TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi Dah Terjatuh Dalam Tandas! Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil & Bersalin Mengejut

8 Apr, 2021
Bayi Dah Terjatuh Dalam Tandas! Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil & Bersalin Mengejut

Wanita bersalin normal dalam tandas kerana pada mulanya menyangka sakit akibat batu karang. Ketika membuang, barulah menyedari ada ketulan besar yang keluar

Tidak semua ibu akan mengalami beberapa gejala awal kehamilan sehingga tidak menyedari ada ‘penghuni’ di dalam rahimnya. Seperti kisah yang berlaku di luar negara ini, wanita bersalin normal dengan begitu mudah ketika dia menggunakan tandas.

Siapa sangka dia sendiri tidak menyedari bahawa selama ini dirinya mengandung dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Kisah wanita bersalin normal dalam tandas

bersalin dalam tandas

credit to sources

Menurut laporan oleh Metro UK, seorang wanita di Boston secara tidak sengaja telah melahirkan seorang bayi ketika dia menggunakan tandas. Kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh wanita berkenaan tidak tahu dirinya hamil sehinggalah dia mengalami kesakitan terlampau dan membuat keputusan untuk ke tandas.

Pada mulanya, dia menyangka ia hanyalah sakit akibat masalah batu karang. Wanita berkenaan berasa lega selepas dapat duduk di atas mangkuk dan dan membuang ‘sesuatu’ daripada tubuhnya.

”Setelah keluar, saya toleh ke dalam tandas dan tidak tahu itu sebenarnya apa. Saya menyangka telah kehilangan organ dalaman kerana saya sememangnya tidak tahu,” 

”Akibat terlalu panik, saya telah terkejut dan menjerit ketakutan. Saya tidak tahu apa yang berlaku, nasib baik pasangan saya masuk ke tandas dan segera menyelamatkan bayi berkenaan,” kongsinya.

Tambah portal berkenaan, lelaki tersebut pada awalnya menyangka ‘sesuatu’ yang terjatuh dalam tandas itu adalah najis besar. Namun tersedar ia bukanlah najis kerana saiznya yang terlalu besar.

Kemudian, lelaki itu telah membersihkan bayi baru lahir tersebut mengikut panduan dan teknik yang pernah dipelajarinya melalui rancangan televisyen.

Bantu selamatkan bayi dan teman wanita bersalin normal

beranak dalam tandas

credit to sources

”Saya memeriksa bahagian perutnya. Mujurlah dia masih bernyawa. Ketika berdiri, saya letakkannya di dada dan memeluknya untuk mengelakkan kesejukan,” kongsinya.

Seterusnya, pasangan berkenaan telah menghubungi hospital berdekatan. Sebuah ambulan dan kumpulan paramedik tiba kerana menerima kes penyakit batu karang. Walau bagaimanapun, mereka kelihatan terkesima setelah mendapati pasangan terbabit memegang seorang bayi bersama mereka.

Wanita dan bayi itu telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Kedua-duanya didapati sihat, namun bayi mengalami masalah kekurangan zat besi.

Wanita itu difahamkan sudah lama berdepan dengan haid yang tidak teratur. Dia juga menyangka berat badan semakin meningkat adalah kerana selalu menghabiskan masa di rumah akibat pandemik Covid-19 ini.

Mengandung tanpa gejala umum, adakah ia normal?

Berbeza dengan sebahagian besar ibu, ramai yang mengeluh perlu berdepan pelbagai alahan dan perubahan diri. Namun ada juga golongan ‘berunting’ kerana tidak pernah berasa sebarang gejala ketika awal mengandung.

Contoh hamil tanpa gejala ini adalah bakal ibu tidak merasakan perubahan pada fizikal sehingga sama sekali tidak mual serta muntah. Mungkin sahaja anda berasa risau dan tertanya-tanya adakah janin dalam kandungan berkembang dengan baik atau tidak?

Contoh mengandung tanpa gejala

tidak tahu mengandung

credit to sources

Ada beberapa tanda yang membuatkan anda berasa risau mengapa tidak merasakan simptom kehamilan seperti ibu yang lain. Antaranya ialah:

  • Tidak mual dan muntah
  • Kekerapan membuang air kecil seperti biasa
  • Tidak merasakan datang haid lambat (kerana kitaran haid yang tidak teratur)
  • Tidak mengalami perubahan pada bahagian payudara dan hormon

Ada banyak kes melibatkan hamil tanpa gejala ini berlaku. Ia mungkin hanya terjadi buat sementara. Ketika memasuki trimester kedua atau ketiga, bentuk tubuh pasti mengalami perubahan dan akhirnya ibu mungkin berasa benar-benar mengandung.

Jika anda berdepan dengan situasi ini, segeralah melakukan pemeriksaan kehamilan dengan doktor pakar kandungan terutamanya memasuki minggu ke-9.

Ketika usia kandungan ini, degup jantung janin sudah boleh didengari. Ia membantu dalam memberikan jawapan sama ada anda benar-benar hamil atau tidak.

Tiada definisi gejala hamil yang normal ketika membandingkan diri dengan orang lain. Meskipun usia kehamilan adalah sama, gejala yang dirasai setiap trimester mungkin berbeza. 

Banyakkanlah berdoa untuk tidak terjadi hal yang serupa pada diri anda. Diharapkan kisah wanita bersalin normal dengan mudah ini menjadi iktibar buat semua!

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Berita Harian & the star

Stories Rakan Kongsi
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan

Sumber: Siakap Keli, Sehatq

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Dah Terjatuh Dalam Tandas! Wanita Ini Tidak Tahu Dirinya Hamil & Bersalin Mengejut
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham