Menginjak usia 3 tahun, keperluan si manja juga turut berubah seiring usia bukan sahaja dari segi pemakanan, malah dari segi kesihatan dan produk penjagaan diri seperti ubat gigi kanak-kanak.
Pakar mengesyorkan agar kanak-kanak menggunakan ubat gigi fluorida untuk kanak-kanak berumur kurang dari 3 tahun dan jumlah ubat gigi fluorida berukuran kacang untuk kanak-kanak 3 hingga 6 tahun.
Pada usia ini, memberus gigi harus selalu menjadi usaha ibu ayah untuk mendidik anak agar pandai meludah sendiri, khususnya selepas aktiviti memberus gigi ya.
Memilih Ubat Gigi Kanak-Kanak Yang Terbaik di Pasaran
1. Fluorida
Fluorida sangat penting untuk kesihatan gigi. Pakar mengesyorkan menggunakan ubat gigi dengan fluorida untuk mengelakkan rongga dan kerosakan gigi.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memantau kanak-kanak menggunakan ubat gigi fluorida ya. Ini kerana tertelan terlalu banyak fluorida boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang disebut fluorosis.
2. Perisa
Ramai kanak-kanak tidak menyukai rasa pudina dan menganggapnya terlalu ‘pedas’. Membeli ubat gigi untuk anak dengan berperisa buah-buahan membantu proses memberus gigi anak menjadi satu sesi yang menggembirakan. Matlamat utamanya adalah agar anak menggosok gigi dua kali sehari.
3. Kandungan Tidak Abrasif
Walaupun ubat gigi menghilangkan noda dan kotoran dari gigi, ia juga menghilangkan enamel. Fungsi utama enamel adalah melindungi gigi dari kerosakan. Ia menutupi setiap gigi dan melindungi lapisan gigi dalam dari suhu, plak, dan asid yang melampau.
Namun, setelah enamel hancur, ia tidak boleh diganti. Doktor gigi mengesyorkan mengelakkan produk pergigian yang mengandungi bahan seperti:
- Silikat
- Aluminium oksida terhidrat
- Kalsium karbonat
- Magnesium karbonat
- Gel silika dehidrasi
8 Ubat Gigi Kanak-Kanak Terbaik Untuk 3 Tahun Ke Atas
Ubat Gigi Kanak-Kanak Terbaik Untuk 3 Tahun Ke Atas
| Pepsodent Kids Strawberry Terbaik Untuk Gigi Susu | | View Details | Beli di Shopee |
| Colgate Kids 0% Artificial Toothpaste Terbaik Tanpa Bahan Tiruan | | View Details | Beli di Shopee |
| Buds Children's Toothpaste with Fluoride Terbaik Organik | | View Details | Beli di Shopee |
| Darlie Bunny Kids Terbaik Gred Makanan | | View Details | Beli di Shopee |
| Oral-B Frozen Kids Toothpaste erbaik Tanpa Gula | | View Details | Beli di Shopee |
| Glister Kids Terbaik Antikaviti | | View Details | Beli di Shopee |
| Pigeon Children's Toothgel Terbaik Khas Dengan Fluroida dan Xylitol | | View Details | Beli di Shopee |
| Sunstar Gum Kids Terbaik Dengan 4x Perlindungan Gigi Sihat | | View Details | Beli di Shopee |
Ubat Gigi Kanak-kanak Khas Terbaik Untuk Gigi Susu
Jaga kebersihan dan kesihatan gigi si kecil dengan menggunakan Pepsodent Kids Toothpaste Sweet Strawberry. Ubat gigi ini bukan sahaja mempunyai rasa enak stawberi, malah memang dirumus khas untuk melindungi dan menjaga gigi susu anak kecil anda supaya kuat dan sihat!
Apa yang kami suka?
- Mengandungi fluorida, protein dan kalsium
- Mencegah gigi berlubang
- Menghilangkan plak
- Didatangkan dengan rasa strawberi yang disukai oleh kanak-kanak
- Selamat untuk kanak-kanak
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Tanpa Bahan Tiruan
Colgate Kids khas untuk anak 0-9 tahun ini mempunyai 0% perisa tiruan, pengawet, pemanis dan warna! Dicipta di Amerika Syarikat, Colgate Kids Free From Toothpaste mempunyai rasa strawberi semula jadi dan mempunyai kadar flourida yang sesuai dengan usia.
Ia membantu melindungi gigi anak daripada masalah kaviti dan menguatkan enamel gigi yang lebih lembut. Rasa yang menyeronokkan akan memudahkan si manja bersemangat untuk memberus gigi, membantu kanak-kanak melangkah ke senyuman sihat!
Apa yang kami suka?
- 0% perisa tiruan, pengawet, pemanis dan warna
- Rasa semula jadi yang mesra kanak-kanak
- Tahap flourida yang sesuai dengan usia
- Membantu melindungi anak dari kaviti
- Menguatkan gigi gigi kekal
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Organik
Ubat Gigi Organik Buds ini bebas bahan pengawet dan diformulasikan menggunakan bahan-bahan asal semula jadi dan bahan aktif tumbuhan untuk membersihkan dan melindungi gigi kanak-kanak dengan berkesan.
Tekstur ringan, produk ini diformulasikan menggunakan kombinasi pembersih yang dihasilkan secara semula jadi, jus daun Aloe Vera dan Silica untuk membersihkan gigi dengan sangat lembut.
Jus daun Aloe Vera juga menenangkan gusi dan berfungsi secara sinergis dengan Asid Phytic yang berasal dari biji dan Xylitol yang berasal dari tumbuhan untuk memberikan pertahanan yang kuat terhadap rongga gigi.
Apa yang kami suka?
- 100% organik
- Bebas bahan pengawet
- Diformulasikan menggunakan bahan semula jadi
- Rasa semula jadi yang berasal dari buah-buahan
- Ubat gigi yang sangat light
- Menenangkan gusi dan berfungsi secara sinergis dengan Asid Phytic, Fluoride dan Xylitol
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Gred Makanan
Ubat gigi berinspirasikan watak arnab comel menjadikan sesi memberus gigi sebuah pengalaman yang menyeronokkan untuk anak-anak. Rasa epal, ubat gigi ini juga diperkaya dengan kalsium dan fluorida, menjadikan anak bernafas nyaman dan segar!
Tambahan lagi, 80% kandungan bahannya adalah dari gred makanan ya, dan boleh mengurangkan rasa tidak selesa memberus dengan tahap buih rendah.
Sememangnya pilihan yang terbaik untuk melawan kaviti dengan tahap flourida yang sesuai untuk kanak-kanak.
Apa yang kami suka?
- Menggunakan bahan gred makanan
- Perisa epal yang enak
- Menguatkan gigi dengan kalsium
- Melawan kaviti dengan fluorida
- Mengurangkan kerengsaan dengan tahap busa yang rendah
- Tidak ditambah gula
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Tanpa Gula
Menampilkan watak Frozen dan rasa ringan yang direka khas untuk anak-anak, ubat gigi Oral-B Kids membantu kanak-kanak lebih gemar memberus gigi. Sugar Shield melindungi daripada asid yang dihasilkan daripada gula untuk membantu mencegah rongga.
Dicipta dari kepakaran doktor gigi untuk mulut yang sihat dan gigi yang kuat dengan memberus gigi secara kerap. Kalau anak sukakan watak Frozen, ini pasti pilihan yang tepat!
Apa yang kami suka?
- Dihasilkan dengan kepakaran doktor gigi untuk mulut sihat dan gigi kuat
- Membantu mencegah rongga dan membantu ibu bapa mengajar tabiat sihat
- Melindungi gigi dari asid dan gula dari makanan seharian
- Rasa ringan yang direka khas untuk kanak-kanak
- Ubat gigi fluorida – bebas gula
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Antikaviti
Ubat gigi kanak-kanak dari jenama Glister ini berfluorida anti-kaviti sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Dengan tekstur gel berperisa strawberi ini mendorong kanak-kanak memberus gigi, manakala formulanya membantu menguat dan melindungi gigi dengan mencegah kaviti dan melindungi enamel.
Jika anda mencari ubat gigi untuk anak yang boleh menjadikan gigi sihat dan tidak mudah rosak, cubalah Glister Kids ini!
Apa yang kami suka?
- Dihasilkan dengan formula REMINACT
- Menjalankan pembersihan lembut yang selamat untuk enamel
- Mengandungi fluorida
- Membantu mengembalikan mineral semula jadi ke dalam enamel untuk membantu menjadikan gigi lebih kuat dan lebih tahan terhadap kerosakan
- Membersih dengan selamat dan menyeluruh
- Membantu menguat dan melindungi gigi kanak-kanak
- Menentang kaviti
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Khas Dengan Fluroida dan Xylitol
Uniknya, Pigeon Children’s Toothgel ini dihasilkan bersama dengan Dr Rashid Tahir, Presiden Persatuan Pergigian Pediatrik Singapura. Ia diformulasi khas dengan Fluroida dan Xylitol serta mengandungi bahan gred makanan yang selamat untuk kanak-kanak.
Jangan khuatir kerana ia mengandungi 1,000ppm fluorida seperti yang disyorkan oleh pakar pergigian, jadi selamat untuk melindungi gigi bayi berusia dari 1 tahun dan ke atas.
Apa yang kami suka?
- Menggunakan bahan gred makanan
- Bebas daripada pewarna dan SLS
- Mengandungi 1,000ppm fluorida
- Diformulasi dengan buih ringan menjadikannya mudah dibilas
- Sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Dengan 4x Perlindungan Gigi Sihat
Sunstar Gum Kids, jenama penjagaan mulut No. 1 di Jepun ini menghasilkan tiga variasi ubat gigi kanak-kanak yang berbeza. Dengan gabungan bahan unik seperti isomalt dan flourida membantu meningkatkan semula mineral gigi 4x lebih cepat untuk memberikan perlindungan tambahan menjadikan gigi kanak-kanak lebih kuat.
Apa yang kami suka?
- Perisa pelbagai
- Jenama yang dipercayai
- Melindungi gigi 4x ganda berbanding ubat gigi lain
- Boleh pilih mengikut usia kanak-kanak
- Mematuhi standard bahan kandungan yang dibenarkan
Perbandingan Harga Ubat Gigi Kanak Kanak Terbaik
|
Jenama |
Berat/Isipadu |
Harga (RM) |
Harga Per Gram |
Pepsodent Kids Strawberry |
50g |
RM2.38 |
RM0.04 |
Colgate Kids 0% Artificial Toothpaste |
80g |
RM22.69 |
RM0.28 |
Buds Children’s Toothpaste with Fluoride – Peppermint |
50g |
RM29.57 |
RM0.60 |
Darlie Bunny Kids – Apple |
40g |
RM3.79 |
RM0.09 |
Oral-B Frozen Kids |
92g |
RM7.24 |
RM0.07 |
Glister Kids |
85g |
RM15.99 |
RM0.18 |
Pigeon Children’s Toothgel |
45g |
RM14.50 |
RM 0.32 |
Sunstar Gum Kids |
70g |
RM16.10 |
RM0.23 |
Oleh itu, pastikan parents membuat pilihan ubat gigi untuk anak anda yang tepat supaya dapat mencegah kerosakan gigi dan membantu melindungi gigi manja agar tumbuh dan kekal dengan sihat dan kuat.
Teknik Memberus Gigi Anak Yang Betul
Berikut adalah tips untuk teknik memberus gigi yang betul untuk panduan ibu ayah untuk menggalakkan anak suka memberus gigi setiap hari:
1. Gunakan Berus Gigi yang Sesuai
Sebaiknya pilih berus gigi dengan bulu lembut dan kepala kecil yang sesuai dengan saiz mulut mengikut usia anak.
2. Sudut Berus
Ajar anak pegang berus gigi pada sudut 45 darjah ke arah gusi. Cara ini dapat menanggalkan kotoran dengan lebih efektif dan mengurangkan risiko gusi berdarah.
3. Gerakan Bulatan
Ajar anak memberus gigi mengikut gerakan bulatan lembut dan pendek untuk memberus gigi. Elakkan memberus dengan terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan gusi berdarah.
4. Sistematik
Mulakan dengan memberus gigi hadapan, kemudian teruskan ke gigi belakang. Pastikan semua permukaan gigi diberus, termasuk bahagian luar, dalam, dan permukaan mengunyah.
Jangan lupa untuk memberus lidah dengan lembut untuk menghilangkan bakteria dan menyegarkan nafas.
5. Masa Memberus
Masa memberus yang disyorkan adalah selama dua minit setiap kali memberus gigi sebanyak dua kali sehari. Gunakan timer untuk memastikan anak dapat memberus dalam tempoh yang mencukupi.
6. Kumur dengan Air
Selepas memberus dan menggunakan benang gigi, kumur dengan air untuk menghilangkan sisa-sisa ubat gigi dan plak.
7. Gantikan Berus Gigi
Tukar berus gigi si manja setiap tiga hingga empat bulan, atau lebih kerap jika bulu berus sudah rosak.
Dengan mengikuti teknik-teknik ini, anda dapat memastikan gigi dan gusi anak-anak berada dalam keadaan bersih dan sihat. Jangan lupa dapatkan rawatan berkala dengan doktor gigi.
Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan
Kanak-kanak sering mengalami pengambilan fluorida berlebihan apabila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Rasa berperisa ubat gigi menarik minat sesetengah kanak-kanak, menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.
Selain itu, ada juga kanak-kanak yang diberikan fluorida tambahan secara berlebihan. Kadangkala, mereka diberikan fluorida tambahan walaupun bekalan air paip sudah mengandungi fluorida yang mencukupi.
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan pada gigi. Akibatnya, lapisan luar gigi (enamel) yang sepatutnya putih dan licin menjadi berlubang-lubang kecil dan berwarna coklat. Warna ini jelas kelihatan pada permukaan gigi hadapan.
Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman yang menarik. Sudah tentu, kecacatan pada gigi boleh menjejaskan keterampilan diri.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?
Baca juga: Ketahui Jenis Pam Susu Elektrik Terbaik Untuk Menyusu Dengan Menjawab Kuiz Ini
Baca juga: Bukan Semua Produk Selamat untuk Si Kecil! Ini 6 Produk Penghalau Nyamuk Bebas DEET yang Terbaik untuk Kanak-kanak