
Baby Piano Musical Toys
Mainan Piano Terbaik Mudah Digunakan
Baby Piano Musical Toys merupakan mainan piano yang mempunyai warna yang menarik dan menjadi pilihan kami kerana ia direka khas supaya mudah dipegang dan membantu menajamkan pendengaran bayi berdasarkan muzik.
Apa yang kami suka?
- Saiz yang comel.
- Reka bentuk khas supaya senang dipegang.
- Bantu melatih koordinasi mata-tangan bayi.
- Sesuai untuk kanak-kanak berusia 0-7 tahun.
37 Key Electronic Kid Piano
Mainan Piano Terbaik Untuk Kemahiran Jari-jemari
37 Key Electronic Kid Piano ini kelihatan rumit tetapi sebenarnya mudah digunakan kerana mempunyai label. Didatangi dengan mikrofon, mainan piano ini membolehkan anak anda menikmati muzik yang indah sambil menekan papan kekunci yang lengkap dengan pelbagai irama, nada dan boleh memainkan muzik berbeza. Mempunyai fungsi record & playback, jadi ianya sangat profesional dan sesuai untuk anak meningkatkan kemahiran jari-jemari sambil mengingati rentaknya.
Apa yang kami suka?
- Mempunyai MP3 Conection, memudahkan untuk memainkan muzik.
- Reka bentuk profesional tetapi selamat untuk kanak-kanak.
- Lengkap dengan bekalan kuasa 8 jenis irama + 4 perkusi + kesan bunyi + kawalan suara + Fungsi Rakam & Main balik + 37 kekunci hitam dan putih.
37 Key Toy Piano Keyboard
Mainan Piano Terbaik Mudah Dilaraskan
Jika anda mencari mainan piano yang mempunyai kaki untuk anak selesa bermain, apa kata dapatkan 37 Key Toy Piano Keyboard. Mainan ini bukan sahaja unik, malah didatangi dengan mikrofon membolehkan kanak-kanak menyanyi sambil bermain piano.
Apa yang kami suka?
- Diperbuat daripada ABS + komponen elektronik.
- Tahan lama dan bunyi yang jelas.
- Saiznya comel dan terdiri daripada 37 papan kekunci.
- Mempunyai mikrofon.
- Ketinggian boleh laras dan mudah dibuka.
- Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas.
AVOSKY Electric Piano 61 Keys
Mainan Piano Seakan Profesional
Ia dipenuhi dengan 61 emulasi papan kekunci hitam putih elektronik dan pop timbul yang menghasilkan melodi indah. Sudah pasti dari segi reka bentuknya yang tampak seakan piano sebenar membuatkan kanak-kanak teruja untuk belajar, bermain dan jatuh cinta dengan muzik.
Apa yang kami suka?
- 61 papan kekunci untuk anak bermain sambil bernyanyi dengan mikrofon
- Jenama berkualiti tinggi
- Papan kekunci boleh menghasilkan pelbagai nada, irama dan melodi berbeza
- Bekalan kuasa 16 jenis timbre + 8 jenis rakaman alat perkusi + 10 jenis irama + 6 demo + 61 kekunci hitam dan putih
- Diperbuat daripada Plastik ABS. Tidak Bertoksik dan Selamat
- Pelbagai bunyi irama bersama, 6 lagu demo,8 jenis muzik perkusi, 16 jenis nada, sepuluh jenis irama.
- Main kord berbilang jari / jari tunggal.
EduVanku Musical Playmat Playgym
Mainan Piano Terbaik Untuk Perkembangan Badan, Latihan Penglihatan dan Deria Sentuhan Bayi
Piano jenis tikar bermain ini sangat sesuai diperkenalkan ketika usia bayi, yang mana anak kecil anda boleh menyentuh dan memijak yang boleh meningkatkan koordinasi tangan dan kaki mereka seterusnya menggalakkan perkembangan badan, latihan penglihatan dan deria sentuhan.
Anak anda akan menyukai tikar piano elektronik gergasi ini kerana mempunyai bunyi yang menyeronokkan dan lampu berwarna-warni yang boleh memberi inspirasi dan merangsang anak-anak anda untuk menari, bermain dan belajar tentang muzik.
