TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Demi Bertahan Hidup, Bayi Perlukan RM6 Juta Untuk Dapatkan Rawatan Termahal Di Dunia

29 Aug, 2022
Demi Bertahan Hidup, Bayi Perlukan RM6 Juta Untuk Dapatkan Rawatan Termahal Di Dunia

Kos rawatan hospital menelan perbelanjaan agak tinggi bagi penyakit jarang berlaku. Bayi dari Singapura memerlukan sumbangan RM6 juta

Tiada ibu ayah yang sanggup melihat anak berada dalam kesakitan. Sebolehnya ingin sahaja menggantikan tempat mereka dan berusaha memastikan keadaan kembali sihat seperti kanak-kanak yang lain meskipun menelan kos rawatan agak tinggi.

Begitulah ujian yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Nabeel Salim Abdat dan Syahirah Yakub apabila anaknya yang baru berusia 1 bulan kini bertarung nyawa di ICU.

Kos rawatan bayi RM6 juta, ibu bapa perlukan sumbangan orang ramai

baby zayn

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Mediacorp, bayi comel bernama Zayn Nabeel Abdat berusia dua bulan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Nasional (NUH).

Difahamkan pada usia 5 minggu, Zayn telah didiagnosis dengan Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 – penyakit neuromuskular genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah.

Dia memerlukan sebanyak dua juta dolar Singapura atau bersamaan RM6.4 juta disebabkan oleh masalah paru-parunya mengecil sehingga berdepan kesukaran bernafas.

Dalam tempoh seminggu, lebih 1.1juta dolar Singapura telah berjaya dikumpul menerusi sumbangan orang ramai bagi membolehkan Zayn menjalani rawatan termahal di dunia.

Sekiranya dia berjaya mengumpul sebanyak tiga juta dolar Singapura, Zayn mungkin akan menjadi kanak-kanak kedua di Singapura yang berjaya menjalani terapi gen. Ia dikenali sebagai Zolgensma bagi Spinal Muscular Atrophy (SMA).

”Kami telah dimaklumkan oleh doktor bahawa rawatan yang tersedia untuk Zayn ialah Zolgensma, satu dos yang menelan kos hampir SGD 3 juta dan merupakan terapi gen preskripsi yang digunakan untuk merawat kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun dengan Spinal Muscular Atrophy (SMA) dan Risdiplam, ubat dos harian yang berharga SGD 15,167.50 sebotol (yang tahan 64 hari),” jelas pasangan berkenaan.

Penyakit yang menjejaskan pergerakan otot

kos hospital termahal dunia

Pesakit yang menghidap SMA akan kehilangan jenis sel saraf tertentu dalam saraf tunjang yang dipanggil neuron motor yang mengawal pergerakan otot.

Tanpa neuron motor ini, otot tidak akan dapat menerima isyarat saraf yang membuatkan otot bergerak.

SMA Jenis 1 – Gejalanya muncul semasa lahir atau dalam enam bulan pertama kehidupan bayi. Bayi dengan SMA Jenis 1 mengalami kesukaran menelan dan menghisap.

Mereka tidak mencapai pencapaian biasa seperti mengangkat kepala atau duduk. Apabila otot terus lemah, kanak-kanak menjadi lebih terdedah kepada jangkitan pernafasan dan paru-paru terhenti.

Keadaan ini sekaligus boleh membuatkan Zayn perlahan-lahan hilang keupayaan untuk bergerak dan menghirup udara kerana bernafas juga memerlukan pergerakan otot.

Masalah penyakit yang dialami Zayn ini hanya boleh dirawat dengan terapi gen sahaja. Rawatan itu mampu menghalang keadaan pesakit daripada menjadi semakin buruk.

Namun hal yang menjadi sukar apabila kos rawatannya mencecah tiga juta dolar Singapura. Jika dia tidak menjalani rawatan terapi gen ini, Zayn mungkin tidak mampu bertahan lebih daripada dua tahun.

Ibu ayah menaruh harapan untuk selamatkan anak

Disebabkan itu, ibu ayahnya telah melancarkan kempen untuk mengumpul dana daripada orang ramai.

”Setiap ibu ayah ingin melihat anak mereka membesar dengan sihat. Meskipun keadaan Zayn sekarang seperti itu, kami masih meletakkan harapan untuk dicapai,” jelas Nabeel yang berusia 30 tahun.

Tambah isterinya pula, selagi bayi masih bernafas, mereka akan berjuang untuknya.

baby zayn sumbangan

”Melihat keadaan semasa Zayn, kami berhadapan dengan keputusan yang sukar dengan perlu meneruskan rawatan sementara Risdiplam sambil berusaha ke arah mengumpul dana yang mencukupi untuk rawatan Zolgensma.

Walaupun jumlah SGD 3 juta adalah begitu besar, kami berharap dapat berusaha ke arah itu kerana ia memberikan anak kami peluang terbaik untuk terus hidup dan membesar.” jelasnya.

Sebelum Zayn, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menarik perhatian ramai kerana mengalami masalah kesihatan serupa. Nasib menyebelahi kanak-kanak tersebut apabila dia berjaya mengumpul dana berjumlah sekitar $2.8 juta dalam tempoh 10 hari sahaja.

Setelah menjalani Zolgensma, Devdan Devaraj, kini sudahpun boleh berdiri dan berjalan dengan hanya memerlukan sedikit bantuan.

Seorang lagi ibu juga pernah cuba mengumpul dana bagi jumlah setinggi S$3 juta setelah anaknya disahkan menghidapi SMA. 

Rayyan Qush yang ketika itu berusia sekitar setahun malangnya meninggal dunia dalam tidur ketika kempen mengumpul derma masih dijalankan. 

Sememangnya pahit untuk menerima sebuah ujian begitu besar pada bayi yang masih kecil. Namun selagi masih ada peluang untuk cuba menyelamatkannya, ibu ayah pasti akan berjuang habis-habisan.

Bagi anda yang ingin membuat sumbangan untuk sama-sama membantu Zayn, boleh terus tekan disini atau ikuti di Instagram untuk melihat perkembangan terbaharunya.

Berita Mediacorp

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sunat Bayi Perempuan Disaran Buat Lebih Awal, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh

Baca juga: Remaja 14 Tahun Larikan Bayi Yang Dijaga Nenek, Naik Van Putih Untuk Dijual Ke Thailand

Baca juga: ”Masa Bawa Check Kuning, Ramai Orang Ingat Anak,” Nenek Muda 35 Tahun Viral Timang Cucu Pertama

Stories Rakan Kongsi
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Achieve Better Lactation Results with Philips Avent Breast Pumps
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong
Aktiviti Luar Yang Mesra Keluarga di Hong Kong

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Demi Bertahan Hidup, Bayi Perlukan RM6 Juta Untuk Dapatkan Rawatan Termahal Di Dunia
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham