X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca

5 min bacaan
Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB BacaAnak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca

Menyua puting adalah cara yang bagus untuk menenangkan anak anda, hinggalah dia tidak mahu berhenti. Jadi, bagaimana hendak tangani isu ini?

Walaupun selepas menyusu, anak masih menangis dan mengamuk. Apa lagi yang tidak kena? Tidur tak mahu, perut pun dah kenyang dan lampin pun masih bersih! Jadi kenapa anak mengamuk? Adakah puting jawapannya?

Anak Masih Menggunakan Puting — Bila Hendak Berhentikan Anak Dari Memuting dan Bagaimana?

Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca

Salah satu sebab anak lebih mudah bertenang apabila disua puting ialah kerana ia mengingatkan anak anda tentang perasaan berada di dalam rahim. Walaupun memuting ialah satu cara yang bagus untuk anak bertenang (dan anda mendapat ketenangan), ia juga boleh membawa kesan buruk. Tetapi, bagaimana hendak putuskan anak dari puting?

Apabila berdepan dengan situasi ini, kebanyakan ibu bapa lebih suka memilih untuk memperkenalkan puting atau pacifier kepada anak mereka. Sejak azali lagi, kalau seorang bayi diberikan puting, pasti mereka akan bertenang dan tidur lena sepanjang malam dengan pengeculian terhadap bayi yang tak lut dengan puting.

Tetapi, ada juga ibu bapa yang tidak gemar memperkenalkan puting kepada anak-anak mereka oleh sebab mereka risau bahawa tantrum atau amukan anak akan lebih teruk apabila tidak lagi memuting. Jangan risau, setiap permulaan pasti ada pengakhiran (#mendalam). Mungkin selepas anda tahu kebaikan-kebaikan memuting, anda akan terpukul untuk membeli satu sebagai percubaan.

Kebaikan Memuting Kepada Anak

Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca

Sumber gambar: The Pregistry

 

Percaya atau tidak, kuasa memuting ini lebih hebat dari yang dijangka. Ia dapat merendahkan kadar degupan jantung yang terlalu tinggi, tekanan darah dan juga kadar stres dalam bayi (dan ibu ayah bayi tersebut!). Ia juga dapat mengurangkan tangisan anak selepas mendapat suntikan vaksin atau pemeriksaan darah. 

Bayi anda juga sudah mempunyai keupayaan menghisap sejak dalam rahim lagi, tau? Keupayaan ini sangat penting dalam menjamin kelangsungan hidup bayi tersebut. Bayangkan jika anak anda lahir tanpa keupayaan untuk menghisap? Bagaimana dia hendak minum susu yang disuap ibu, baik dari badan atau dari botol? Jadi, tabiat memuting bagus untuk memberi bayi anda perasaan biasa terhadap perkara yang menjamin kelangsungan hidup mereka.

Selain itu, terdapat banyak lagi kebaikan memuting seperti: membantu anak tidur dengan lebih mudah kerana perasaan yang biasa mereka dapat ketika menghisap susu, menenangkan bayi ketika berada dalam kapal terbang dan yang paling penting, mengurangkan risiko sudden infant death syndrome (SIDS).

Tetapi, pilihan untuk menggunakan puting—atau tidak—akhirnya bergantung kepada ibu bapa bayi tersebut juga. Jika mereka memilih untuk menenangkan anak dengan cara mereka, dan ia menjadi, apa salahnya, kan?

Jadi, kepada ibu bapa yang memilih untuk mulakan tabiat memuting pada bayi mereka (anda perlu juga tahu persediaan sebelum memperkenalkan puting pada bayi anda!) dan kini memilih untuk memutuskan mereka, soalan yang acap kali anda tanya pada diri sendiri, dan mungkin yang lebih berpengalam ialah: “Bila waktu yang sesuai dan macam mana saya nak bagi anak berhenti hisap puting?”

Bila Untuk Berhenti?

Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca

Sumber gambar: Breastfeeding Support

 

Menurut The American Academy of Pediatrics dan The American Academy of Family Physicians, kedua-duanya berpendapat bahawa ibu bapa perlu mengehadkan atau memutuskan anak dari hisap puting ketika anak mula menginjak 6 bulan untuk mengelakkan risiko jangkitan di telinga.

Anda mungkin fikir, “Apa kena mengena puting dan telinga?” Walaupun kaitannya masih tidak diketahui, tetapi para penyelidik dari Finland mendapati bahawa bayi yang kerap menggunakan puting lebih mudah dijangkiti dengan otitis media atau radang di tengah telinga.

Walaupun bagaimanapun, otitis ini tidak merbahaya tetapi ia boleh menjadi sangat menyakitkan bagi seorang anak kecil.

Jika anak anda masih tidak bersedia untuk berpisah dengan puting kesayangan mereka, berikan mereka masa. Kebanyakan kanak-kanak akan bersedia untuk berhenti memuting sekitar usia 2 hingga 4 tahun.

Tambahan pula, jika mereka masih menghisap puting hingga ke alam pra-sekolah. Ketika mereka hadir ke sekolah dan melihat tiada rakan sebayanya yang masih lagi menggunakan puting, pasti dia sendiri pun akan berhenti. Kanak-kanak bukan sahaja mudah terpengaruh, malah mereka juga tidak suka berasa terasing.

Cara Menangani Tantrum Anak Berhenti Puting

Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca

Sumber gambar: Winnie

Namun begitu, jika anda mahu anak berhenti memuting segera, anda perlu bersedia dengan tangisan mereka. Bagi sesetengah kanak-kanak, walaupun agak lucu bagi kita, puting mereka adalah kawan baik mereka. Puting merekalah yang memberi mereka ketenangan dan keselesaan.

Bayangkan jika kawan baik kita sendiri yang kita dah selesa bersama mereka dan telah acap kali memberi kita pujukan apabila kita sedang sedih atau marah dirampas dari kita, dan kita tidak boleh lagi berjumpa atau bercakap dengan mereka? Tentulah teruk rasanya.

Begitu juga dengan anak kita. Perlahan-lahan galakkan mereka berhenti dari menggunakan puting, dengan menghadkan penggunaan tersebut hanya ketika waktu tidur petang atau malam. Jika anak anda tersedar, cepat-cepatlah gosokkan atau dodoinya untuk tidur semula.

Yang penting, jangan terlalu memaksa! Biarkan anak anda bersedia untuk berhenti dengan sendiri. Fahami emosi anak anda, dan berikan mereka ruang. Pada waktu ini, anda masih boleh memujuk mereka dengan pelbagai tips dan cara untuk menggalakkan mereka berhenti menggunakan puting.

Selamat mencuba!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Untuk Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Anak Masih Menggunakan Puting? Bila Masa Untuk Berhenti? Ibu WAJIB Baca
Kongsikan:
  • Bersihkan Puting Bayi Dengan Air Liur Anda Boleh Cegah Alergi! - Kajian

    Bersihkan Puting Bayi Dengan Air Liur Anda Boleh Cegah Alergi! - Kajian

  • 7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

    7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Bersihkan Puting Bayi Dengan Air Liur Anda Boleh Cegah Alergi! - Kajian

    Bersihkan Puting Bayi Dengan Air Liur Anda Boleh Cegah Alergi! - Kajian

  • 7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

    7 Jenama Puting Bayi Yang Terbaik Di Malaysia, Mana Satu Secocok Dengan Anak Anda?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.