theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Ibu Hamil GDM Cepat Rasa Lapar, Doktor Ini Kongsikan Tips Buat Anda Kenyang!

4 min bacaan
•••
Ibu Hamil GDM Cepat Rasa Lapar, Doktor Ini Kongsikan Tips Buat Anda Kenyang!Ibu Hamil GDM Cepat Rasa Lapar, Doktor Ini Kongsikan Tips Buat Anda Kenyang!

Apabila hamil, rasa lapar memang biasa. Tapi bila ibu ada GDM risau pula nak makan. Jadi kami kongsikan tips doktor untuk ibu hamil yang memerlukan.

Diabetes ketika hamil memang merunsingkan ibu yang berbadan dua. Apa tidaknya nak makan pun jadi takut. Ibu GDM selalu mengadu rasa lapar, tapi takut nak makan kerana bimbang kadar gula dalam darah naik.

Jadi kali ini kami kongsikan tips diberikan doktor, Dr Imelda Balchin bagaimana untuk atasi rasa lapar ibu GDM tetapi tidak memberi kesan ketara kepada peningkatan kadar kandungan gula dalam darah.

Jadi ibu hamil yang ada GDM tidak perlu lagi khuatir lepas ini dengan rasa lapar anda kerana ada cara bagaimana pastikan anda masih kenyang tetapi gula dalam darah sentiasa terkawal.

Rasa lapar ibu hamil ada GDM boleh diatasi dengan cara ini

Manfaat Telur Untuk Ibu Hamil

Kredit: enfagrow

Persoalannya di sini, adakah ibu hamil yang ada GDM ini perlu tahan rasa lapar dan biarkan saja perut terus rasa kosong kerana bimbang kadar kandungan gula dalam darah meningkat?

Menurut Dr Imelda, makanlah, jangan biarkan perut anda rasa lapar kerana besar kemungkinan ia boleh sebabkan anda jadi tidak bertenaga untuk melakukan apa pun.

Katanya, ramai ibu hamil yang ada GDM mengadu cepat rasa lapar, tetapi takut nak makan kerana takut tidak dapat kawal gula. Menurut Dr Imelda, jika lapar makan saja. Jangan tahan dan jangan duduk dalam kelaparan.

Cuma apa yang penting adalah pilih betul-betul apa yang anda makan kerana jika salah makan memang naiklah angka gula anda. 

#1. Pilih makanan kurang kalori

Rasa lapar

Kredit: alodokter

Dari dok makan roti canai cicah kari ayam, lebih baik pilih lah makan roti capatti atau wholemeal wrap cicah kari ayam. Sebabnya ialah sekeping roti canai kosong itu kalorinya tiga kali ganda lagi tinggi dari sekeping roti capatti.

Dah lah roti canai kosong tu tiga kali ganda kalori lebih tinggi, selepas dah makan tu akan lapar balik dengan cepat juga. Serupa jugalah apa yang anda makan pun, selepas tu akan rasa lapar balik juga. Kan orang yang bawa anak, ramai yang selalu cepat lapar je. Makan je. Tapi pilih yang kurang kalori.

Dari dok makan mee goreng mamak, lebih baik pilihlah makan mee sup. Kalori dalam mee goreng mamak tu dua kali ganda lagi tinggi dari kalori kat dalam mee sup. Selepas dah telan mee goreng mamak ke, mee sup ke, akan lapar balik juga kaaaan. Baik makan yang kurang kalori.

#2. Makan makanan tinggi serat

Rasa lapar

Kredit: ceriasihat

Dari minum jus, lebih baik pilihlah makan buah segar semulajadi. Berapa banyak kalori dalam sebiji buah epal? Jawapannya hanya 40 kalori. Berapa banyak buah epal yang anda perlu untuk membuat segelas jus epal? Jawapannya ialah 4 biji buah epal.

Itu 160 kalori sekali teguk dan tak kenyang pun jus epal tu. Cuba makan 4 biji buah epal. Sanggup ke makan 4 biji buah epal? Tak sanggup.

Terlalu mengenyangkan sampai senak perut. Makan dua biji buah epal pun dah kenyang, tahan perut lebih lama, kurang kalori…..dan sebagai bonus…lebih senang nak membuang selepas tu.  Untuk ibu hamil, tiada sembelit tu membahagiakan. Itu sangat penting.

#3. Aktiviti fizikal berimpak rendah

Dan jangan lupa aktiviti fizikal berimpak rendah. Impak rendah tu maknanya bukan aktiviti melompat dan bukan aktiviti berlari.

Banyakkan berjalan, stretching exercises, kayuh basikal yang pegun (stationary bike), yoga, pilates, zumba, swimming, bukan duduk saja setiap hari.

Jadi ibu hamil yang ada GDM jika rasa lapar, boleh saja makan. Jangan biarkan perut anda kelaparan dan rahsianya pilihlah makanan yang kurang kalori dan tinggi serat seperti roti gandum penuh, sayur, ulam-ulaman dan buah-buahan segar.

Menurut Dr Imelda, GDM ibu hamil boleh dikawal dengan syarat makanlah makanan yang sihat untuk atasi rasa lapar anda. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Imelda Balchin

Baca juga: Kerap Lapar Ketika Hamil Itu Normal! Tapi, Makanan Apa Yang Bagus Untuk Kandungan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Hamil GDM Cepat Rasa Lapar, Doktor Ini Kongsikan Tips Buat Anda Kenyang!
Kongsikan:
•••
  • Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

    Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

  • 3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

    3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

  • Ambil Tahu! Bahaya Tumpah Darah Selepas Bersalin, Ibu Berisiko Tinggi Kehilangan Nyawa

    Ambil Tahu! Bahaya Tumpah Darah Selepas Bersalin, Ibu Berisiko Tinggi Kehilangan Nyawa

app info
get app banner
  • Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

    Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

  • 3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

    3 Kaedah Perancang Keluarga Yang Tak Naikkan BERAT BADAN, Takdalah Ibu Risau Lagi!

  • Ambil Tahu! Bahaya Tumpah Darah Selepas Bersalin, Ibu Berisiko Tinggi Kehilangan Nyawa

    Ambil Tahu! Bahaya Tumpah Darah Selepas Bersalin, Ibu Berisiko Tinggi Kehilangan Nyawa

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Garis Panduan Komuniti
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi