X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gigi Sakit, Berlubang Masa Hamil? Jaga-Jaga, Ia Boleh Membahayakan Bayi!

4 min bacaan
Gigi Sakit, Berlubang Masa Hamil? Jaga-Jaga, Ia Boleh Membahayakan Bayi!

Wanita hamil sering dikaitkan dengan gigi sakit, berlubang dan sebagainya. Keadaan ini harus diambil perhatian kerana ia boleh membahayakan nyawa bayi!

Biasakan kita dengar wanita hamil sakit gigi? Jangan pandang remeh ya jika gigi sakit berlubang ketika hamil kerana ia boleh bawa kemudaratan kepada anda bila bersalin nanti. 

Ketika mengandung, kalsium dalam tubuh badan ibu diserap oleh anak, disebabkan itu jika badan anda tidak cukup kalsium antara petanda paling biasa adalah akan alami sakit gigi.

Gigi sakit bukan boleh dibuat main hingga ada yang kata ia adalah sakit kedua selepas sakit bersalin. Bila sakit gigi, segala-galanya boleh terganggu.

Gigi sakit berlubang ketika hamil, jangan ambil mudah

Gigi sakit berlubang

Kredit: orami.id

Semasa hamil, wanita mengalami macam-macam perubahan fizikal termasuk dari segi kesihatan. Salah satunya yang selalu diadu ramai ibu hamil ialah mengalami sakit gigi yang luar biasa yang tidak pernah dialami sebelum ini dan ianya disebut pregnancy toothache.

Ramai yang kata ia adalah perkara biasa, tapi jangan tak tahu ya, jika anda kurang kalsium, anda mungkin kekejangan ketika meneran untuk bersalin nanti.

Bila rasa sakit gigi semasa hamil, ibu rata-ratanya tidak tahu berbuat apa dan terpaksa menahan kesakitan itu berminggu-minggu lamanya hingga merasa kesakitan yang amat sangat dan buat keputusan nak berjumpa dengan doktor.

Sakit gigi juga dikatakan boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan seperti berlaku seperti kelahiran pramatang dan berat badan bayi lahir rendah.

Bagi wanita hamil, disebabkan berlakunya perubahan hormon iaitu peningkatan hormon estrogen dan progesteron mengakibatkan mereka sering muntah, mual, perut bergas, pedih perut, pening dan sebagainya

Keadaan ini boleh menyebabkan plak gigi terbentuk dan menjurus kepada gigi berlubang serta sakit gigi. Terdapat beberapa masalah gigi yang sering dihadapi ibu hamil antaranya gingivitis kehamilan atau lebih dikenali sebagai radang gusi ibu hamil.

Apakah penyebab sakit gigi ketika hamil?

Gigi sakit berlubang

Kredit: bumbumcak

Kali ini kami kongsikan penyebab sakit gigi ketika hamil:

#1. Kurang kalsium

Macam kita tahu, ibu wajib mengambil susu atau suplimen berasaskan kalsium semasa hamil kerana kalsium ibu akan diserap oleh janin untuk tumbesaran tulang bayi.

Jadi buat ibu yang kekurangan kalsium, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan ibu dan mengakibatkan gigi berlubang seumpamanya.

Ibu hamil juga lebih cenderung berdepan risiko gigi berlubang kerana beberapa sebab termasuk makan lebih banyak karbohidrat daripada biasa

Ibu perlu pastikan kandungan kalsium dalam badan mencukupi dengan memastikan pengambilan makanan atau pil kalsium. Makanan tinggi kalsium termasuklah produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt, kekacang, sayuran hijau seperti bayam dan kangkung, edamame dan tauhu serta buah tin!

#2. Muntah

Gigi sakit berlubang

Kredit: alodokter

Simptom muntah atau mual ketika awal trimester pertama merupakan perkara biasa yang dialami ramai ibu hamil.

Apabila muntah-muntah, ianya akan menyebabkan kuman dan bakteria menempel pada rongga gigi. Selain itu muntah tersebut boleh meningkat jumlah asid yang terkena pada mulut hingga memakan bahagian luar gigi iaitu enamel dan membuatkan gigi mudah berlubang.

#3. Gingivitis atau radang gusi

Semasa hamil, ibu akan mengalami perubahan hormon estrogen dan progesterone. Ketika itu gigi akan menjadi sensitif pada bakteria hingga mudah terjadi radang gigi.

Keradangan gigi itu boleh menyebabkan gusi kelihatan membengkak, warna menjadi lebih merah dan mudah berdarah semasa menggosok gigi. Jika masalah radang gigi ini tidak dirawat akan menyebabkan penyakit gusi lebih teruk.

Selalunya siapa yang mengalami masalah ini, doktor gigi akan mengesyorkan pembersihan lebih kerap untuk mengelak ia menjadi teruk.

Jika tidak dirawat, gingivitis boleh menyebabkan penyakit gusi yang lebih serius. Oleh itu, doktor gigi mungkin mengesyorkan pembersihan lebih kerap untuk mengelakkannya lebih teruk,

Petua kurangkan sakit gigi

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
  1. Tuam pipi dengan kain yang dicelup dengan air panas pada bahagian gigi yang sakit
  2. Mengisap rempah biji cengkih pada kawasan gigi sakit
  3. Gigit bawang putih pada kawasan sakit
  4. Kumur-kumur dengan air garam suam
  5. Sapu esen vanila

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak, harian metro

Baca juga: Gigi Anak Kelihatan Kelabu, Adakah Ia Petanda Gigi Rosak? Ketahui Cara Penjagaan Gigi Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Gigi Sakit, Berlubang Masa Hamil? Jaga-Jaga, Ia Boleh Membahayakan Bayi!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham