Semua kanak-kanak gemar mainan baru, tapi tahukah ibu bapa apabila anak terlalu banyak mainan, ini sebenarnya tidak baik untuk perkembangannya?
Hairan bukan? Bagaimana mainan yang banyak boleh menjejaskan anak pula? Tapi kajian terkini mendapati apabila anak terlalu banyak mainan, ini boleh mengurangkan interaksi sosial berkualiti yang penting untuk perkembangan anak.
Kesan buruk apabila anak terlalu banyak mainan
Menurut Shelley Lindauer, Ph.D., apabila anak terlalu banyak mainan, mereka akan mudah rasa binggung dan rasa ditenggelamkan.
Di samping itu, mainan yang terlalu banyak tidak akan mengajar anak anda untuk menghargai atau bertanggungjawab atas mainan kepunyaannya, tambah Shelley.
Penyelidik dari Universiti Toledo di AS juga mendapati kanak-kanak jauh lebih kreatif jika mereka tidak diberi mainan yang terlalu banyak sejak kecil. Mereka telah meneliti cara 36 kanak-kanak kecil bermain selama 1 jam.
Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang hanya diberi beberapa mainan, lebih terlibat ketika bermain dan menunjukkan daya imaginasi yang lebih baik.
Apabila anak terlalu banyak mainan, akibatnya anak akan rasa binggung dan rasa ditenggelamkan.
Keputusan positif yang lain termasuk:
Walaubagaimanapun, permainan yang terlalu banyak tidak membawa maksud 100% negatif pada tumbesaran mereka. Ia juga bagus untuk:
- menggalakkan kanak-kanak memikirkan pelbagai cara lain untuk bermain dengan mainan yang diberi,
- menggalakkan kanak-kanak bermain dengan mainan yang diberi dalam masa yang lebih lama
- pengalaman bermain yang lebih berkualiti kerana kanak-kanak dapat memberi tumpuan yang lebih fokus kepada mainan yang diberi
Ciri-ciri positif ini sangat penting untuk kanak-kanak, kerana ia dapat membantu meningkatkan perkembangan otak.
Apa ibu bapa boleh buat apabila anak terlalu banyak mainan?
Selain dari kesan negatif apabila anak terlalu banyak mainan, kita sebagai ibu bapa juga akan pening kepala apabila perlu mengemas mainan yang bertaburan di rumah!
Sebagai ibu bapa, kita mungkin tidak dapat menghalang orang lain daripada memberi hadiah mainan terutamanya semasa cuti atau hari jadi anak.
Selain dari kesan negatif apabila anak terlalu banyak mainan, kita sebagai ibu bapa juga akan pening kepala apabila perlu mengemas mainan yang bertaburan di rumah!
Tapi ini antara benda yang anda patut buat untuk mengatasi masalah anak terlalu banyak mainan:
Tips mengelak anak terlalu banyak mainan
- Anda tidak perlu beli mainan untuk anak setiap masa. Lagipun bayi dan kanak-kanak kecil lebih berminat bermain dengan benda pelik-pelik seperti kotak kosong dan botol kepunyaan ibu bapanya!
- Apabila ibu bapa beli mainan, pastikan ia mainan yang unik dan istimewa. Jika ibu bapa beli mainan yang “perfect” untuk si manja, mereka mungkin akan belajar menghargai mainan istimewa itu. Mainan yang lain dari biasa juga akan memastikan minat yang kekal lebih lama supaya mereka tidak akan meminta mainan baru.
- Jangan biar anak anda main dengan semua mainannya pada masa yang sama. Cuba keluarkan barang mainan secara bergilir supaya anak tidak rasa bingung apabila diberi mainan yang terlalu banyak pada masa yang sama. Dengan cara ini, anak boleh menikmati mainan yang diberi dan tidak akan rasa keliru apabila berdepan dengan terlalu banyak pilihan.
- Ajar anak untuk berkongsi dengan mendermakan mainan yang lama. Anak anda mungkin akan rasa sedih jika mereka perlu berpisah dengan mainan mereka. Jangan paksa anak untuk menderma mainan mereka jika mereka belum bersedia. Tetapi ia adalah penting ibu bapa terus memberi dorongan kepada anak supaya mereka mendermakan mainan lama mereka. Biarpun bersedih kerana berpisah dengan mainan kesayangan, sikap suka menderma akan mengajar anak untuk bermurah hati.
Sumber: telegraph.co.uk
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Mom.me
Baca juga:
Anak Bermain Di Luar Rumah: Manfaat Outdoor Play, Jenis Aktiviti & Apa Yang Dipelajari
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!