Ketika berbadan dua, ibu-ibu pastinya akan dengar pelbagai pantang larang dan saranan daripada orang berpengalaman. Kalau tidak ikut, katanya badan akan sakit, bayi tidak sihat atau timbul masalah lain. Justeru tahukah anda kebanyakannya adalah mitos ibu hamil semata-mata?
Buat ibu mengandung kali pertama, anda mungkin rasa takut terlanggar pantang larang yang dikatakan oleh orang tua terutamanya ibu atau nenek. Paling bimbang bila ada yang kata ia boleh menganggu bayi dalam kandungan.
Mitos ibu hamil yang ramai ibu percaya
1. Morning sickness hanya berlaku pada waktu pagi
Semua ibu mengandung terkena ke? Sebenarnya tidak benar. Morning sickness ini dapat dihindari dengan cara kurangkan makanan berlemak, bergoreng dan makanan berunsurkan tajam.
Jadi tidak semua ibu mengandung akan mengalami mual dan muntah di awal kehamilan.
Bukan itu sahaja, meskipun namanya morning sickness, ia sebenarnya boleh menjejaskan wanita hamil sepanjang hari.
Kurang daripada 2% wanita hamil mengalami morning sickness hanya pada waktu pagi dan ada juga ibu berdepan alahan ketika petang atau malam.
Morning sickness biasanya bermula pada minggu keempat dan berakhir pada minggu ke-16.Oleh itu perbanyakkan ambil makanan seperti roti bakar atau biskut yang lebih berkhasiat.
2. Ibu perlu banyakkan berehat sepanjang waktu
Sekiranya ibu sihat dan cergas sepanjang kehamilan, tidak ada halangan untuk anda melakukan senaman. Tapi ia perlu dilakukan dengan pergerakan yang perlahan dan memadai untuk keluarkan peluh sedikit.
Untuk senaman mudah bersalin, anda boleh baca di sini. Tapi jika ibu rasa penat, usah memaksa diri. Berhenti lakukan senaman dan berehat secukupnya.
3. Preeclampsia bukan tekanan darah tinggi disebabkan hamil
Salah. Praeklampsia, atau gestational hypertension adalah tekanan darah tinggi disebabkan kehamilan.
Walaupun begitu, ibu tak perlu bimbang kerana bayi tetap dilahirkan sihat tapi ibu perlu jaga pemakanan dan lakukan pemeriksaan seperti mana yang ditetapkan oleh doktor.
4. Asid folik bukan satu-satunya vitamin yang perlu diambil sepanjang kehamilan
Ia adalah mitos ibu hamil. Apabila mengandung, badan memerlukan 400 hingga 800 mikrogram asid folic setiap hari. Jadi ibu hamil perlu mengambilnya sebagai rutin.
Kalau nak tahu, asid folic merupakan kelompok vitamin B yang membantu pertumbuhan otak anak dan tulang belakang.
5. Ibu hamil perlu makan 1000 kalori setiap hari.
Fakta dan contoh mitos kehamilan yang ini adalah penyataan yang salah. Walaupun sedang berbadan dua, ibu tidak perlu makan dengan banyak. Cukup sekadar 300 kalori setiap hari.
6. Berat badan ibu akan bertambah sebanyak 11 ke 13 kg
Salah kerana bagi setiap ibu hamil, kenaikan berat badan adalah berbeza-beza. Ia bergantung pada BMI ibu sebelum mengandung. Namun begitu, doktor dapat melihat tahap kesihatan ibu yang baik apabila berlakunya penambahan berat.
7. Hubungan seks dengan suami boleh bahayakan janin
Fakta dan mitos ibu hamil berkaitan hubungan seks bahayakan janin adalah salah kerana ia tetap boleh dilakukan.
Janin akan dilindungi uterus dan cairan air ketuban yang membuatnya selamat di dalam kandungan ibu. Untuk tahu dengan lebih lanjut, anda boleh seks ketika hamil.
8. Strech mark tidak dapat dihindari semasa berbadan dua
Stretch mark juga antara contoh mitos ibu mengandung. Menurut pakar dermatologist di Norwell, George Kroumpouzos hampir 90% wanita hamil mengalami stretch mark atau selulit.
Ia berlaku kerana pertambahan berat badan ibu ketika hamil. Bersenam yang teratur dan penggunaan lotion yang disapu setiap hari pada bahagian selulit akan membuatkannya beransur pulih.
