X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!

4 min bacaan
6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!

Corak pemakanan ketika hamil amat perlu dititik beratkan kerana ketika hamil banyak komplikasi yang mungkin boleh terjadi sekiranya anda salah makan.

Corak pemakanan ketika hamil amat perlu dititik beratkan kerana ketika hamil banyak komplikasi yang mungkin boleh terjadi sekiranya anda salah makan.

Hal mengenai pemakanan ketika hamil bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, malah ia perlu diambil serius kerana kesannya mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi dalam kandugan.

Justeru, ibu hamil mestilah ambil tahu apa yang mereka boleh makan dan tidak boleh makan ketika kehamilan sedang berlangsung. Tiada salahnya jika ibu hamil banyak membaca dan tahu apa yang boleh dan tidak boleh mereka makan ketika hamil.

Pemakanan ketika hamil perlu perhatian

Pemakanan ketika hamil

Sebagai ibu hamil, semua perkara terutama makanan perlu diambil berat kerana ia adalah sangat penting bagi menjaga keselamatan anda dan bayi.

Tahukah anda, ada beberapa jenis ikan yang ibu hamil tidak boleh makan. Jadi take note ya ibu-ibu hamil.

Makanan laut tinggi merkuri bahaya untuk ibu hamil

Makanan laut memang kaya dengan sumber protein, zat besi dan zink. Nutrien yang terkandung di dalamnya penting untuk perkembangan bayi anda.

Asid Omega-3, termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) boleh didapati dalam banyak jenis ikan dan ia mendorong pembentukkan dan perkembangan otak si kecil jadi sudah pastilah baik untuk dimasukkan ke dalam diet si ibu hamil.

Namun terdapat beberapa jenis ikan pemangsa yang besar harus dielakkan ibu hamil kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi.

Walaupun makanan laut yang mengandungi merkuri tidak merisaukan orang dewasa namun berhati-hatilah jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil.

Pemakanan wanita hamil tidak seharunya mempunyai kadar merkuri yang tinggi kerana ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda!

Ibu hamil elakkan makan 6 ikan ini!

Pemakanan ketika hamil

Ikan yang tidak digalakkan dimakan oleh ibu hamil selalunya ikan daripada kalangan pemangsa kerana ikan pemangsa biasanya mempunyai kadar merkuri yang tinggi.

Ikan itu termasuklah:

  1. Ikan Marlin
  2. Ikan Todak
  3. Ikan King Mackerel
  4. Ikan Yu
  5. Ikan Orange Roughy
  6. Ikan tilefish

Ikan yang digalakkan untuk ibu hamil makan

Ikan yang digalakkan untuk diambil ibu hamil adalah ikan yang mempunyai tahap merkuri rendah tetapi kaya dengan omega 3. Ia termasuklah:

  1. Ikan salmon
  2. Ikan bilis
  3. Hering
  4. Sardin
  5. Trout air tawar
  6. Tenggiri

Makan laut lain yang boleh dimakan ibu hamil

  1. Udang/udang galah
  2. Ketam
  3. Sotong
  4. Tiram
  5. Ikan keli
  6. Tilapia
  7. Tuna dalam tin
  8. Siakap hitam

Langkah yang perlu diberi perhatian jika ingin makan makanan laut

Pemakanan ketika hamil

#1. Elakkan makan makanan laut mentah

Untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan kuman, atau virus yang berbahaya, elakkan mengambil makanan laut mentah seperti sushi, sashimi dan tiram mentah.

Makanan laut yang disalai juga sebaiknya dielakkan.

#2. Pastikan makanan laut dimasak sepenuhnya

Kebanyakan makanan laut sepatutnya dimasak dengan suhu 63 darjah selsius. Ikan masak sepenuhnya apabila isi nampak serpihan dan kelihatan gelap.

Udang dan udang galah akan nampak kemerahan dan isinya berkilau dan gelap.

Kerang dan tiram seharusnya dimasak sehingga terbuka kulit atau cengkerangnya. Jika ada yang tidak terbuka buangkan saja kerang atau tiram itu.

#3. Elakkan memilih makanan yang sejuk beku

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Makanan sejuk beku kadang kala dikhuatiri tercemar dengan bakteria listeria yang sangat berbahaya kepada ibu hamil. Ia bukan saja boleh menyebabkan cirit-birit tetapi juga simptom muntah-muntah dan sebagainya.

Jika berlaku cirit birit dikhuatiri ibu hamil akan mengalami dehidrasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan bayi dalam kandungan.

#4. Pastikan kebersihan

Barang yang mahu dimasak haruslah dipastikan tahap kebersihannya. Pastikan ia dibasuh bersih tanpa meninggalkan sebarang kekotoran kerana jika kotor ia akan membawa bakteria yang akan mendatangkan bahaya kepada anda dan bayi.

Apa saja yang dimakan tidak kiralah jika ia makanan laut atau sebaliknya pastikan ia bersih ya kerana ia akan menjejaskan kesihatan jika terdapat bakteria atau kekotoran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat

Baca juga:  Apa Jadi Pada Bayi Jika Ibu Hamil Tidak Menjaga Pemakanan?

Baca juga: 16 Buah Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bantu Perkembangan Bayi Yang Sihat & Tinggi Asid Folic

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 6 Jenis Ikan Tak Boleh Makan Ketika Hamil, Ibu-Ibu Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat

    Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat

  • Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

    Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat

    Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat

  • Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

    Bila Anak Disahkan G6PD, Ini Pantang Larang Pemakanan Yang Ibu WAJIB Patuhi & Elakkan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.