Apa yang kami suka?
- Letakkannya di atas lantai untuk keseronokan interaktif, dan gulung semula untuk penyimpanan yang mudah. Papan kekunci elektronik gergasi ini merupakan hadiah hebat untuk bayi, tetapi kanak-kanak juga boleh menikmatinya.
- Mod yang berbeza (demo, anotasi satu klik, main, main semula dan rekod) untuk memenuhi keperluan permainan bayi. Bunyi muzik tikar memberi ganjaran kepada tendangan dan sentuhan semula jadi bayi.
- Dikuasakan oleh bateri 3xAA sangat mudah digunakan.
C-SONIC Kids Children 37 Key Electronic Keyboard
Mainan Piano Terbaik Dengan Mikrofon
Papan kekunci ini dilengkapi dengan kualiti nada yang sangat baik setanding dengan organ elektronik profesional.
Dengan 37 kekunci hitam dan putih simulasi, reka bentuk yang sesuai untuk kesihatan bayi dan persekitaran pembelajaran pertumbuhan yang gembira, ia juga membantu untuk memupuk muzik kanak-kanak sejak, koordinasi aktif dan imaginasi pada zaman kanak-kanak mereka.
Piano ini dapat mempraktikkan kemahiran bermain piano jari kanak-kanak dan membantu meningkatkan keupayaan penderiaan kanak-kanak kepada muzik.
Apa yang kami suka?
- Ia mempunyai 22 kekunci putih dan 15 kekunci hitam.
- 8 jenis gaya muzik pilihan: rock, soft rock, Bruce, disko, waltz, samba, moden dan march.
- Kelantangan dan irama boleh dilaraskan dan kanak-kanak boleh menyanyi dengan mikrofon semasa bermain.
- Hadiah yang sesuai untuk anak-anak anda.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2-14 tahun.
- Dikuasakan oleh bateri 4 x 1.5 AA
Yamaha Remie PSS-E30 Mini Keyboard
Mainan Piano Terbaik Dengan Quiz Mode
Remie (PSS-E30) menampilkan bunyi yang indah, papan kekunci yang dibuat untuk tangan kecil dan buku lagu yang direka untuk membantu anda membimbing si kecil anda.
Alat yang padat dan ringan, bunyi instrumen terdiri daripada bunyi kenderaan, bunyi haiwan dan kesan bunyi yang menggembirakan yang akan merangsang rasa ingin tahu anak anda.
Mod kuiz ialah cara terbaik untuk membangunkan asas muzik secara semula jadi sambil berseronok, dan meminta anak anda meneka kesan bunyi yang dimainkannya. Ia juga menampilkan mod yang lebih maju yang meminta kanak-kanak meneka nota yang betul.
Apa yang kami suka?
- Remie (PSS-E30) didatangkan dengan lagu pratetap, semua versi lagu terkenal yang menggembirakan anak anda akan dengar sepanjang hayat mereka.
- Saiz yang mini memudahkan anak-anak menyimpan piano mereka dengan baik.
- Mengandungi 47 bunyi instrumen, 74 efek bunyi dan 30 lagu.
- Boleh memasang bateri atau dicas menggunakan kabel USB.
Perbandingan Harga Mainan Piano Terbaik
Produk | Harga |
AVOSKY Piano Educational Toys | RM23.00 |
Baby Piano Musical Toys | RM7.90 |
37 Key Electronic Kid Piano | RM29.90 |
37 Key Toy Piano Keyboard | RM29.99 |
AVOSKY Electric Piano 61 Keys | RM66.60 |
EduVanku Musical Playmat Playgym | RM33.00 |
C-SONIC Kids Children 37 Key Electronic Keyboard | RM22.00 |
Yamaha Remie PSS-E30 Mini Keyboard | RM244.00 |
Tips Ajar Anak Main Piano
Mahir bermain piano bukanlah perkara yang boleh dilakukan dengan tempoh yang singkat namun jika anak dapat bermain dengan baik, ia pasti merupakan satu kejayaan untuk anda.