9. Ibu mengandung tak boleh minum ais sebab bayi nanti besar
Tidak betul. Alasan ibu hamil minum ais boleh jadi bayi besar dan sukar untuk bersalin adalah mitos kehamilan sahaja. Yang tepat adalah kerana apabila minum ais ibu membakar lebih banyak kalori.
Sedangkan kalori itu diperlukan untuk stabilkan suhu ibu hamil. Jadi jika kalori dibakar terlalu banyak ia akan membuatkan ibu berasa penat dan hilang tenaga.
Selain itu, minum ais akan mengganggu serapan zat makanan ke dalam tubuh.
10. Makan kacang tanah dan tenusu punca bayi alergik
Mungkin ada yang menegah anda ambil kacang tanah kan? Ini merupakan salah satu mitos ibu hamil.
Sebenarnya ibu mengandung sangat digalakkan ambil kekacang dan produk tenusu seawal usia kehamilan mereka.
Namun jika anda sendiri ada alahan kepadanya atau doktor menasihati untuk tidak makan kacang, maka ikutilah bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi terjaga.
Terdapat beberapa makanan yang sebaiknya dielakkan semasa hamil kerana risiko dalam mikrob berbahaya tertentu. Ini termasuklah keju lembut, daging mentah atau ikan, telur mentah atau separuh masak.
11. Bentuk perut menentukan jantina bayi dalam kandungan
Dalam tradisi orang Melayu, ramai mengatakan bahawa bentuk perut ibu mengandung memboyot ke hadapan dan rendah tanda bayi lelaki.
Manakala jika perut berbentuk bulat dan tinggi, ibu berkemungkinan hamil anak perempuan. Sebenarnya imbasan ultrasound atau details scan boleh mendedahkan jantina bayi anda. Pastikan ibu minum air putih sejuk terlebih dahulu sebelum melakukan imbasan bagi memudahkan bayi tunjukkan jantinanya.
12. Pedih ulu hati bermaksud bayi memiliki rambut banyak
Satu kajian penyelidikan kecil menunjukkan mungkin ada kaitan antara mengalami pedih ulu hati semasa kehamilan dan ketebalan rambut bayi anda.
Walau bagaimanapun, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan.
13. Ibu mengandung tidak boleh bermain kucing
Ramai wanita cuba mengelak daripada bersentuhan dengan kucing semasa hamil kerana mereka pernah mendengar bahawa kucing boleh menyebabkan jangkitan.
Najis kucing boleh membawa toksoplasmosis, penyakit yang berpotensi berbahaya. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, seorang wanita hamil harus memakai sarung tangan untuk menukar sampah atau meminta orang lain melakukannya.
Wanita tidak perlu mengelakkan kucing semasa mengandung selagi mereka mengikuti langkah berjaga-jaga ini.
14. Ibu tidak boleh menjahit ketika mengandung
Salah satu mitos penyebab bibir sumbing adalah ibu menjahit ketika mengandung.
Sebenarnya, mitos ibu hamil ini tidak benar dan tidak boleh dipercayai. Memetik buku 99 Mitos Mengenai Kehamilan karya Yazid Subakti & Deri Rizki Angkai, bibir sumbing berlaku bukan kerana ibu menjahit semasa mengandung, tetapi kerana masalah perubatan yang dialami janin semasa dalam kandungan.
Sumbing bibir adalah kecacatan kongenital yang berlaku sejak proses pertumbuhan janin dalam kandungan. Keadaan ini berlaku apabila tisu di muka dan mulut bayi tidak bercantum dengan sempurna.
Kesimpulannya, adalah lebih baik anda merujuk pakar perubatan sekiranya terdapat sebarang keraguan sepanjang tempoh kehamilan.
Pantang larang ibu mengandung sememangnya ada banyak dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Sebagai ibu moden, mungkin anda rasa terganggu dan bimbang kan?
Justeru adalah lebih baik jaga kesihatan diri anda dan amalkan gaya hidup yang sihat bagi memastikan janin dapat berkembang dengan baik. Selain itu jangan malu untuk bertanyakan sebarang soalan dengan ibu-ibu yang lain di kumpulan Facebook ataupun komuniti theAsianparent Malaysia.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para ibu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ‘Terbabas’ Ketika Rancang Kehamilan Sendiri, Wanita Ini Redha Bersalin 2 Kali Setahun
Baca juga: Mitos Bersalin Yang Masih Ramai Buat, Tapi Sebenarnya Ia Boleh Bawa Mudarat!
Baca juga: 7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!