TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Gigi Anak Kelihatan Kelabu, Adakah Ia Petanda Gigi Rosak? Ketahui Cara Penjagaan Gigi Bayi

4 min bacaan
Gigi Anak Kelihatan Kelabu, Adakah Ia Petanda Gigi Rosak? Ketahui Cara Penjagaan Gigi Bayi

Gigi si manja sepatutnya masih sihat, jadi mengapa ia kelihatan kelabu? Selalunya, gigi mereka yang berusia sahaja akan kelihatan kekelabuan. Jangan risau, ia tidaklah membahayakan dan ia boleh diselesaikan dengan cara penjagaan gigi bayi yang betul!

Pernahkah anda mendengar terma “gigi nekrotik”? Mungkin tidak, jadi mari kami kongsikan apakah ia! Gigi nekrotik membawa maksud gigi yang sudah mati dan dengan gigi susu si manja yang baru tumbuh, pasti anda tidak akan menjangka mereka akan mempunyai gigi mati pada awal usia ini. Salah satu punca mungkin dari penjagaan gigi bayi yang tidak betul.

Jika anda mendapati gigi si manja mula kelihatan seakan-akan kekelabuan, pasti anda akan berasa risau jika gigi si manja akan rongak, bukan? Oleh sebab itu kami akan berkongsi dalam artikel ini punca-punca si manja mengalami gigi nekrotik dan cara penjagaan gigi bayi yang betul agar kerosakan dapat dielakkan pada peringkat awal.

Gigi Bayi Kelihatan Kelabu, Penjagaan Gigi Bayi Yang Betul

penjagaan gigi bayi, gigi bayi

Foto: iStock

Sebelum kita ketahui cara untuk menjaga gigi bayi yang sudah mula rosak, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui punca-punca yang menyebabkan gigi si manja menjadi sebegitu.

#1. Tidak memberus gigi dengan betul

Jika gigi si manja tidak digosok dengan betul, ia boleh menyebabkan plak untuk terkumpul di celah-celah gigi anak. Oleh itu, ibu dan ayah perlu memberi perhatian yang teliti ketika menggosok gigi si manja, terutamanya di celahan gigi mereka. Ketika usianya satu hingga dua tahun inilah amat penting cara penjagaan gigi bayi, ia boleh elakkan kerosakan awal!

#2. Penggunaan ubat-ubatan

Jika anda memberikan si manja suplemen atau vitamin yang mengandungi zat besi, ia mungkin akan menyebabkan gigi si manja mempunyai kesan-kesan kekelabuan pada gigi disebabkan zat besi yang berlebihan di dalam sistem badan si manja. Tambahan pula, jika ibu telah mengambil antibiotik tetracyline ketika hamil atau menyusu badan, ia akan memberi implikasi kepada bayi. Jadi, berhati-hatilah!

#3. Trauma pada gigi

Apabila menyebut perkataan trauma, pasti kami akan teringatkan lagu dari kumpulan wanita 90-an, Elite tetapi bukan itu maksud kami! Jika si manja anda pernah mempunyai kecederaan kepada gigi apabila mereka jatuh atau terhantuk di mana-mana, mungkin akan terdapat pendarahan di dalam gigi yang menyebabkan gigi kelihatan kelabu atau kehitam-hitaman. Jika terdapat perubahan seperti ini pada gigi anak anda, wajarlah untuk anda berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin.

#4. Terlalu banyak flourida

Terma yang lebih mudah untuk menjelaskan keadaan ini ialah fluorosis. Fluorosis akan menyebabkan gigi anak mempunyai tompok atau garisan-garisan putih yang berpunca dari kandungan flourida yang tinggi. Walaupun ia tidaklah terlalu serius, seeloknya anda berjumpa dengan doktor gigi anda untuk memastikan bahawa ia memang fluorosis dan bukanlah berpunca dari perkara yang lebih mendalam.

#5. Gigi yang reput

penjagaan gigi bayi, gigi bayi

Foto: iStock

Gigi yang sedang mereput juga boleh mempunyai kesan dan tompok putih pada gigi yang akan berubah menjadi kekuningan atau keperang-perangan jika tidak dirawat dengan segera. Jika ibu atau ayah perasan bahawa gigi anak mengalami tanda-tanda mereput, segeralah bawa anak berjumpa dengan doktor gigi.

Sekiranya anda perasan bahawa gigi si manja mempunyai kesan dan tanda-tanda yang tidak dapat hilang dengan sekadar gosokan, tindakan sewajarnya adalah dengan membawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi supaya mereka boleh mendapat bantuan dan rawatan yang sepatutnya dengan secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, bukan semua masalah perubahan gigi memerlukan anak anda berjumpa dengan doktor gigi. Sebenarnya masalah gigi boleh dielakkan sepenuhnya dengan penjagaan gigi bayi seperti:

  • Elak beri anak makanan manis dengan kerap.
  • Sentiasa berkumur selepas makan makanan manis.
  • Gosok gigi anak dengan ubat gigi berflourida dua kali sehari.
  • Cuci gigi bayi selepas penyusuan, jangan biar bayi tidur dengan puting payudara atau puting botol di dalam mulut ia boleh menyebabkan karies gigi!
penjagaan gigi bayi, gigi bayi

Foto: iStock

Sebagai contoh, jika perubahan warna berlaku disebabkan gosokan gigi yang tidak kerap, anda boleh memberus gigi si manja dengan lebih teliti selepas ini. Tetapi, pastikan anda menggunakan ubat gigi sebesar sebutir beras sahaja untuk menggosok gigi anak supaya tidak menybebakan fluorosis.

Akhir kata, kami berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengenali masalah perubahan warna pada gigi anak anda serta membantu mereka untuk mendapat rawatan yang sewajarnya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Patient Connect 365, Mayo Clinic

Baca juga: Penjagaan Gigi Untuk Ibu Hamil Juga Penting, Ia Bermula Dari Ubat Gigi Yang Selamat!

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Gigi Anak Kelihatan Kelabu, Adakah Ia Petanda Gigi Rosak? Ketahui Cara Penjagaan Gigi Bayi
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham