Nasihat “jangan paksa anak”
Orang selalu kata “jangan paksa anak”. Mungkin ada benar juga nasihat ini.
Kita sering dengar ibu bapa kata ‘pergi cium pipi kawan baik mama’ atau ‘habiskan semua makanan dalam pinggan’ Alasannya, kanak-kanak tidak tahu apa yang mereka mahu, jadi ibu bapa perlu menentukan semuanya buat mereka.
Tapi tahukah anda apabila ibu bapa menentukan sesuatu perkara secara paksa, ini boleh menyebabkan anak memberontak? Di bawah adalah 6 perkara yang ibu bapa tidak patut paksa anak mereka buat:
1. Jangan paksa anak bermesra dengan orang lain
Jangan paksa anak untuk bermesra dengan orang lain
Memaksa anak untuk bermesra dengan orang lain atau melakukan sebarang sentuhan fizikal dengan saudara mara apabila mereka rasa tidak selesa adalah perkara yang tidak baik.
Ini hanya akan mengajar anak untuk menerima sebarang sentuhan yang tidak selesa atau tidak selamat. Mereka juga boleh jadi mangsa yang lebih senang untuk pemangsa seks kanak-kanak.
Kita perlu menghormati tubuh badan anak dan tidak harus memaksa anak bermesra jika mereka rasa tidak selesa.
Sebaliknya, ibu bapa boleh ajak anak untuk fist bump, high five atau berjabat/bersalam tangan. Ini mengajar orang dewasa dan juga kanak-kanak untuk menghormati batasan tubuh badan.
2. Jangan paksa anak minta maaf sehingga dia tenang
Jangan paksa anak untuk meminta maaf sehingga dia tenang
Ibu bapa pernah cuba paksa anak untuk minta maaf ketika mereka belum tenang? Sudah pasti anak lagi buat hal!
Apabila ibu bapa memaksa anak untuk meminta maaf, ini hanya akan menyebabkan mereka rasa marah dan malu. Mereka tidak akan mengaku kesilapan mereka.
Sebaliknya ibu bapa patut berbincang dengan anak tentang apa yang mereka telah lakukan.
Biar mereka sedar kesilapan mereka dulu dan berikan masa supaya mereka boleh bertenang. Selepas mereka tenang, suruh mereka fikir cara untuk memperbaiki kesilapan mereka.
Ini cara yang lebih efektif untuk mengeratkan hubungan. Kalau anak minta maaf, biarlah dengan hati yang ikhlas.
3. Jangan paksa anak membaca
Jangan paksa anak untuk membaca
Ibu bapa mana yang tidak suka apabila anak gemar membaca? Semua ibu bapa nak anak mereka bijak dan berpengetahuan banyak dan salah satu caranya ialah dengan membaca.
Namun jika anda selalu paksa anak untuk membaca, anak tidak akan buat perbuatan itu.
Sebaliknya, ibu bapa boleh membaca buku bersama dengan anak untuk menggalakkan minat membaca.
Menurut kajian, minat membaca akan semakin berkurang apabila anak semakin besar. Jadi mulalah dari kecil lagi jika ingin menanam minat membaca.
4. Jangan paksa anak mencuba aktiviti yang dia tidak minat
Ramai ibu bapa mahu anak mendapatkan pencapaian cemerlang dan ini bukan hanya dari segi akademik malah dalam aktiviti tambahan juga.
Secara tidak sengaja, mereka akhirnya membebankan anak dengan impian mereka yang belum direalisasi. Ini memberi tekanan kepada anak dan kemungkinan anak akan putus asa.
Biar anak pilih aktiviti yang dia minat. Semua kanak-kanak mempunyai minat yang berlainan: ada yang lebih suka aktiviti artistik dan ada pula yang cemerlang dalam sukan.
Amat penting anak dibiarkan bermain secara bebas kerana ia dapat mengukuhkan ikatan sosial serta meningkatkan kemahiran kognitif dan kesihatan fizikalnya.
5. Jangan paksa anak makan
Ibu bapa baru, ambil perhatian ini.
Orang tua memang suka beri komen anak terlalu kurus dan tidak cukup makan. Masuk telinga ini, keluar telinga sebelah. Apabila anda selalu paksa anak makan, ini boleh meninggalkan kesan sampingan jangka masa panjang.
Anak akan rasa seperti dia hilang kawalan dan tidak berdaya. Mereka juga boleh menjadi cerewet makan.
Jangan paksa anak makan, sebaliknya cuba sediakan makanan kegemarannya atau makanan yang menarik ala bento kanak-kanak. Apabila dia melihat ibu bapanya makan, dia pasti akan ikut sama.
6. Jangan paksa anak berkongsi
Kita semua telah membesar sambil mendengar frasa ‘Sharing is Caring’. Memang sebagai ibu bapa kita ingin anak kita jadi orang yang murah hati dan suka berkongsi.
Namun, apabila ibu bapa memaksa anak untuk melepaskan mainan mereka, penerima mainan itu akan berasa seperti hak mereka lebih tinggi dan mereka boleh menindas tuan punya mainan.
Sebaliknya suruh mereka untuk main secara bergilir-gilir, dan fokuskan kepada perkongsian yang empatetik.
Sebenarnya kebanyakkan sekolah antarabangsa tidak menggalakkan murid-murid untuk berkongsi kerana ingin mengajar kanak-kanak erti kesabaran dan erti untuk menunggu giliran mereka.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Pakar Minta Ibu Bapa Jangan Lagi Paksa Anak Habiskan Makanan Dalam Pinggan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!