X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sebelum Beri Anak Hisap Puting Kosong, Ibu Pastikan Ikut 7 Persediaan Penting Ini

4 min bacaan
Sebelum Beri Anak Hisap Puting Kosong, Ibu Pastikan Ikut 7 Persediaan Penting Ini

Puting kosong bagus untuk menenangkan bayi. Tapi jika anda terlebih awal memberinya, bayi akan keliru dan tidak mahu melepaskan puting lagi.

Biasanya, ibu akan menggunakan puting kosong untuk menenangkan si manja meragam dan menangis. Namun, ada sesetengah ibu tidak bersetuju dengan penggunaannya. Sebenarnya, patut atau tidak memberi puting pada bayi?

Tiada bukti jelas yang menyatakan puting mengganggu kesihatan bayi secara langsung. Tapi, pakar perubatan runsing tentang kesan apabila memberi puting terlalu awal kepada bayi.

Penggunaan puting kosong kepada bayi

bayi hisap puting

credit to sources

Puting kosong adalah alat penenang yang diperkenalkan oleh Joaquin Martinez bagi menangani masalah kebanyakan ibu yang tidak dapat tidur kerana bayi meragam. Alat ini selamat untuk dihisap oleh bayi kerana ia dibuat dari silikon atau getah standard.

Kebiasaannya, ibu akan memberi puting apabila bayi mereka berusia dua atau tiga bulan. Perbuatan ini salah, lebih-lebih lagi jika anda memberi susu badan! Ia kerana bayi akan mengalami masalah keliru puting.

Keliru puting terjadi apabila bayi yang baru lahir, diberi susu badan malah diperkenalkan dengan puting botol atau puting kosong secara serentak. Selalunya, hal ini terjadi kerana ibu kurang susu, ingin berhenti menyusu atau mengepam susu badan ke dalam botol.

Maka bayi akan lebih suka puting botol atau puting kosong daripada menghisap susu badan. Anda tahu betapa penting susu badan untuk perkembangan bayi anda, bukan?

Jadi, untuk mengelak si manja anda mengalami keliru puting — kurangkan penggunaan puting kosong/puting botol ketika bayi masih menyusu badan. Hentikan penggunaannya bila bayi semakin membesar (dalam 6 bulan hingga setahun).

Kebaikan dan keburukan pemberian puting kosong terhadap bayi

puting kosong

Selain mengalami masalah keliru puting, bayi juga cenderung sukar untuk “melepaskan” puting setelah biasa dengannya. Akibatnya pertumbuhan gigi yang tidak sekata/jongang. Selain itu, bayi juga terbuka untuk memiliki masalah pertuturan kerana mereka tidak dapat membina kemahiran bahasa.

Professor Steve Field dari Royal College of GPs, United Kingdom memberitahu ada bukti kajian yang menunjukkan kesan pemberian puting dengan jangkitan kuman pada telinga bayi.

Akan tetapi, puting kosong juga membawa beberapa faedah seperti:

  • Menenangkan bayi yang menangis
  • Menghisap puting membantu bayi pramatang untuk membiasakan diri beralih daripada tiub kepada penyusuan botol.
  • Memberi perlindungan daripada SIDS (sudden infant death)

Ternyata pemberian puting kosong ada keburukan dan kebaikan yang tersendiri. Oleh itu, tiada siapa yang akan menghukum keputusan anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, apa yang penting adalah persediaan. Mari pastikan anda bersedia!

Persediaan sebelum memperkenalkan puting kepada bayi

Jika ibu ingin memberikan puting kosong pada si manja, pastikan anda:

  • Guna puting ortodontik;
  • Bersihkan puting selalu — steril macam puting botol
  • Ganti puting kosong dengan kerap — jangan ada lubang, retak atau pecah, nanti kuman boleh bertakung!
  • Jangan salut puting dengan makanan manis;
  • Cuba hadkan penggunaan puting — hanya bila bayi menangis;
  • Jangan beri puting secara tiba-tiba. Tunggu hingga bayi anda minta;
  • Cuba pisahkan bayi dari puting sebelum usia satu tahun.

Tips sekiranya bayi tidak mahu lepaskan puting kosong

anak hisap puting

credit to sources

Ini masalah yang sering terjadi bila bayi anda sudah biasa menghisap puting kosong. Mereka tidak mahu melepaskan puting itu!

Jika anda sudah cuba pelbagai cara untuk memisahkan puting daripada anak, mari cuba idea-idea baru ini pula. Mana tahu ada yang berkesan.

  1. Kurangkan masa anak anda boleh guna puting
  2. Hadkan penggunaan puting pada masa tertentu saja. Bertegas!
  3. Beri ganjaran jika mereka melepaskan puting. Tapi jangan beri gula-gula! Cuba buat aktiviti menark ke…
  4. Tunjukkan model kanak-kanak lain yang tidak guna puting lagi. Mereka akan rasa lebih tua.
  5. Yakinkan mereka untuk melepaskan puting.

Jika anda tidak pasti bila waktu yang sesuai untuk berhenti menyusu si manja anda, sila rujuk artikel ini.

Sumber: Wikipedia, Nipple Confusion, Mayo Clinic

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bersihkan Puting Bayi Dengan Air Liur Anda Boleh Cegah Alergi!-Kajian

Baca juga: 7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

Baca juga: Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Sebelum Beri Anak Hisap Puting Kosong, Ibu Pastikan Ikut 7 Persediaan Penting Ini
Kongsikan:
  • Bayi Lelaki 16 Bulan Mati Terjerut Tali Puting Semasa Menghisapnya, Parent Harus Lebih Berhati-Hati

    Bayi Lelaki 16 Bulan Mati Terjerut Tali Puting Semasa Menghisapnya, Parent Harus Lebih Berhati-Hati

  • Ini Mengapa Ibu Perlu Beri Anak Bubur Nasi Kosong Seawal 6 Bulan!

    Ini Mengapa Ibu Perlu Beri Anak Bubur Nasi Kosong Seawal 6 Bulan!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Bayi Lelaki 16 Bulan Mati Terjerut Tali Puting Semasa Menghisapnya, Parent Harus Lebih Berhati-Hati

    Bayi Lelaki 16 Bulan Mati Terjerut Tali Puting Semasa Menghisapnya, Parent Harus Lebih Berhati-Hati

  • Ini Mengapa Ibu Perlu Beri Anak Bubur Nasi Kosong Seawal 6 Bulan!

    Ini Mengapa Ibu Perlu Beri Anak Bubur Nasi Kosong Seawal 6 Bulan!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.