X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Waspada Makan Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Ia Juga Punca Keguguran Janin!

4 min bacaan
Waspada Makan Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Ia Juga Punca Keguguran Janin!

Makan cempedak ketika hamil dikatakan boleh mendatangkan bahaya pada ibu dan janin. Justeru sentiasalah berwaspada dengan pemakanan harian anda

Tahukah anda tentang buah yang dilarang untuk ibu hamil? Ini kerana ada sesetengah buah-buahan boleh mendatangkan bahaya pada ibu dan kandungan seperti cempedak, benarkah makan cempedak ketika hamil membahayakan? 

Semasa hamil ibu tentunya perlu menjaga kandungan dengan baik seolah-olah hadirnya satu kehidupan baru yang bakal menyinari dan muncul dalam keluarga anda. 

Baca juga: Bahaya Minum Teh Susu Ketika Hamil, Ia Punca Keguguran & Risiko Bayi Lahir Cacat!

Masalah yang mungkin berlaku selepas makan cempedak ketika hamil

cempedak untuk ibu hamil

credit to sources

Disebabkan ingin melincinkan proses kelahiran supaya berjalan dengan lancar dan keadaan janin dalam kandungan sihat maka ibu juga perlu mengambil makanan yang baik dan tinggi nutrisi supaya kesihatan janin sentiasa
dipelihara dengan sempurna.

Ini kerana semasa hamil ibu lebih rentan terkena pelbagai penyakit ataupun mudah jatuh sakit.

Maka dengan itu, apa makanan yang diambil ibu harus dijaga dengan sebaiknya dan mengamalkan beberapa pantang larang makanan ibu hamil ini.

Sebelum itu, penulis nak tanya siapa sini yang suka makan cempedak semasa hamil? Jika ya, ketahuilah bahawa cempedak memiliki banyak manfaat bagi kesihatan namun buah juga dilarang semasa hamil. Mengapa agaknya ya?

Bolehkah ibu hamil makan cempedak?

Meskipun mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah nangka namun cempedak memiliki rasa yang jauh lebih berbeza dengan nangka.

Ini kerana cempedak memiliki bau yang lebih tajam hingga menusuk jauh ke dalam hidung.

Namun kita tak boleh sangkal yang cempedak memiliki rasa yang sangat manis dan sedap. Selalunya orang akan buat cempedak goreng dan menikmatinya semasa hidangan minum petang.

Berbalik kepada soalan tadi, mengapa buah cempedak berbahaya dan tidak disyorkan bagi ibu hamil? Nak tahu kenapa? jom kami huraikan satu persatu keburukan makan cempedak semasa mengandung.

#1. Buah cempedak punca perut kembung

cempedak untuk ibu mengandung,

credit to sources

Bahaya pertama disebabkan buah cempedak untuk ibu mengandung menyebabkan perut menjadi kembung dan mual. Ini kerana sifat alami cempedak yang panas lantas menyebabkan ia terjadi.

Hal ini dapat memicu ibu hamil menjadi sering muntah-muntah dan menambah rasa sakit di bahagian perut.

#2. Buah cempedak meningkatkan GERD

Sama seperti nangka, cempedak juga meningkatkan kadar dan gejala GERD dalam tubuh ibu hamil.

Gejala GERD ini bukan menyebabkan ibu rasa mual tapi perut akan rasa panas dan perit. Keadaan ini tentulah sangat berbahaya bagi ibu dan janin dalam kandungan.

#3. Suhu janin meningkat

Dengan meningkatnya gejala GERD seterusnya menyebabkan suhu pada bahagian perut yang dekat dengan rahim menjadi sangat panas. Hal ini tentunya memberi kesan pada janin hingga suhunya jadi panas dan tak normal.

#4. Risiko terjadinya kontraksi hingga menyebabkan keguguran

Bahaya yang paling ditakuti adalah boleh menimbulkan kontrasi awal. Dengan keadaan ini dapat memicu keguguran semasa usia janin masih baru. Malah ia boleh menyebabkan kelahiran paramatang yang tentunya memberi kesan buruk pada kehidupan si kecil.

Inilah antara kesan buruk makan cempedak ketika hamil jadi hati-hatilah semasa mengambilnya, jika timbul rasa teringin cukuplah ambil dalam seulas dua untuk hilangkan rasa mengidam itu.

Kelebihan buah cempedak

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Walaupun cempedak dikatakan berbahaya bagi ibu hamil namun kandungan nutrisinya juga tinggi dan sangat baik jika pengambilannya berpada-pada. Jom ketahui manfaatnya di sini.

#1. Sumber tenaga

ibu hamil makan cempedak

credit to sources

Cempedak mengandungi gula yang tinggi lantas apabila makan cempedak ketika hamil menjadikannya sejenis buah yang ada kandungan kalori yang penting untuk aktiviti seharian kita.

#2. Vitamin dan mineral

Cempedak juga memiliki banyak kandungan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Antara kandungan Vitamin yang ada seperti Vitamin A dan Vitamin C. Apatah lagi, kedua-dua jenis Vitamin ini mampu menjaga daya tahan tubuh manusia.

#3. Kaya dengan serat

Selain itu, buah ini juga kaya dengan serat yang dapat membantu menjaga kesihatan pencernaan anda. Sekaligus ia dapat menghindari dari gangguan masalah pencernaan seperti sembelit, cirit birit dan buasir.

#4. Baik untuk kulit dan mata

Vitamin A yang ada dalam cempedak juga sangat bagus untuk kesihatan mata hingga dapat menghalang dari gangguan rabun dan katarak.

Sementara itu, ia juga memiliki manfaat yang baik untuk kesihatan kulit sekaligus mencegah kerosakan dan menjaga keanjalan kulit anda. Semoga bermanfaat!

Sumber: Hamil.co.id 

Kredit foto: emilinda

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain nenas, 12 makanan ini juga punca KEGUGURAN yang anda tak pernah tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Waspada Makan Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Ia Juga Punca Keguguran Janin!
Kongsikan:
  • Seorang Ibu Yang Dijangkiti Corona Virus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Pembedahan

    Seorang Ibu Yang Dijangkiti Corona Virus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Pembedahan

  • Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

    Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Seorang Ibu Yang Dijangkiti Corona Virus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Pembedahan

    Seorang Ibu Yang Dijangkiti Corona Virus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Pembedahan

  • Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

    Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.