Berikut adalah pelbagai petua dan cara memainkan piano yang boleh anda ajar anak-anak anda di rumah.
1. Latihan selama 20 minit setiap hari
Dipetik dari Yamaha Music, Amerika Syarikat, belajar piano untuk pemula memerlukan kesabaran dan ketekunan. Kanak-kanak dinasihatkan untuk mengamalkan kebolehan mereka sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
Walaupun tempohnya agak singkat, petua pembelajaran piano untuk pemula ini dianggap berkesan kerana ia tidak membuatkan kanak-kanak takut atau terbeban dengan tempoh latihan yang terlalu lama.
2. Warm up
Bukan hanya sukan yang memerlukan pemanasan, bermain piano juga supaya jari anak anda tidak kaku apabila menekan piano, cuba minta mereka meregangkannya. Cara bermain piano dianggap berkesan untuk mengelakkan kesilapan semasa menekan piano.
3. Jangan terburu-buru
Belajar nota piano memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa yang lama untuk menguasai piano. Oleh itu, berikan motivasi dan sokongan kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa bosan atau putus asa.
Contohnya, jika anak anda sedang belajar bermain susunan pada piano, jangan paksa mereka mempelajari keseluruhan susunan pada masa yang sama. Lebih baik lagi, minta kanak-kanak mempelajari permulaan susunan terlebih dahulu dan keesokan harinya, barulah mereka boleh mempelajari bahagian seterusnya.
4. Latihan secara perlahan
Belajar bermain piano tidak boleh tergesa-gesa kerana boleh membuat kanak-kanak melakukan kesilapan ketika bermain piano.
Oleh itu, ajar anak-anak berlatih perlahan-lahan. Minta kanak-kanak menekan nota piano dengan berhati-hati supaya jarinya boleh menjadi lebih fleksibel. Jika anak anda bermain piano elektrik, cuba naikkan tempo untuk menjadikan sesi latihan lebih berkesan.
5. Berlatih tanpa piano
Apabila kanak-kanak berada di luar rumah, mereka masih boleh berlatih tanpa piano. Dalam keadaan ini, kanak-kanak boleh melatih otot jarinya dengan berpura-pura menekan not piano apatah lagi, terdapat banyak aplikasi pembelajaran piano yang boleh dimuat turun di telefon pintar supaya kanak-kanak boleh belajar piano dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
6. Mendengar susunan yang dipelajari
Minta anak mendengar susunan yang sedang dipelajari. Ini kerana ini boleh membuatkan kanak-kanak mengingati nota susunan dalam kepala mereka supaya mereka boleh mempraktikkannya ketika berada di piano.
7. Berlatih dengan lagu kegemaran
Salah satu petua bermain piano yang dianggap berkesan ialah berlatih dengan lagu kegemarannya kerana kemungkinan besar kanak-kanak itu telah menghafal not lagu tersebut sehingga dia boleh memainkannya di piano. Kegemaran mereka terhadap lagu tersebut juga boleh membuatkan mereka tekun berlatih di hadapan piano.
8. Gunakan metronom
Cara seterusnya untuk bermain piano untuk pemula ialah menggunakan metronom. Metronom ialah kaunter tempo yang biasanya terdapat dalam piano elektrik.
Jika anak anda menghadapi masalah bermain piano, cuba gunakan metronom dan tetapkannya pada tempo yang lebih perlahan. Ini dilakukan supaya jari-jemari kanak-kanak tidak ‘terkejut’ dan boleh dimulakan dengan tempo perlahan dahulu.
Teknik bermain piano ini diharapkan dapat menjadikan kanak-kanak terbiasa dengan lebih fleksibel menggunakan jari ketika berlatih piano.
Apa pun jenis mainan piano yang anda pilih, pastikan ia bersesuaian dengan usia anak anda supaya mereka seronok belajar piano. Jom belikan mainan piano untuk anak anda belajar piano, mereka pasti sangat teruja!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Mainan Kanak-kanak Murah: 7 Mainan Terbaik Untuk Bayi 7 ke 12 Bulan
Baca juga: Tumbesaran dan Milestone Kanak-kanak 3 bulan
Baca juga: Anak Terlalu Banyak Mainan