TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 Kesakitan Yang Biasa Dialami Ibu Lepas Bersalin, Wajib Baca! Penting Persediaan Mental & Fizikal

4 min bacaan
5 Kesakitan Yang Biasa Dialami Ibu Lepas Bersalin, Wajib Baca! Penting Persediaan Mental & Fizikal

Episod lepas bersalin antara episod menduga yang mungkin dialami ibu lepas bersalin. Ini antara kesakitan yang mungkin dialami.

Bersalin adalah suatu proses yang dikatakan ibarat hidup dan mati. Kesakitannya hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang tahu. Namun, ibu lepas bersalin ini sangat kuat orangnya.

Malah ada yang sanggup berkali-kali berjuang melahirkan anak. Namun, tidak kurang juga yang mengalami trauma selepas bersalin mungkin kerana terpaksa mengalami beberapa episod kesakitan selepas itu.

Jadi untuk bersedia mental dan fizikal, kali ini kami kongsikan lima kesakitan yang biasa dialami ibu lepas bersalin. 

Ibu lepas bersalin biasa alami 5 jenis kesakitan ini

Kesakitan bersalin dan pengalaman bersalin setiap wanira adalah berbeza. Ada yang diuji dengan kesakitan berhari-hari lamanya, dan ada juga yang sakit saja beberapa minit terus melahirkan anak.

Ada juga yang terpaksa mengambil bantuan untuk bersalin termasuklah induce, vacuum, forcep dan sebagainya. Walaupun dengan bantuan, tapi masih ada yang sukar betul untuk jalannya terbuka.

Lain pula cerita yang terpaksa emergency caesar. Lain pula ceritanya. Sudhlah sudah menanggung sakit di bahagian bawah, perlu dibedah pula.

Cerita-cerita begini antara cerita yang mungkin sering didengar mengenai wanita yang bersalin. Ia mungkin juga mendatangkan trauma kepada mereka yang mengalaminya. 

Mudahkanlah urusan ibu bersalin, jangan bebankan meraka

Jadi, setelah melalui episod trauma ini, memang ada wanita yang akan serik dan tidak mahu mengalaminya lagi. Tetapi bukan setakat itu, episod selepas bersalin lain pula ceritanya. 

Ini antara lima kesakitan yang biasa dialami oleh ibu lepas bersalin:

#1. Kesakitan buang air besar lepas bersalin

 Ibu Lepas Bersalin

Ini memang paling trauma. Ada yang sanggup sampai seminggu tidak buang air besar. Ramai ibu yang ketakutan dan trauma bila kali pertama nak membuang.

Bukan risau apa, risau jahitan terbuka semula kalau salah meneran! Biasanya hospital akan bekalkan ubat pelembut najis untuk melancarkan penghadaman.

Jadi anda boleh beli jika kehabisan stok. Selain itu makanlah buah-buahan supaya anda mudah lawas untuk menggalakkan usus bekerja dengan lebih aktif. 

#2. Bengkak susu

 Ibu Lepas Bersalin

Berdenyut-denyut! Ini yang ibu akan rasa. Sakitnya lebih teruk daripada kita rasa payudara penuh ketika haid dan mengandung. Ketika ini payudara ibu akan jadi bengkak, keras dan tegang.

Sentuh sikit pun sudah sakit, inikan pula jika beri bayi hisap. Memang betul-betul menguji kesabaran. Ada ibu yang siap demam lagi. 

Jadi bila anda kena bengkak susu pastikan anda tuam terlebih dahulu payudara dengan ais, dan tuala panas.

Selepas itu minta suami urut, dari belakang sehingga payudaranya. Jangan skip mengepam dan beri susu pada anak. Penyusuan perlu kerap setiap 2 jam.

#3. Emosi turun naik

Ini memang biasa berlaku. Dengan bayi kuat meragam. Tidak mahu tidur pada waktu malam, ini yang ibu lepas bersalin mungkin alami. Ketika ini memang sangat menguji kesabaran.

Anda akan berperang dengan emosi. Ia juga dinamakan baby blues. Setiap ibu pasti mengalaminya. Bukan mudah untuk membiasakan keadaan bila lahirnya anak.

Bermacam-macam ibu fikir, nak jaga luka bersalin lagi, nak jaga bayi lagi, kurang tidur lagi sebab berjaga menyusukan anak. Ada ibu yang sampai kemurungan sebab terlalu stres bila tak dapat nak bahagikan masa dengan betul. 

#4. Pergelangan tangan sakit

 Ibu Lepas Bersalin

Rasa dia macam sengal-sengal mencucuk-cucuk di bahagian pergelangan tangan. Nak kata cramp bukan, nak kata kena gout pun bukan. Ini biasa dialami oleh ibu- ibu selepas bersalin. Tapi memang sakit!

Ia disebut DeQuervain’s tenosynovitis iaitu sindrom yang disebabkan oleh keradangan pada tendon di ibu jari, ia sering dikaitkan dengan simptom selepas bersalin dan ia kadangkala turut digelar ‘new mom’s syndrome’ atau ‘Mommy Thumb’.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Rasa sakit pada pergelangan tangan, terutamanya ketika menggerakkan ibu jari atau mendukung bayi.

Punca DeQuervain’s Tenosynovitis, sebab turun naik atau pengumpulan cecair dalam tubuh sewaktu mengandung. Mengendong anak terlalu lama juga menjadi puncanya.

1. Jangan terlalu kerap mengendong bayi, gunakan baby carrier atau stroller untuk memudahkan anda bawa bayi ke mana-mana.
2. Bila sakit datang, boleh tuam ais perlahan-lahan pada bahagian yg sakit.
3. Elakkan tidur berbantalkan lengan atau pergelangan tangan.
4. Buat senaman pergelangan tangan untuk melancarkan darah dan otot tidak tegang.
5. Jika tidak tahan, boleh jumpa doktor dengan kadar segera dan ada suntikan yang akan diberikan.

#5. Kesakitan bersama dengan suami

Ya. Ini antara trauma yang akan dialami. Takut dan trauma itu memang datang seiring. Cuba berbincang dengan suami jika anada masih tidak bersedia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Dah Terjatuh Dalam Tandas! Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil & Bersalin Mengejut

Baca juga: 72% Wanita Takut Bersama Suami Selepas Bersalin – Adakah Anda Juga?

Baca juga: Wanita Pendek @ Kecil Tak Boleh Bersalin Normal, Betul Ke Kenyataan Ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 5 Kesakitan Yang Biasa Dialami Ibu Lepas Bersalin, Wajib Baca! Penting Persediaan Mental & Fizikal
Kongsikan:
  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham