Bagi anda yang sedang menjalani program kehamilan, biasanya doktor akan meminta anda untuk menjaga berat badan. Apa sebenarnya kaitan antara berat badan dan peluang kehamilan? Benarkah bahawa wanita gemuk susah hamil?
Sebenarnya, belum ada penyelidikan berkaitan dengan perkara tersebut. Peluang kehamilan ditentukan oleh seberapa normal tempoh haid anda.
Namun mengikut kenyataan Pakar Perubatan, Dr. Zubaidi Hj Ahmad di dalam blog Dr. Zubaidi Hj Ahmad Menulis, memang wanita yang berbadan besar ada potensi untuk mengalami masalah kesukaran hamil.
Ini kerana berat badan yang berlebihan boleh mengakibatkan kesukaran dalam menghasilkan ovum oleh folikel yang matang dalam erti kata lain, tidak bertelur. Dalam terma perubatan ini diklasifikasikan sebagai tiada ovulasi.
Berlainan untuk and yang masih mengalami haid seperti biasa, atau boleh dikatakan kitaran haid normal. Jika tempoh haid anda sekitar setiap 28 hari, maka peluang anda untuk hamil masih terbuka lebar.
Wanita gemuk susah hamil kerana hormon yang tidak seimbang?
Perkara yang dikhuatirkan dari berat badan yang berlebih dan obesiti adalah adanya ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Keadaan ini membuat peluang hamil menjadi lebih kecil.
Beberapa wanita yang mengalami kelebihan berat badan mengalami polycystic ovarian syndrome (PCOS). Jika seorang wanita mengalami PCOS, ovumnya tidak dapat menghasilkan cukup hormon yang merangsang sel telur untuk matang dan keluar ke tiub fallopio.
Selain itu, keadaan PCOS juga membuat tubuh menghasilkan terlalu banyak hormon insulin. Hormon insulin ini seharusnya membantu tubuh dalam mengimbangkan gula di dalam darah.
Namun, jika insulin dalam tubuh terlalu banyak, ia akan membuat tubuh mengeluarkan hormon lelaki yang bernama androgen. Terlalu banyak hormon androgen di dalam tubuh wanita boleh mengganggu proses pembuahan dan menjadikannya sukar untuk hamil.
Kerana itulah, jaga selalu tabiat pemakanan dan kesihatan pasangan anda jika ingin melakukan program kehamilan.
Tips kurangkan berat badan
Sekiranya memang berat badan menjadi punca kesukaran anda untuk hamil, jadi cuba ambil inisiatif untuk mengurangkan berat. Hanya mulakan sesuatu yang lebih mudah tapi sama pentingnya, iaitu tidur dengan cukup serta senaman ringan.
Sememangnya wanita yang mempunyai PCOS agak sukar untuk diet kerana ia memberi efek kepada badan. Jadi lakukan senaman ringan dan tidur dengan cukup adalah solusi yang paling tepat.
Pakar pemakanan Lily Soutter menekankan sebarang senaman badan apabila dilakukan ketika kekurangan tidur akan menjadi kurang berkesan.
“Apabila anda tidur, tisu otot akan membaiki diri dan sel-sel dalam badan akan diperbaharui. Oleh itu, apabila seseorang kekurangan tidur otot-otot ini tidak akan membakar lemak dengan berkesan,” kata Soutter.
Sekiranya anda betul-betul ingin kekal sihat dan cergas, ia adalah lebih baik untuk mengutamakan tidur.
Mana yang lebih penting? Tidur atau senaman?
Sebenarnya kedua-duanya sangat penting, dan saling berkaitan, menurut Edward Laskowski, profesor perubatan di Mayo Clinic.
Tidur yang secukupnya adalah asas untuk kesihatan badan dan minda. Ia boleh memberi kesan kepada fungsi imun, mood, tenaga, selera makan, dan proses fisiologi yang lain.
Jika asas itu lemah, ini akan mempengaruhi fungsi-fungsi badan yang lain sehingga menjejaskan kesihatan anda.
Cuba tidur pada masa yang sama setiap malam dan tidur sekurang-kurangnya 7 jam. Anda boleh ubah sedikit masa tidur anda jika terpaksa, tetapi jangan terlalu jauh dari rutin tidur yang ditetapkan.
Apabila digabungkan dengan senaman minimum 2.5 jam seminggu, ini patut menolong anda untuk kurangkan berat badan dengan berkesan.
Selain itu cuba jaga juga pemakanan, jangan cuba diet yang drastik jika anda mempunyai masalah PCOS. Kawal pemakanan melalui kuantiti sahaja.
Amalkan pemakanan sihat, tidur yang cukup dapat meningkatkan peluang kehamilan untuk sesiapa saja, bukan tertakluk hanya kepada wanita gemuk. Siapa-siapa sahaja perlu amalkan gaya hidup lebih sihat tanpa mengira saiz badan.
Jangan mudah berputus asa ya, cuba lagi untuk mendapatkan zuriat. Semoga berjaya!
Sumber: Dr. Zubaidi Menulis
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Cara Untuk Hamil, Dengan Cara Mudah Hamil Ini, InsyaAllah Berkesan!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!