X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sakit Gigi Ketika Hamil Tambah Risiko Dapat Bayi Pramatang, Hati-Hati Ya!

3 min bacaan
Sakit Gigi Ketika Hamil Tambah Risiko Dapat Bayi Pramatang, Hati-Hati Ya!

Perubahan hormon menyebabkan gigi sakit ketika hamil. Bahkan gusi menjadi lebih sensitif menyebabkan memberus gigi atau flos gigi juga serba tidak kena.

Tahukah anda terdapat kaitan antara masalah sakit gigi ketika hamil dan kelahiran pramatang ataupun kelahiran bayi tidak cukup berat?

Kajian menunjukkan para ibu dengan masalah sakit gigi ketika hamil lebih cenderung menyebarkannya kepada bayi mereka. 

Ini sudah tentu merisaukan para ibu kerana anda pasti tak mahu menyesal tidak menjaga kesihatan gigi anda terlebih dahulu, kini ia berisiko membahayakan anak pula!

Masalah Sakit Gigi Ketika Hamil – Jangan Ambil Mudah Ya!

Ramai para ibu yang mengadu sakit gigi ketika sedang hamil, malah ada yang menahan kesakitan selama beberapa minggu kerana tidak pasti sama ada boleh mendapatkan rawatan atau tidak.

sakit gigi ketika hamil

Kredit: pxfuel.com

Sakit gigi ketika hamil juga boleh berlaku sekiranya ibu kekurangan kalsium.

Sakit Gigi Ketika Hamil: Ketahui Lebih Lanjut Tentang Masalah Oral Yang Biasa Dihidapi Ibu Hamil

#1 Gingivitis Hamil

Oleh sebab perubahan hormon, ibu mengandung lebih cenderung untuk menghidap gingivitis, jangkitan pada gusi yang menyebabkan bengkak dan pendarahan.

Penyakit gusi yang tidak dirawat juga boleh menjejaskan tisu sokongan – yang boleh menjadikan gusi  rosak, meningkatkan pergerakan gigi dan kadar sensitif gigi.

Untuk mengelaknya, pastikan gigi anda dibersihkan dengan kerap oleh doktor pergigian. Anda pasti tidak mahu menahan kesakitan ini tambahan lagi semasa anda mengalami masalah lain semasa hamil kan?

#2 Tumor Kehamilan

Sakit Gigi Ketika Hamil Tambah Risiko Dapat Bayi Pramatang, Hati-Hati Ya!

Kredit: Shutterstock

Tumor ini kelihatan seperti bengkak yang berwarna kemerahan, dan merupakan penambahan tisu yang berkembang pada gusi. Ini berlaku paling kerap semasa trimester kedua.

Walaupun ia bukannya kanser malah tidak berbahaya, tumor kehamilan boleh dicegah dengan penjagaan kebersihan mulut yang baik.

Walaupun kebanyakan dari penyakit ini akan hilang selepas bersalin, berunding dengan doktor gigi sebaik sahaja ia berkembang. Jangan sekali-kali abaikan penjagaan gigi walaupun anda pasti ia bersifat sementara.

#3 Hakisan Enamel

Bagi ibu yang menderita ‘morning sickness‘, rasa loya dan muntah adalah kesan sampingan yang kerap berlaku. Asid dari perut boleh menyebabkan enamel pada gigi terhakis dan menjadikan gigi lebih sensitif dan rapuh.

Untuk mengelakkan kerosakan pada gigi, elakkan memberus gigi selama sekurang-kurangnya 1 jam selepas muntah.

Menjaga Kebersihan Mulut Dengan Baik

Sakit Gigi Ketika Hamil Tambah Risiko Dapat Bayi Pramatang, Hati-Hati Ya!

Kredit: freepik.com

Mengekalkan kebersihan mulut yang sangat baik semasa kehamilan adalah sangat penting.

Bagi mengelakkan masalah sakit gigi berlaku, apa kata kali ini anda cuba kaedah penjagaan gigi dan mulut pula.Doktor gigi mencadangkan:

  • Berus dengan sempurna dengan ubat gigi fluorida.
  • Floss antara gigi anda setiap hari.
  • Mengekalkan diet yang seimbang dan elakkan daripada mengemas makanan secara kerap.
  • Jika anda mempunyai ‘morning sickness’, bilas mulut anda dengan 1 sudu teh baking soda yang dicampur dengan air.
  • Elakkan memberus gigi anda terus selepas muntah kerana asid perut boleh membuat gigi anda “lembut” dan oleh itu anda berisiko membuang enamel gigi anda.
  • Penjagaan gigi semasa hamil

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jasmine Yeo dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: Masalah Sakit Gigi Berdenyut, 11 Petua Ini Terbukti BERKESAN Menghilangkannya!

Baca juga: Sakitnya Tumbuh Gigi Bongsu, Pakar Menjelaskan Punca & Cara Untuk Mengatasinya

Baca juga:  Gigi Sakit, Berlubang Masa Hamil? Jaga-Jaga, Ia Boleh Membahayakan Bayi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sakit Gigi Ketika Hamil Tambah Risiko Dapat Bayi Pramatang, Hati-Hati Ya!
Kongsikan:
  • Sakit Gigi Geraham Ketika Hamil? Ini 6 Cara Untuk Anda Kurangkan Sakit

    Sakit Gigi Geraham Ketika Hamil? Ini 6 Cara Untuk Anda Kurangkan Sakit

  • Petua Hilangkan Sakit Gigi Kanak-Kanak & Orang Dewasa, Terbukti Berkesan Tanpa Perlu Ke Klinik!

    Petua Hilangkan Sakit Gigi Kanak-Kanak & Orang Dewasa, Terbukti Berkesan Tanpa Perlu Ke Klinik!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Sakit Gigi Geraham Ketika Hamil? Ini 6 Cara Untuk Anda Kurangkan Sakit

    Sakit Gigi Geraham Ketika Hamil? Ini 6 Cara Untuk Anda Kurangkan Sakit

  • Petua Hilangkan Sakit Gigi Kanak-Kanak & Orang Dewasa, Terbukti Berkesan Tanpa Perlu Ke Klinik!

    Petua Hilangkan Sakit Gigi Kanak-Kanak & Orang Dewasa, Terbukti Berkesan Tanpa Perlu Ke Klinik!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.