Seperti yang diketahui oleh ramai wanita hamil, kehamilan akan meningkatkan hormon dan saah satu perkara yang terjadi akibat peningkatan hormon adalah pembengkakkan gusi. Kalau nak diikutkan, memang banyak juga yang melibatkan bahagian mulut semasa perubahan hormon kehamilan jadi ibu perli menitikberatkan hal penjagaan gigi.
Begiru juga apabila ibu kerap muntah akibat alahan ubat gigi misalnya, asid yang keluar dari perut boleh memakan enamel gigi. Mual di pagi hari juga boleh membuat ibu kurang menggosok gigi kerana refleks muntah dan loya sangat kuat.
Betul tak?
Memilih Ubat Gigi Yang Selamat Untuk Penjagaan Gigi Semasa Hamil

Mencari ubat gigi yang betul dan selamat untuk ibu hamil bukan sekadar mencari produk bebas fluorida. Ibu harus memperhatikan semua ramuan walaupun berkaitan dengan jenama semula jadi, kerana sebilangannya mungkin tidak sepenuhnya selamat untuk bayi dalam kandungan.
Bagi keselamatan dan mengelakkan alahan semasa memberus gigi, ibu boleh cari ubat gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Bahan semulajadi
- Formulasi sederhana (mild)
- Tiada bahan merbahaya seperti paraben dan SLE
- Tiada perisa (natural)
6 Ubat Gigi Terbaik Untuk Penjagaan Gigi Ibu Hamil
Untuk kemudahan ibu-ibu, kami telah membuat senarai ubat gigi selamat yang boleh digunakan walaupun semasa mengandung.
Semuanya terbuat dari bahan-bahan yang selamat dan juga enak serta akan membuatkan mulut anda akan segar dan bersih seperti ubat gigi biasa!
Mama's Choice Non-Fluoride Toothpaste

Ubat gigi dengan formulasi yang lembut, ringan dan bebas fluorida. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai untuk wanita hamil, ibu menyusu dan seisi keluarga! Lebih menarik lagi, ubat gigi ini bebas bahan kimia berbahaya seperti SLS, fluorida dan triclosan.
Ia mampu mengurangkan pembentukan plak dan melawan kerosakan gigi. Malah, bahan semulajadi yang digunakan seperti kayu sugi, allantoin, klorofil dan ekstrak pudina ini mampu menenangkan radang gusi, mengatasi pertumbuhan bakteria dan melindungi gigi anda!
Jadi, ibu tidak perlu risau kerana ianya sangat sesuai untuk gigi sensitif.
Apa yang kami suka?
- Bebas alkohol, SLS, fluorida, triclosan dan paraben
- Tanpa pewarna dan perisa tiruan
- Selamat untuk ibu hamil dan menyusu
- 100% diyakini halal
- Diperbuat daripada bahan semulajadi
- Diformulasi daripada kayu sugi dan ekstrak pudina
- Selamat untuk gigi sensitif
Dr. Zenni Mother’s Fluoride-Free Toothpaste

Ubat gigi bebas fluorida ini dikembangkan oleh syarikat Korea yang pakar dalam kesihatan mulut untuk rawatan perubatan. Bahan-bahan semula jadi yang dihasilkannya disahkan oleh ECOCERT. Ini termasuk ekstrak chamomile, ekstrak lidah buaya, ekstrak kayu putih, dan ekstrak sage.
Ubat Gigi Dr. Zenni Mother dibuat oleh profesional pergigian untuk memastikan ia cukup selamat untuk wanita hamil. Ia tidak mengandungi bahan toksik dan juga hypoallergenic, menjadikannya produk yang sempurna untuk bakal ibu.
Apa yang kami suka?
- Ubat gigi selamat semasa mengandung
- Bebas fluorida, bebas natrium lauril sulfat
- Bahan organik semula jadi yang diperakui oleh ECOCERT
- Ubat gigi yang boleh dipercayai yang dikembangkan oleh doktor gigi
Pureen Maternity Toothpaste

Ubat Gigi Pureen Maternity dirumus khas untuk ibu mengandung dan menyusui. Ia tidak mengandungi Fluorida, Sodium Lauryl Sulfate dan Saccharin. Ia diluluskan oleh Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia (MPDPA) dan disahkan Halal.
Pureen Maternity Toothpaste mengandungi xylitol, pemanis semula jadi yang terdapat dalam serat banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk beri, sekam jagung dan cendawan yang membantu mencegah kerosakan gigi.
Apa yang kami suka?
- Tanpa florida
- Halal
- Tidak mengandungi sluorida, natrium lauril sulfat dan sakarin.
- Didapati dalam rasa pudina yang menyegarkan.
Kangaroo Mommy Toothpaste

Kangaroo Mommy Toothpaste diformulasi khas perlindungan dan penjagaan gigi ibu hamil. Ubat gigi istimew dan berperasa buah-buahan ini melindungi gusi dan mengurangkan ketidakselesaan mulut. Ibu jangan risau kerana ia selamat dan tanpa bahan tambahan, pastinya merupakan pilihan terbaik untuk para ibu dengan meninggalkan nafas segar selepas penggunaannya!
Apa yang kami suka?
- Tanpa florida
- Tanpa bahan tambahan
- Perasa buah-buahan yang pelbagai
- Jenama dipercayai untuk wanita hamil
SPLAT - Organic Pregnancy Toothpaste

Ubat gigi penguat ORGANIK khas untuk wanita hamil yang memerlukan ubat gigi semula jadi yang dan pada masa yang sama akan memutihkan, menguatkan dan memberikan perawatan gusi pada masa kehamilan. Ia juga sempurna jika anda mempunyai gigi sensitif dan mencari alternatif semula jadi.
Ubat gigi ini mengandungi gel Aloe Vera semula jadi, yang membantu menjaga kesihatan gusi. Enzim betik semula jadi menghilangkan plak gigi lembut, sementara minyak pokok teh menghalang pembentukan plak. Bentuk kalsium organik yang diperoleh dari kulit telur menguatkan enamel gigi.
Apa yang kami suka?
- Disyorkan untuk digunakan semasa kehamilan dan menyusui.
- Bebas dari fluorida, sakarinat, klorheksidin dan triklosan
- Air suling digunakan
- Chitosan memberikan kesan penyembuhan luka dan pertumbuhan semula pada tisu rongga mulut yang lembut.
- Gel ALOE VERA mempunyai kesan anti-radang
- Minyak pokok teh memastikan perlindungan yang dipercayai terhadap bakteria
Intelligent The Force Net Enzyme Maternity Toothpaste

Dengan formula enzim asli dan tambahan nutrien lain yang diperlukan semasa kehamilan: vitamin b6, asid folik, kolagen mutiara dan lain-lain, produk ini dapat mengurangkan muntah akibat alahan semasa hamil.
Enzim biomimetik yang terkandung berfungsi mensimulasikan mekanisme pembersihan air liur, membersihkan gigi dengan berkesan dan menggalakkan persekitaran mulut yang sihat!
Apa yang kami suka?
- Rasa pudina segar
- Mencegah bau mulut dan memberi nafas yang baik
- Xylitol tersedia untuk pesakit diabetes
- Gosok gigi selepas tiga kali makan dapat menghilangkan plak, noda dan mengurangkan kejadian penyakit periodontal
- Penguraian tartar yang cekap untuk menjadikan permukaan gigi sehalus digilap seperti baru
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan Ambil Mudah Sakit Gigi Ketika Hamil, Anda Berisiko Dapat Bayi Pramatang!