X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tapai Pulut Memang Sedap, Tapi Ia Boleh Menyebabkan RISIKO Buruk Kepada Bayi Dalam Kandungan

4 min bacaan
Tapai Pulut Memang Sedap, Tapi Ia Boleh Menyebabkan RISIKO Buruk Kepada Bayi Dalam Kandungan

Tapai merupakan sejenis makanan yang cukup terkenal bagi masyarakat Melayu. Namun begitu ramai yang mengatakan tentang bahaya tapai bagi wanita hamil, benarkah?

Elak makan tapai semasa mengandung antara pantang larang yang sering dipesan oleh orang tua. Ramai sebenarnya wanita yang berbadan dua akan tercengang juga dibuatnya hingga tertanya-tanya apakah risiko yang boleh berlaku sekiranyamakan pulut tapai ini.

Risiko makan tapai semasa mengandung – Apa anda perlu tahu

makan tapai semasa mengandung

Kredit: 123rf

Lumrah wanita hamil yang pastinya kadang kala mengidam nak makan yang bukan-bukan. Ada teringin nak makan sate rusa, cendol pulut, laksa Johor dan macam-macam lagi yang mereka mengidam nak makan.

Tak kurang juga yang mengidam nak makan tapai pulut atau tapai ubi. Tapi sebelum rasai juadah ini Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan tentang pengambilan tapai semsa mengandung. 

Berikut penjelasan lanjut daripada beliau sendiri.

“Makanan yang ditapai biasanya akan mengeluarkan sebahagian kecil alkohol termasuklah tapai beras dan ubi. Hal ini kerana, proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol. Penghasilan alkohol pula dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak membuatkan seseorang mabuk dan berlaku akibat kesan sampingan semasa proses penapaian secara semulajadi,” katanya.

Dr Zubaidi menambah, sedikit sukar untuk menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan dari tapai pulut.

Namun beliau menasihatkan agar wanita hamil tidak mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit sahaja. Paling tidak semasa tiga bulan pertama semasa kehamilan.

Seperti tapai ini, ia mengandungi alkohol yang dibenarkan dan cepat sampai kepada bayi dalam rahim melalui plasenta.

Untuk wanita hamil yang agak sensitif dan suka makan tapai ia boleh mengakibatkan kelahiran gugur semasa di awal kehamilan. Ataupun bersalin paramatang semasa di hujung kehamilan.

Merosakkan sel otak dan sistem saraf bayi

makan tapai semasa mengandung

Kredit: Freepik

Doktor Zubaidi turut berpesan, jika ibu hamil makan terlalu banyak tapai ia boleh memberi risiko kerosakan kepada sel-sel otak dan sistem saraf bayi.

Setelah membesar, anak tersebut dibimbangi mengalami masalah pembelajaran dan masalah memori.

Kalau teringin sekalipun, ambil jumlah yang sedikit untuk hilangkan rasa mengidam dan jangan sesekali ambil dalam kuantiti yang banyak sekaligus memudaratkan kandungan kelak.

Resepi tapai pulut

makan tapai semasa mengandung

Kredit: mstar.com.my

Tapai adalah makanan yang dibuat daripada pulut yang cukup terkenal dalam Masyarakat Melayu. Sekiranya anda benar-benar mengidam untuk makan, kami cadangkan makan selepas bersalin sahaja.

Ya, kedengaran agak mustahil tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum ada apa-apa yang tidak diingini terjadi bukan?

Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis dan boleh diminum serta turut dijadikan ubat tradisional.

Pada zaman dahulu ada pantang larang semasa membuat tapai di mana seseorang itu tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah.

Jika terlanggar pantang larang ini, tapai tidak akan rasa enak dan bertukar menjadi warna merah.

Termasuklah wanita yang sedang datang bulan tidak boleh membuat tapai kerana boleh menyebabkan rasa tapai masam dan tidak menjadi.

Bahan-bahan yang digunakan:

  1. Beras pulut
  2. Ragi
  3. Daun pisang atau daun getah
  4. Lidi/stapler

Cara-cara membuat tapai yang sedap!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

1. Basuh pulut dan kemudian cuci hingga bersih. Setelah itu rendam untuk seketika.
2. Kemudiannya, masukkan pulut dalam pengukus
3. Setelah dikukus, masukkan pulut tersebut dalam bekas untuk diuli
4. Selepas itu, masuk lagi sekali dalam pengukus
5. Kukus buat kali kedua
6. Selepas mengukus, angkat dan letakkan dalam bekas atau talam hingga pulut sejuk
7. Selepas satu jam dan pulut sudah sejuk masukkan ragi. Ragi ini perlu ditapis dahulu dan tabur di permukaan pulut. Biar semua rata.
8. Lap daun pisang atau daun getah
9. Ambil sesudu tapai dan bungkus dengan daun. Kemudian ketip dengan lidi atau stapler.
10. Akhir sekali masukkan semua tapai yang dibungkus tadi dalam baldi besar dan ikat dengan kain sarung atau selimut. Biarkan sehari semalam tanpa dibuka kain tersebut.

Selamat mencuba!

Tapai Pulut Memang Sedap, Tapi Ia Boleh Menyebabkan RISIKO Buruk Kepada Bayi Dalam Kandungan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Mandi Lama-Lama Dalam Pantang Boleh Jadi Bentan, Doktor Ini Ada Jawapannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tapai Pulut Memang Sedap, Tapi Ia Boleh Menyebabkan RISIKO Buruk Kepada Bayi Dalam Kandungan
Kongsikan:
  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

    Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

  • Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

    Ragu-Ragu Nak Makan Sambal Belacan Masa Hamil? Ini Penjelasan Lanjut Dari Doktor

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.