X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

JANGAN Beri Popcorn Pada Budak Bawah 5 Tahun! Kanak-Kanak Ini Jalani Pembedahan Lepas Alami Radang Paru-Paru

3 min bacaan
JANGAN Beri Popcorn Pada Budak Bawah 5 Tahun! Kanak-Kanak Ini Jalani Pembedahan Lepas Alami Radang Paru-Paru

Parents mesti lebih alert apabila memberi si kecil makanan yang boleh menyebabkannya tercekik hingga mengalami komplikasi serius yang kita tidak sangka dari awal!

Adakah anak anda suka makan popcorn? Atau adakah anda selalu memberi anak makan popcorn semasa menonton TV? 

Jika jawapan yang anda berikan adalah YA, maka anda harus lebih berhati-hati kerana ada satu kejadian buruk yang berlaku pada seorang kanak-kanak lelaki baru-baru ini gara-gara makan popcorn! 

Tercekik semasa anak makan popcorn 

makan popcorn, anak makan popcorn, kanak-kanak makan popcorn, popcorn, tercekik popcorn, tercekik, anak tercekik, anak tercekik popcorn, anak makan bertih jagung, kanak-kanak makan bertih jagung, si kecil makan popcorn, bagi anak makan popcorn

Insiden buruk ini dikongsi sendiri oleh ibu kanak-kanak tersebut, Nicole Johnson Goddbard di mana dia ingin berkongsi pengalaman yang dialami tentang kesan buruk makan popcorn yang boleh berlaku pada kanak-kanak. 

Pada malam Sabtu lepas, kami sekeluarga menonton filem sambil makan popcorn. Ia merupakan aktiviti yang kerap kami lakukan di rumah setiap hujung minggu. 

Saya juga memberikan anak kecil kami makan popcorn tanpa berfikir dua kali hingga dia tercekik sedikit tapi baik-baik saja selepas itu kerana dia tidak muntah dan saya menganggap mungkin dia terus telan. 

Kami lihat dia terus menonton filem itu bersama namun yang pelik dia kerap batuk selepas tercekik tadi. 

Akibat makan popcorn, batuk anak berbunyi aneh 

makan popcorn, anak makan popcorn, kanak-kanak makan popcorn, popcorn, tercekik popcorn, tercekik, anak tercekik, anak tercekik popcorn, anak makan bertih jagung, kanak-kanak makan bertih jagung, si kecil makan popcorn, bagi anak makan popcorn

Keesokannya, dia baik-baik saja, tetapi masih batuk berbunyi aneh yang sedikit membimbangkan saya.

Menjelang petang, saya nampak Nash seperti kepanasan dan kuat merengek. Rupanya dia demam lalu saya memberinya makan ubat dan meletaknya di katil bilik tidur. 

Malam itu saya rasa sangat panjang terutama apabila melihat pernafasan Nash yang kelihatan sedikit bekerja keras dan saya mulai panik. 

Terus hubungi doktor 

makan popcorn, anak makan popcorn, kanak-kanak makan popcorn, popcorn, tercekik popcorn, tercekik, anak tercekik, anak tercekik popcorn, anak makan bertih jagung, kanak-kanak makan bertih jagung, si kecil makan popcorn, bagi anak makan popcorn

Saya terus membawa Nash berjumpa Doktor Pediatrik Kanak-Kanak dan mereka meminta Nash dirawat segera! 

Nash dihantar ke wad kanak-kanak dan selepas dada di X-ray, doktor mahu melakukan pembedahan kecil yang dipanggil Bronchoscopy.

Tiba jam pukul 6, Nash dibawa ke bilik pembedahan dan masa itulah juga saya menangis sepanjang masa kerana terkenangkan anak lelaki saya yang sedang menjalani pembedahan.

Selepas selamat melakukan pembedahan, doktor mendapati popcorn yang tercekik tadi masuk ke dalam paru-parunya. Akibat itu, Nash mengalami radang paru-paru di sebelah kiri. Semasa pembedahan berlangsung, doktor berjaya keluarkan 6 biji popcorn tersebut. 

Doktor terpaksa melakukan pembedahan dan prosedur yang sama dua kali untuk memastikan Nash pulih sepenuhnya. Selesai pembedahan itu kami dibenarkan membawanya pulang. 

Jika saya tidak mempercayai naluri keibuan ini dan membawanya lambat ke hospital tentu keadaan Nash bertambah teruk. 

Kini, bersyukur anak lelaki saya  sihat sepenuhnya meskipun melalui fasa yang mencabar akibat makan popcorn. 

Malah kami juga diberitahu doktor untuk tidak memberikan popcorn pada anak di bawah umur lima tahun supaya dapat mengelak insiden ini berulang lagi. 

Tanda-tanda anak tercekik 

  • Sesak nafas secara tiba-tiba
  • Bunyi nafas tidak normal
  • Menggengam kerongkog 
  • Mulut dan bibir kebiru-biruan
  • Bernafas dengan cepat 
  • Lubang hidung kembang kempis bila bernafas 
  • Pengsan atau berhenti bernafas
  • Batuk berterusan 
  • Termengah-mengah 

Komplikasi anak tercekik 

  • Jangkitan paru-paru atau radang paru-paru 
  • Kerosakan otak kerana kurang oksigen 
  • Kematian akibat bengkak paru-paru atau kekurangan oksigen ke otak 

Langkah pencegahan 

  • Sediakan makanan dalam bentuk yang mudah dikunyah. 
  • Jangan benarkan anak makan ketika bermain.
  • Pastikan persekitaran rumah bebas dari objek berbahaya seperti duit syiling, pin, manik-manik dan sebagainya.
  • Elakkan beri anak makanan yang mudah tercekik seperti kacang dan popcorn
  • Elakkan permainan yang ada bahagian kecil yang mungkin anak tertelan dan tercekik. 
  • Ambil tahu bantuan kecemasan dan langkah yang perlu diambil jika anak tercekik benda asing.

*****

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memerhatikan anak-anak ketika makan supaya kes tercekik dapat dielakkan. Semogga artikel ini bermanfaat dan memberi pengajaran bersama buat kita semua. 

Suarakan pendapat anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Nicole Johnson Goddard, My Health

Baca juga 

Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • JANGAN Beri Popcorn Pada Budak Bawah 5 Tahun! Kanak-Kanak Ini Jalani Pembedahan Lepas Alami Radang Paru-Paru
Kongsikan:
  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham