Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

undefined

Pasti ada ibu-ibu lepas bersalin yang pernah dilarang mandi lama-lama kan? Katanya mandi lama-lama boleh menyebabkan terjadinya bentan selepas bersalin.

Ketika sedang berpantang, terutama jika dengan ibu atau orang lebih tua, pasti ada ibu-ibu yang pernah dilarang mandi lama-lama kan? Katanya mandi lama-lama boleh menyebabkan terjadinya bentan selepas bersalin.

Sejauh mana benarnya pernyataan ini? Adakah benar mandi lama-lama ketika berpantan boleh menyebabkan berlakunya bentan selepas bersalin yang seboleh-boleh mahu dielak.

Ada yang kata bentan selepas bersalin ini amat menyeksakan, mereka yang mengalaminya akan tiba-tiba merasak kesejukan yang amat sangat malah lebih teruk ada pula yang mengalami tumpah darah. 

Baca juga: Jaga-Jaga, Bentan Semasa Pantang Mengundang MAUT, Ini 7 Tanda Anda Harus Peka

Bentan selepas bersalin akibat mandi lama-lama?

Bentan selepas bersalin

Menurut Dr Kamarul Arifin Nor Sadan,bentan selepas bersalin bukan disebabkan mandi terlalu lama. Malah ia tiada kaitan pun sebenarnya.

Katanya, ada beberapa mitos mengenai mandi yang perlu difahami oleh masyarakat supaya tidak mudah percaya kepada hanya cakap-cakap saja tanpa bukti yang jelas.

5 pantang larang mengenai mandi

Pernah dengar pelbagai pantang larang mengenai mandi yang sering disebut oleh orang di sekeliling anda. Jom baca! Doktor ini ada jawapannya!

#1. Mandi ketika berpeluh menyebabkan panau

Mitos! Panau adalah jangkitan sejenis kulat pada kulit. Kulat ini memang hidup di permukaan kulit manusia, namun ia hanya menyebabkan panau apabila kelembapan kulit sangat tinggi, imuniti badan rendah, atau tubuh kekurangan gizi.

Hakikatnya, jika berpeluh atau selepas mandi, anda tak keringkan badan, maka anda berisiko kena panau dan pengor.

#2. Mandi selepas makan menyebabkan perut buncit

Mitos! Tanggapan yang mengatakan proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi adalah tidak benar.

Proses pencernaan tetap akan berlangsung, dan lemak tidak akan membeku hanya kerana penurunan suhu badan akibat mandian. 

#3. Mandi basahkan kepala dulu menyebabkan strok

Mitos! Strok berlaku apabila darah beroksigen tidak sampai ke tisu otak, sama ada akibat pembuluh darah pecah atau tersumbat.

Perubahan suhu di kepala apabila terkena air ketika mandi tidak mengganggu saluran darah beroksigen ke otak. Mandilah anggota apa dulu pun, tapi tak kawal hipertensi, diabetes dan masalah jantung, maka tetap berisiko kena strok.

#4. Mandi malam menyebabkan paru-paru berair

Mitos. Istilah paru-paru berair ni ditafsirkan dalam bahasa perubatan sebagai ‘pneumonia’. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Mandi malam tidak menyebabkan serangan pneumonia mahupun serangan pontianak.

Namun, jika anda menghidapi asma dan alah kepada sejuk, mandi malam boleh menyebabkan serangan asma.

#5. Mandi lama-lama ketika pantang bersalin sebabkan bentan

Bentan selepas bersalin

Mitos. Mandi lama-lama tidak menyebabkan bentan atau badan masuk angin. Luka perineum atau perut jika bersalin melalui pembedahan Cesarean, perlu dijaga dengan baik.

Jangkitan pada luka boleh menyebabkan demam. Selain itu, perlu makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Barulah tak lesu. Mandi sekejap tu namanya mandi kerbau.

Bila risiko terkena bentan?

Anda boleh terkena bentan pada bila-bila masa saja sama ada ketika dalam pantang, penghujung pantang atau selepas habis pantang. 

Menurut perkongsian mommy&me, antara tanda wanita lepas bersalin itu bentan adalah:

  • Badan seram sejuk seperti nak demam
  • Bisa-bisa badan
  • Sakit urat
  • Sakit-sakit badan
  • Sakit pinggang
  • Sakit tumit
  • Paling bahaya, tumpah darah

Jenis-jenis bentan

#1. Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, rasa bisa bisa urat dan sendi badan. Lutut menggigil kesejukan, seluruh otot badan tegang dan kejang. Biasa berlaku kerana pergerakan terlalu aktif dan lasak.

#2. Bentan urat peranakan/rahim

Sakit pada bahagian ari ari. Sederhana sakit atau terlampau sakit sehingga terjadinya tumpah darah. Boleh berlaku kerana tersepak ibu jari kaki atau terjatuh dan terduduk. Juga kerana angkat benda berat.

#3. Bentan urat besar/ pinggang

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit pada atas bahagian belakang. Biasanya dialami oleh ibu yang bersalin czer. Kadang sakit yang serius pada bahagian pinggang dan tumit. Berjalan pun sakit apabila kaki cecah lantai.

Cara elak bentan

#1. Rehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, tidak terlalu aktif atau mengangkat benda benda berat.

#2. Urutan

Bentan selepas bersalin

Pastikan berurut dengan tukang urut yang pakar dan memang pandai mengurut ibu bersalin. Bimbang salah urat.

#3. Jaga kebersihan

Selepas bersalin ibu mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. (Jika berlaku harus jumpa doktor.

#4. Jaga pemakanan

Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Kamarul Arifin Nor Sadan, mommy&me

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!